Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Tuesday, July 19, 2011

Dunia itu Di Tangan, Bukannya Hati. (Qanaah)


Tatkala suatu ketika, seorang raja yang agung memanggil seorang ulama’ bagi mengadapnya.


“Wahai orang alim, bisakah kamu memberi satu nasihat kepadaku yang pasti akan terkesan di hatiku ini?” Kata RAJA tersebut.

Maka balasnya:

“Aku tidak bisa membuatkan hatimu terkesan dengan kata-kataku melainkan dirimu sendiri yang membuka pintu hatimu.
Wahai Tuanku, berapa banyakkah harta-harta Tuanku??”

“Harta-harta ku ibarat titisan hujan di negeri ini banyaknya, walaupun dimana engkau berada, di situ terdapatnya hartaku. Tidak terbilang banyaknya.”
Jawab Sang Raja.

“Wahai Tuanku, andaikanlah suatu ketika Tuanku sesat di tengah padang pasir yang sangat panas bahangnya, yang pasti tiada satu pun pohon yang dapt Tuanku jadikan tempat teduhan.

Tuanku berjalan mencari jalan keluar..
Namun Tuanku hilang arah tuju..

Tidak tahu lagi dimana untuk menapakkan kaki Tuanku lagi..
Dan tatkala itu, Tuanku berasa tersangat keletihan..

Kehausan membuatkan Tuanku terasa untuk menjadikan sekalian laut sebagai minuman..
Seakan nyawa berada di hujun badan..
Namun Tuanku tidak punya apa-apa..

Lalu seorang lelaki datang kepada Tuanku..
Di sebelah tangan kanannya ada botol yg berisi air..

Dan Dia berkata pada Tuanku:

“ Jika kamu ingin air ini, sudikah kamu untuk menukarkan ia dengan setengah dari hartamu?”
Jadi apa jawab Tuanku??”

Raja itu terus bersuara:

“ Sememangnya beta terrpaksa menerimanya.. sekiranya itu adalah jalan terakhir bagi beta selain mati begitu sahaja.”

Lalu dibalas kembali oleh ulama’ tersebut.

“Alhamdulillah, Tuanku bisa menilainya dengan baik.
Saya yakin yang Tuanku pasti meminumnya.

Tapi bayangkanlah pula wahai Tuanku,
tatkala habis air itu tuanku minum,
lalu Tuanku berasa ingin membuang air kecil pula.

Namun malangnya..
Tuanku tidak boleh berbuat sedemikian..

Walaupun dicuba sedayanya,
Tuanku tidak juga berjaya..

Sememangnya akan rasa keperitan yang teramat sangat tatkala itu..
Keperitan yang cukup membuatkan diri Tuanku terasa derita.

Lalu datang pula lelaki yang lain..
Dibawanya pula sebotol ubat..
Lalu dia berkata kepada Tuanku:

“ Wahai Tuanku, ubat ini bisa menyembuhkan penyakit itu. Namun sudikah tuanku menukarnya dengan sekalian harta tuanku?”
Apakah jawab Tuanku pula kali ini??”

Ulama’ itu menyoalnya..

Lalu dijawabnya:

“ Sekiranya itu jalan terakhir, dan jika tersangat perit Beta menahannya, maka Beta sanggup.”

Ulama’ itu tersenyum lalu berkata:

“Tahniah Tuanku, tuanku bisa berfikir dengan baik sekali lagi.
Namun Tuanku kini sudah tidak punya apa-apa.

Jadi Tuanku renung-renungkanlah..
Harta kekayaan itu sebenarnya tidak memberi jaminan bahawa kita akan tetap kaya.
Apatah lagi bahagia..

Allah itu bisa mnejadikan kita miskin walaupun bergunung emas dihadapan kita.

Kerana sekiranya suatu ketika,
Keperluan lain datang secara tiba-tiba,
dan tatkala Allah mengurangkan sedikit nikmat yang ada pada dirimu,
Yang denganya jasadmu akan terseksa.....

Pasti sekalian harta kamu sanggup menjadi tukarannya..
Namun bagaimana sekiranya Tuanku tidak dapat mendapatkannikmat itu kembali?

Ketika itu,
Pasti kita akan merasa..

Bahawa orang miskin yang makanannya hanya sehari sesuap sahaja ternyata lebih kaya berbanding kita.

Orang yang tinggal di pondok buruk lebih bahagia hatinya..

Orang yang tidur beralaskan tikar buruk, lebih nyenyak tidurnya..

Jadi apakah hakikat sebenar harta dunia??”

Marilah bersama mengenal erti qanaah qanaah sejenak.

QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah.
Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.

Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti.

Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.
(Bukhari)

Wallahualam..moga kisah yang dibawakan dijadikan iktibar bersama. 



Saturday, July 16, 2011

Di Tengah Titian Sya'ban..


Dikurniakan sya’ban ini kepada kita adalah supaya ia menjadi satu bulan persedian bagi kita untuk membuat persedian fizikal & rohani bagi menyambut Ramadhan yang sudah dekat kerana ia hanya tinggal beberapa belasan hari saja lagi.

Namun apakah persiapan ROHANI yang perlu kita lakukan??

Mempersiapkan rohani adalah dengan kembali mendalami amalan-amalan wajib ataupun sunat dan sebagainya di bulan Ramadhan tersebut. 

Tidak lupa juga perkara wajib yang kita perlu fahami, iaitu memahami ffiqhus-syiyam (fikah berpuasa) agar segala amalan kita adalah berdasarkan syara’ yang menjadi syarat agar amalan kita diterima.

Secara fizikalnya pula adalah cuba melatih diri agar memperbanyakkan amalan-amalan soleh khususnya berpuasa. 

Jikalau di bulan lain, hanya jarang-jarang kaki kita ini menjejaki ke masjid atau surau untuk solat fardhu, ayuh kita bersama berusaha untuk memperbanyakkan solat Jemaah disana. 

Jikalau selalunya Al-Quran hanya dibaca berselang-seli harinya, maka marilah di bulan ini kita berubah untuk jadikan ia bacaan harian kita. 

Moga-moga di bulan ini mrnjadi titik perubahan kita.


Berikut merupakan beberapa hadith Rasulullah SAW yang boleh kita jadikan renungan dan beramal dengannya.

Dari Aisyah r.a. beliau berkata:

"Rasulullah s.a.w. berpuasa hingga kita mengatakan (baginda) tidak pernah tidak puasa, dan beliau berbuka (tidak puasa) hingga kita mengatakan (baginda) tidak puasa, tapi aku tidak pernah melihat beliau menyempurnakan puasa satu bulan penuh kecuali bulan Ramadhan dan aku tidak

pernah melihat beliau memperbanyak puasa selain bulan Ramadhan kecuali
                                                                    pada bulan Sya'ban.”
 (h.r. Bukhari).

Beliau juga bersabda:

"Kerjakanlah ibadah apa yang engkau mampu, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan hingga

kalian bosan".


Usamah bin Zaid bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

“Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu memperbanyak berpuasa  (selain Ramadhan) kecuali
pada bulan Sya'ban?”

 Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Itu bulan dimana manusia banyak melupakannya antara Rajab dan Ramadhan, di bulan itu perbuatan dan amal baik diangkat ke Tuhan semesta alam, maka aku ingin ketika amalku
diangkat, aku dalam keadaan puasa".
 
(h.r. Abu Dawud dan Nasa'i).


Dalam hadis Ali, Rasulullah bersabda:

 "Malam nisfu Sya'ban, maka hidupkanlah dengan salat dan puasalah pada siang harinya, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam itu, 

lalu Allah bersabda:  "Orang yang meminta ampunan akan Aku ampuni, 
orang yang meminta rezki akan Aku beri dia rezki,
 orang-orang yang mendapatkan cubaan maka Aku bebaskan,hingga fajar menyingsing."

(H.R. Ibnu Majah dengan sanad lemah).

Diatas ini terdapat hadis-hadis yang lemah. 
Namun, menurut pandangan ulama’, hadis dhaif ini boleh digunakan untuk Fadhail Amal (keutamaan amal) tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai hujah (untuk menentukan hukum). 

Justeru tiada salah untuk kita melakukannya sebagai usaha kita untuk mendekatkan diri padaNya. 


Walaupun tidak semua hadis tersebut bertaraf sahih, namun terdapat hadis-hadis lain juga yang memaparkan keutamaan bulan Sya’ban. 
Jadi, malam Nisfu Sya’ban itu mempunyai keutamaan dan kebaikan berbanding malam-malam yang selainnya.

Kesimpulannya, tidak kira disaat mana kita berada, seharusnya bagi kita untuk mendidik diri agar setiap masa yang berlalu menjadikan diri kita lebih taat dan baik pada pandanganNya.

 

Itulah hakikat hamba, yang SETIAP MASA diusahakan untuk hampir mendapatkan redha daripada Sang Pencipta, Allah SWT.


Friday, July 15, 2011

Ubat Hati..

Sememangnya pada zaman sekarang,

Jika kita ditimpa penyakit sesuatu, maka tersangatlah mudah bagi kita untuk mencari penawarnya.

Mungkin ramai yang akan mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital sekiranya dia merasakan perubahan pada dirinya seperti panas di badan mahupun berubah warna.

Namun bagaimana pula hati??

Sesungguhnya bagi hati itu juga terdapatnya penyakit dan ia lebih merbahaya.

Kenapa BAHAYA? 

Ia kerana jika sampai kepada satu tahap, semakin teruk penyakit hatinya, semakin susah untuk dirinya sedar bahawa dia ada penyakit hati. Sepertinya sampai satu ketika dia tidak merasa apa-apa.

Berbeza dengan orang yang mempunyai penyakit tubuh badan. Dalam hal ini, jika semakin teruk penyakitnya, maka seseorang itu lebih jelas Nampak bahawa dia ditimpa penyakit tersebut.

Peringkat Hati yang Berpenyakit.

Ramai ahli-ahli pakar tentang hati (ahli tasawuf) membahagikan penyakit hati kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah:

1.      Hati yang Hidup : Hati yang mempunyai perkaitan dengan Allah. Sememangnya kita manusia biasa tidak terlepas untuk melakukan dosa, namun bagi golongan hati ini, sedikit kegelinciran dosa sudah cukup membuatkan dia rasa bersalah dan menyesal akannya. Taubat itu sentiasa menjadi penyuci dirinya walaupun dosa-dosa kecil yang diperbuatnya.

2.      Hati yang Sakit : Hati yang kurang ingatannya & perkaitan dengan Allah SWT. Mungkin ketika susah, dia mampu untuk mengingatiNya tetapi tatkala senang, susah baginya. Sentiasa di dalam kegelinciran dosa namun hati yang sakit ini tetap mempunyai penyesalan terhadap salah-silapnya dan mempunyai keinginan untuk kembali namun kekuatan penyesalan dan keinginan itu kurang daripada golongan hati yang pertama. Sesetengah, hanya rasa bersalah pada dosa-dosa besar sahaja dan tidak bagi yang kecil dan taubatnya adalah taubat yang ditangguh-tangguh.

3.      Hati yang Mati: Tatkala matinya hati, maka dosa-dosa tidak lagi mendatangkan apa-apa penyesalan dalam hatinya. Dalam golongan inilah akan terdapat insan-insan yang tidak sedar bahawa hatinya sudah mati. Baginya tiada apa-apa. Segala dosa-dosa adalah sama dan tiada penyesalan, maka sememangnya dia akan terus mengulangi dosa-dosa tersebut. Malahan, seteruk-teruk golongan adalah yang berbangga pula akan dosanya.



Seorang sahabat baik Rasulullah SAW, Ibn Mas’ud pernah beerkata:

“Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa yang dilakukannya seperti sebuah bukit yang bila-bila akan menimpa dirinya. Tetapi adapun bagi orang yang munafik, dosa hanya dipandang seakan seekor lalat sahaja.”


Namun apakah ubatnya?

Terdapat pelbagai pendapat dan cadangan daripada pelbagai guru-guru. Namun di sini, dapat ana simpulkan, ubat yang paling utama perlu diambil dahulu dan yang membawa kesan yang kuat oleh setiap orang yang menginginkannya itu ada 5:

1.      Bacalah al-Quran berserta maknanya, moga hati disinari cahaya kalamNya.

2.      Solat malam dirikanlah, moga menjadi pelembut hati.

3.      Bergaullah dengan orang-orang soleh, dengan itu ketaatan akan mengalir dalam dirimu.

4.      Perbanyakkanlah dirimu untuk berpuasa, agar menjadi pendidik nafsu.

5.      Zikir-zikir malam perlulah diamalkan, agar terjaga hubunganmu denganNya.

Mengakhirinya, marilah kita menghayati fadhilat membaca Al-Quran ya’ni salah satu ubat hati yang disebutkan tadi. Moga-moga dengannya akan bertambah keinginan kita untuk berbuat sedemikian.


Abu Umamah r.a. berkata : 


 

"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

 

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : 

 

"Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

 

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" 

 

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

 

Maka berkata Al-Qur'an : 

 

"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

 

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" 

 

Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. 

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

 

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, 

 

sehingga keduanya bertanya : 

 

"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab :

"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an.

Wallahualam.

 

 

 

 

 

 








Tuesday, July 12, 2011

Jatuh Sudah, Namun Masih Ada yang Membangunkannya.

Ya Allah

Jatuh..
Terus terjatuh..

Entah mengapa..
terkadang terngiang-ngiang di kepala kenapa ditakdirkan aku sebegini..

Setelah 3 tahun berlalu sejak peristiwa itu, yang terkadang membuatkan diri kesal..

“ Man (bukan nama sebenar), borang Darul Quran yang ana suruh anta simpankan tu mana ea? Ana nak kena isi ni. Rasanya esok kena hantar.”

“La, anuar..Ana pun tak tahu mana ana letak. Hilang dah rasanya.”

Allah.. 
Tidak tahu bagi ana untuk menyatakan perasaan pada saat itu.
Jadi ana batalkan sahaja..

Dalam fikiran ini terbayang-bayang..
Mungkin apabila aku disana, aku biasa menjadi  seorang yang hafiz.. dan aku juga bisa menjadi seorang yang lebih mendalam ilmunya..

Tetapi..terkandas di pertengahan jalan..
Jalan ingin dituju untuk mendekatkan diri kepadaNya sepertinya semakin susah..

Tidak disangka..
Aku dihantar ke Kolej Matrikulasi Melaka atas nasihat arwah datuk.
Namun bukanlah diletakkan dalam bidang Agama yang menjadi keinginanku..
Tetapi MEDIC..

Entah sejak bila diri ini berkehendak untuk menjadi seorang doktor.
Tetapi seakan terseksa hidup disana..
Ternyata aku tidak meminatinya..

Walaupun begitu, Alhamdulillah..
dikurniakan beberapa sahabat sebagai penguat diri.
Yang bersama-sama terus berdiri di jalan dakwah..

Tatkala kebanyakan manusia jauh dariNya,
Aku memerlukan kamu untukku bisa berbicara atas kalimatNya.

Kepada Akak Siti Fatimah..
Mungkin anda sedang membacanya tatkala ini..
Dan sahabat KMM yang lain..
Diri ini memohon maaf sekiranya pimpinan dakwah ana banyak kekurangan disana..

Dan sememangnya tidak layak menjadi seorang ketua..
Yang sepertinya tidak membawa perubahan yang banyak..
Namun moga Allah terima..

Namun, akhirnya tertulis takdirku untuk menyambung pelajaran di KMS yang memungkinkan ku untuk menceburi bidang engineering.
Dan hati ini berkata-kata agar aku kesana..

Alhamdulillah..
Akhirnya ‘engineering’ menjadi bidangku..
Bertemu Akhi Fiqri yang sememangnya teman karibku..
Bersama-samanya aku terjun lagi ke medan dakwah..

Suatu hari..
Aku terjumpa rakan sekolahku yang sedang  belajar di Darul Quran..
Sememangnya aku sedikit cemburu..
Dan sering berkata pada diri kenapa aku tidak diberi peluang sepertinya?

Ditambah lagi apabila aku berada di sebelahnya..
Dia berpaling kepada sahabatnya yang juga dari darul Quran..

Dan berkata..

“Syed (bukan nama sebenar), ISLAM MEMERLUKAN KAMU.”

Allah..tersentap hatiku..

Gayanya seperti menyatakan ISLAM TIDAK MEMERLUKAN AKU..!

Kerana aku bukanlah ahlinya..
Namun ku sedapkan hati..

Mungkin dia tidak bermaksud pun untuk menguris hatiku..
Tapi katanya, cukup membuatkan ia terpahat selamanya di hati..

Tapi sedikit pun aku tidak menyalahkan sesiapa..
Sekarang sudah tamat pengajianku di KMS..

Tinggal di rumah bukanlah satu persikitaran yang cukup bagus untukku mendalami agama..
Tapi..
Insya Allah akan ku usaha..
Pengikut pengajian-pengajian agama..

Sememangnya hati ini terlalu ingin sangat untuk berjumpa Syeik Nuruddin..
Kerana sejak dahulu lagi, kata-katanya cukup bercahaya sehingga membuatkan hati ini tidak lupa..
Namun bilakah?

Terkejutnya semalam..
Bila aku mengikuti kelas Tafsir di sebuah masjid..
Aku berjumpa orang yang seakan-akannya..

Allahuakbar..
Mukanya seakan juga sama tetapi lebih kelihatan muda.

Sangat terpegun dengan kata-katanya..
Cukup 3 ayat daripada Surah Yasin yang ditafsirnya, 
aku sudah jatuh hati dengan pengajiannya..

Moga aku bisa berguru dengannya..
Seakan semakin hari, semakin dibukan pintu-pintu untukku belajar agama..

Alhamdulillah..
Di kawasan rumahku ada sebuah pondok untuk para hafiz..
Dan Insya Allah kalau diizinkan aku ingin mengikutinya..

Dan sememangnya aku berazam..
Setidak-tidaknya akan ku sambung pelajaranku dalam bidang Usuluddin selepas tamatnya Engineering bersama Akhi Fiqri yang akan menceburi Syariah.

Dan ingin aku buktikan, aku juga bisa menjadi ‘tentera-tentera yang memegang panji agama’.
Kini semakin aku Nampak hikmahnya takdir Allah itu..
Ternyata Dia mempunyai agenda yang lebih baik buatku..

Ku mohon agar diampunkan andai dahulu aku bersangka buruk padaMu kerana sedikit kekecewaan yang membutakan mata.

Mohon Doa daripada sahabat..
Agar aku terus dijalanNya..

Ku titipkan doa juaga untuk kamu semua..
Moga kita diberi kefahaman agama..
Ameen..

~Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah~

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

lirik sebuah lagu yang menyentuh qalbu..

ps: ditulisnya kisah ini moga sahabat-sahabat yang lain yang bukan berada di dalam bidang agama, yakin bahwa dakwah itu luas jalannya. Dan yakinlah buat sekalian sahabat semua, kita mengejar kefahaman agama bukan sekadar kepandainnya. Dan itulah tanda cintaNya.

"Sesungguhnya jika Allah inginkan kebaikan kepada seseorang itu, maka Dia akan mengurniakan kefahaman dalam agama." 

Moga kita semua Ikhlas dijalanNya..
Ameen..





Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites