Friday, August 20, 2010

Buatmu yang bergelar wanita????

Assalamualaikum ya ikhwan semua....



Suatu hari ana menyelak buku readers digest...
tiba-tiba terkejut bila terrbaca artikel dari seorang wanita muslimah....

ape taknya...
dalam tu dia tulis bahawa sebenarnya Islam tak adil pada wanita....
"ini satu penindasan" katanya..

bermacam-macam lagi yang dia cakap...
sakit juga hati ini membacanya...

tapi mungkin juga dia masih belum tahu Islam keseluruhannya..
belum tahu apa yang islam letak pada dirinya...


Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. 

Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.
Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.
Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^

RENUNGAN

adakah tuhan itu sifatnya adil???
tapi kenapa lain orang lain rezekinya???

inilah persoalan yang kadang-kadang timbul dalam sesetengah benak hati manusia..

tapi cuba kita bayangkan kita mempunyai seorang adik yang baru tadika...
dan kita waktu tu adalah seorang pelajar kolej...

suatu hari sebelum pergi belajar...
ayah kita bagi RM1 pada adik kita yang tadika tu..
tapi pada kita RM100 pulak ayah kita bagi..

dalam hal ni adakah kita nak katakan ia tak adil???
ataupun adik kita juga perlu dapat RM100 dari ayah kita untuk ke tadika baru itu nampak adil??
(nie pesanan gak untuk adik ana yang kat rumah...:-)
abah tu adil..hehe   )


moral of the story...
keadilan tuhan itu bukanlah letaknya pada nilai atau kuantiti sesuatu atau pon kesenangan dan kemewahan...
tapi keadilan tuhan itu letaknya pada keperluan kita...

wallahua'lam...

7 comments:

subhanallah..
syukran ats peringatan..=)

Alhamdulillah... bersyukur jd wanita... trime kasih ats jawapan yg bernas tersebut...

alhamdulillah dapat kesempatan dan peluang jumpa and baca diz blog.bes sangat.teruskan :)

adil tu berbeza dengan sama rata. terima kasih. alhamdulillah.

perkongsian yg sangat menarik,mohon share di fb ya. syukran. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites