Friday, August 13, 2010

IKHLAS.....Kerana Biskut.....


        Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. 

Assalamualaikum...

segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam...

suatu hari, terdngar ana seorang ustaz ana cakap.....

"IKHLAS itu seperti semut hitam yang tinggal dibawah batu, di dlm gua yang gelap pada waktu malam...."

pada mulanya terfikr jugak sebenarnya apa ustz ni nak cakap...

tapi bila difikirkan balik....

memang itulah hakikat susahnya untuk kita mendapatkan keihkhlasan dalam diri kita...

apatah lagi mendapatkannya untuk  orang lain...

sebagai renungan bersama... mari kita hayati cerita pendek ini.....




Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya 
sebelum itu sambil membaca buku cerita. 

Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki di sebelahnya dengan selamba turut 
mengambil biskut dari bungkusannya.

 Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati
 wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku, dia 
makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu 
dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya.

 Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam 
bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

 Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir 
lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap 
menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. 

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
 mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Dasar 
pencuri besar... .

 Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk
 wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki
 pesawatnya.

 Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya 
dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan 
sahaja.

 Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ?? Ya... biskut yang dimakannya tadi
 adalah kepunyaan lelaki itu. 

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak 
dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita 
itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. 

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana 
bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.
 

# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan 
menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya. dan ikhlaskanlah hati dalam setiap perbuatan yang kita lakukan moga-moga ia dikira ibadah....

1 comments:

salam. cerita yg menarik untuk pedoman.
baiknya lelaki tu.:)
terima kasih berkongsi yee

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites