Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Tuesday, January 4, 2011

Bakhilnya Manusia Dalam Pemurahnya Allah...





       Setengah dari kita mungkin mampu hidup bersenang lenang, hidup dalam kemewahan, tidur dengan penuh keselesaan yang mungkin mampu mengungkai beribu mimpi indah di setiap malam.

      Setengah jua dari kita mungkin hanya terasa seluruh hidupnya satu kesempitan, beribu malahan berjuta kepayahan menanti di setiap pertiga malam kerana mengenangkan hidup yang serba kekurangan.  

"Kenapa Allah itu memberi aku nikmat sebegini??? Menjadikan setiap hidupku penuh dengan kesenangan, kegembiraan dan jua ketenangan"

     Bila direnung kembali, sangat sedikit kata-kata ini terkeluar dari bibir insan yang biasa dalam kesenangan.

      Tapi terlalu banyak keluhan yang kita dengari, kita perhati, yang terkadang diri sendiri yang menuturkannya tidak di zahir mungkin di dalam hati.

"Kenapa Allah tak beri aku itu dan ini?? Kenapa Allah tidak beri aku kesenangan seperti sahabatku yang lain?? Kenapa dijadikan hidup aku penuh kesulitan??"    

      Suatu fenomena yang manusia itu sering lupa. Diciptakan tiap kesenangan mahupun kesusahan itu ada hikmah disebaliknya. Pada kesenangan itu perlulah bersama difahami bahawa ia mungkin diiringi dua perkara.

1. Satu balasan baik yang diberi Allah untuk seseorang sebagai tanda luasnya rahmatNya.
2.Satu titik tolak yang diberikan Allah untuk menyesatkannya atas kealpaan dan perbuatannya.

      Di sini mungkin ramai yang bertanya, mengapa Allah tidak timpakan terus kesusahan pada yang ingkar padaNya? Kan itu akan membuatkannya lebih terseksa dan hidup dalam kepayahan?

Jawapan yang paling jelas untuk disimpulkan ialah berdasarkan Surah Ar-Rahman.

Tatkala Allah memberi segala keperluan kepada seseorang, kesenangan, nikmat melihat, mendengar, memberi makan dan minum yang lebih dari mencukupi yang terkadang membuat manusia itu melupakanNya lama kelamaan. 

Hari makin hari mungkin dirinya akan lebih sibuk mengejar dunianya, makin dikejar makin terasa banyak lagi yang tertinggal. Makin dikejar makin terasa keasyikannya. 

Dan tatkala duniawi memenuhi hati, tiadalah tempat bagi Allah dalam dirinya.



Dan akan timbul dalam hati seseorang itu yang dia bisa untuk hidup atas qudratnya sendiri dengan melupakan siapa yang mengurniakan semua itu padanya. Meninggalkan segala yang diperintahkan Khaliqnya seakan diri begitu berkuasa.

Di hentian terakhir, pabila dijemput mengadap Tuhannya, maka tertunduklah kepalanya, merasa kesal atas segala nikmat yang dilupakannya apatah lagi mengsyukurinya.

Pada waktu itu, maka tiadalah alasan bahawa Allah itu tidak memberi ia itu dan ini, tidak memberi kekayaan, kesenangan untuk dia taat akan Allah dan mengsyukurinya.

Kerana di dunia segala keperluan dicukupkan padanya yang sedikit pun Allah tak menguranginya.

Tertunduklah golongan ini meratapinya yang mungkin  berharap untuk dikembalikan semula ke dunia.

Maka dalam surah Ar-Rahman menyebutkan berkali-kali....

"Maka NIKMAT Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan???"

Segalanya jelas bahawa segala kesenangan dunia bukanlah menjamin kita di akhirat dan mungkin orang yang ditimpakan Allah kemiskinan dan kepapaan itu lebih mulia dari golongan ini.

Marilah bersama kita bertanya pada diri kita ini, sebanyak mana syukurnya kita atas nikmata yang dikurniakan Allah pada kita...ataupun dengan nikmat itu kita ingkar padanya...?
Sesungguhnya diri lebih mengetahui tetapi gelapnya hati menutupi segalanya.
      
Marilah bersama merenung kiasah ini moga menjadi pengajaran buat kita...

 Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, 

"Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." 

Qadhi menjawab, 

"Datanglah selepas waktu zohor!"

                        Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. 



              Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. 

Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah,

 "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."
    Si Kristian bertanya, 

"Hari apakah hari ini?"
 "Hari ini hari Asyura"

kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. 

Berkata si Kristian, 

"Katakan apa hajatmu padaku!" 

Berkata si peminta sedekah, 

"Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." 

Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

                        "Angkat kepalamu!" 

kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. 

Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" 

         Terdengar jawapan, 
"Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."
                        Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, 

"Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
 Kata Qadhi,

"Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."

Kata si Kristian, 

"Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." 

Kata Qadhi,

"Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"

         Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.



         Bakhilnya manusia didalam pemurahnya Allah...bersamalah kita merenungnya.

Monday, January 3, 2011

"ALAHAI..DOSA KECIL JE TU...NANTI BERWUDHUK PON BOLEH HILANG..."



    Mungkin ada di antara kita terlintasnya di hati kita tentang ayat ini..

"Alahai...dosa kecil je tu..takde papelah..kan Allah itu Maha Penganpun.."

yang terkadang membuatkan pemilik hatinya selesa akan dosa-dosanya. Tapi perlulah kita renungkan sejenak, apakah dosa kecil itu bukan tanda ingkarnya kita pada Allah? Semestinya ia adalah tandanya.!

Dosa kecil itu adalah satu larangan Allah pada hambanya yang dimana ia tidaklah ditegah dengan larangan dengan keras dan dijanjikan azab yang pedih seperti dosa besar tetapi inilah yang perlu kita renungkan sejenak inilah 

Setiap dosa kecil itu adalah ingkarnya kita padaNya..dan juga yang besar. Mungkin apabila diperhatikan kesannya mungkin hanya sedikit tapi itulah sebenarnya racun pada hati. Dan hati yang kotor mampu menipu iman dalam diri yang tatkala menjerumuskan manusia ke dalam kebinasaan.



Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.                                     2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.             
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. 
Tetapi mereka lupa kepada kubur." 

Diriwayatkan: 

Sebagai pengubat hati, marilah seketika kita merenung saat akhir kita nanti, yakni mati..

“Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: 

“Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.”

Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. 

Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. 
Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. 
Ingatlah akan hari kehidupanmu. 

Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.
    
Setelah lewat lima hari roh berkata: 

“Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” 

Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:

Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.
( An-Naba’: 38)

    
Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. 

Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.
    
   Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.
   
     Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: 

“Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. 
Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.
    
     Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami),

wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, 

wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. 

Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. 

Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.
   
     Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.

      Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, 
maka Firman   Allah SWT menunjukkan:

Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
    
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.
   
     Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.
     
    Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.
    
    Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.
    
     Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”
   
     Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.
     
    Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. 
     
    Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.
Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1.  Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang        menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.

2.  Roh-roh para Syuhada berada di  syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di  syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.

3.  Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.

4.  Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.

5.  Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.

6.  Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur 
beserta tubuhnya.

7.  Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.
 
    Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.
    

    Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda  tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)








Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites