Friday, July 8, 2011

Bukti Cinta Hamba Kepada Allah SWT


 

CINTA?
Satu perkataan yang mempunyai pelbagai tafsiran dalam diri setiap manusia.
Ada yang berkata ia bukanlah  suatu pekara yang dapat dipaksa,
Dan ada juga yang yakin ia hanya muncul apabila kita mencarinya.

Namun ia adalah satu perkara yang luas,
Kerana tafsirannya mengikut HATI pentafsirnya..

Tafsiran CINTA..
Jikalau ditanya pencinta DUNIA,
Maka jawapannya berkisar harta, pangkat & dan sanjungan manusia..

Jikalau ditanya pencinta WANITA,
Maka jawapannya berkisar pula tentang kecantikkan wajah dan keayuan manusia..

Namun…
Apabila diteliti perjalanan hidup mereka..

Sang Pencinta DUNIA terus mengejar dunia seakan-akan itu hala tujuannya..

Di akhir perjalanan, ku lihat ia tetap papa kedana..
Kerana seakan-akan dunia mempermain-mainkannya..
Namun apakah sebenarnya cinta??

Sang Pencinta WANITA terus menerus pula mencari kepuasan..

Di akhir perjalanannya jua ku lihat dia merana..
Kerana segala kecantikan selama ini menjadi buruk pada pandangannya..

Jadi apakah itu CINTA?
Bukankah diciptanya CINTA oleh Allah untuk membahagiakan Sang hamba?

Jawapannya sememangnya YA..
Tetapi jika HATI itu didasari cinta kepada-Nya.
Dan segalanya yang lain dicintai juga kerana-Nya..
Maka disitulah kebahagian buat sang pencinta..



Di  dalam ilmu tasawuf, CINTA, RINDU, & REDHA adalah perbahasan yang tertinggi didalamnya.
Tetapi yang perlu kita ketahui adalah cinta & rindu kepada Allah itu tidak akan diperolehi sepenuhnya oleh seorang hamba selagi mana hamba itu tidak berada di dalam maqam taubat,sabar dan zuhud.

Mana mungkin kita akan percaya jika seorang wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna (tanpa ada halangan daripada sesiapa) ataupun seorang lelaki yang buruk tingkah lakunya  berkata sedemikian rupa:

“Walaupun aku seperti ini, kamu tak tahu yang hati aku ini bersih?
 Kamu juga tak tahu yang aku ini cinta pada Allah.”

Wallahualam.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui isi hatinya.




CINTA AKAN ALLAH

Mencintai Allah itu WAJIB.
Namun bagaimana pekara yang tidak nampak ini (cinta) diwajibkan?

Imam Nawawi memberi satu perbandingan dalam hal ini. 
Ia berkenaan dua golongan.

Golongan yang pertama ialah dia melakukan ibadat dan dengan ketaatan itu melahirkan cinta kepada Allah.
Manakala yang kedua, dia cinta kepada Allah dan dengan itu melahirkan ketaatan kapadaNya.

Jadi  Cinta yang manakah yang lebih tinggi maqamnya??

Jawapannya adalah CINTA YANG MELAHIRKAN KETAATAN.
Kerana dengan mengenal Allah SWT dan mencintai sepenuh hatinya, maka dia tidak akan merasa sedikit terbeban pun untuk melakukan ketaatan. 
Tetapi bahkan ia mendatangkan keghairahan untuk beramal.




Marilah bersama kita merenung hadis ini..

“Seseorang di antara kamu tidak akan masuk dalam perkiraan beriman sehingga (ia) menempatkan Allah & Rasul-Nya lebih dicintai berbanding mencintai selain Allah &; Rasul-Nya.”

(HR Bukhari & Muslim)

Dan dari FirmanNya:

“ Katakan, jika bapa-bapa, anak-anak, dan saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu cari, harta kekayaan yang kamu kuatirkan kemuflisannya & rumah kediaman yang kamu sukai lebih kamu cintai berbanding Allah dan Rasul-Nya dan daripada (cinta) berjihad di jalanNya, maka tunggulah hingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”

Menurut Imam Nawawi, ayat ini berupa ancaman tahdid & penolakkan terhadap orang yang mendahulukan cinta selain daripada-Nya.

Marilah bersama belayar dalamnya sejenak..

Tatkala kita kaku kematian,
Ada yang Menghidupkan..

Tatkala kita kelaparan,
Ada yang mengenyangkan..

Tatkala kita kesunyian,
Ada DIA sebagai peneman..

Tatkala jatuh,
Masih ada yang Membangunkan..

Tidak sekelip mata pun Dia tiada,
Tidak ada di suatu tempat pun tiada DIA bersama..

Namun kenapa kita tidak mencintai-Nya..?




Suatu hari, jikalau kita ditakdirkan miskin papa kedana..
Berhari-hari kelaparan..
Tiada apa-apa pun untuk dijamah..
Dan perut ini seakan tidak lagi mampu menahannya..

Lalu ada seorang lelaki datang kepada kita, lalu dihulurkan RM50.
Semestinya kita akan ingat raut wajah orang yang menolong kita,
bahkan kita jatuh cinta dengan sikap baik hatinya..

Tidak akan kita lupa walaupun ia hanya pertolongan yang sedikit cuma..

Tetapi bagaimana pula seorang yang tidak mampu untuk mencintai Allah sedangkan segala nikmat yang langsung tidak terkira?



CINTANYA ALLAH PADA KITA

Allah SWT itu mencintai hamba-hambanya bersamaan dengan 70 kali kasih sejati seorang ibu.
Tetapi sebanyak manakah kasih sejati seorang ibu?

Seorang alim pernah berkata, kasih sejati seorang ibu itu ibarat sebuah kisah berkenaan seorang pemuda.

Suatu hari, pemuda tersebut terjumpa dengan buah hatinya.
 Maka dia jatuh cinta yang teramat sangat kepada wanita tersebut, lalu tanpa berlenggah dia melamarnya.
Amat menyedihkan kerana wanita itu meletakkan syarat yang amat berat untuk pemuda tersebut.


“Bawakan kepala ibumu kepadaku.. nescaya akan ku khawinimu..”

Maka berlalu pergilah lelaki itu dan terus berfikir tentangnya.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memancung kepala ibunya..
Lalu dia belari dengan sebelah tangan memegang kepala ibunya yang masih berdarah..
Dan dibelakangnya kilat sabung-menyabung mengikutinya..

Tiba-tiba..
Dia terjatuh lalu tiba-tiba kepala itu bersuara..

“Wahai anakku, Sakitkah kamu?” Dalam wajah kerisauaan…

Itulah hakikat cinta sejati seorang ibu, yang tatkala dianayai anaknya pun, ia masih tetap menyayangi anaknya.
Tetapi cinta Allah itu 70 kali daripada itu bahkan mungkin lebih..

Wallahualam.





Mutiara Kata daripada Sang Pencinta-Nya.

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda berkenaan CINTA:

“Cintailah Allah kerana Allah telah memberi penghidupan kepadamu daripada pelbagai kenikmatan-Nya. Dan cintailah aku kerana Allah mencintaiku.”
(HR At-Tirmizi & Ibn Abbas)

Tidak lupa juga sahabat rapatnya Abu Bakar yang semestinya Allah mencintainya:

“Barangsiapa merasakan lazatnya cinta yang murni kepada Allah, tentu pekara sedemikian lebih menarik perhatiannya daripada mencari harta (bersikap zuhud).”

Diceritakan juga As-Sirri As-Suqti:

“Pada hari kiamat, umat-umat akan diseru dengan nabi masing-masing.
 Misalnya: Hai umat Musa, Hai umat Isa, hai umat Muhammad SAW, tetapi seruan itu tidak dialami orang-orang yang mencintai Allah SWT.
Kerana mereka diseru dengan secara khusus: Hai para wali Allah, kesinilah kalian menghadap Allah SWT. Seketika itu hati mereka seakan-akan hendak tertanggal disebabkan teramat gembira.”




Subhanallah..

Begitu besarnya cinta akan Allah..

Yahaya bin Mu’adz mengatakan:

“Seberat biji sawi berupa kecintaan lebih aku sukai, daripada beribadat selama tujuh puluh tahun tanpa didasari kecintaan.”


Sebagai pengakhir kalam, marilah bersama kita merenung doa Nabi SAW ini:

“Wahai Allah, limpahkan kepadaku kekuatan mencintai-Mu, Mencintai orang yang mencintai-Mu, Dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk mencintai-Mu. Jadikannlah rasa mencintai-Mu lebih aku sukai berbanding air dan embun.”



Wallahualam...


******************************************************************* Rujukan: Kitab Al-Mahabbah, Asy-Syauq wa Al-Redha hasil karangan Imam Nawawi r.a.





MUZAKARAH KITAB: Cinta & Rindu kepada Allah (Imam Nawawi)  Bhg 1


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites