Friday, August 20, 2010

~Beautiful Life~


Pada suatu hari di sekolah...
seorang murid bertanya pada gurunya...
ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang...

PELAJAR: "cikgu, macam mana kita 
nak pilih seseorang 
yang terbaik sebagai orang yang 
paling kita sayang....???

macam mana juga kasih sayang itu 
nak berkekalan???

CIKGU: "ok kamu ikut apa yang cikgu suruh..
kamu pergi ke padang..
kamu berjalan diatas rumput sambil memandang
rumput dihadapan kamu..

pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke 
belakang lg walau sekali...

Dah petik rumput yg PALING cantik,
bawa ke kelas..."

Apabila pelajar tersebut 
pulang ke kelas..
tiada sehelai rumput pun ditangannya...

Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput
yang dipilih????

PELAJAR:"tadi masa saya berjalan, saya 
carilah rumput yang paling cantik..
tapi cikgu kata petik yg paling cantik...

maka saya pun terus  bejalan ke depan
sambil mencari yg paling 
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi...

tapi sampai di penghujung padang, 
saya tak jumpa pun yang paling cantik..

mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi
rumput yang paling cantik...

tp dah cikgu cakap tak boleh 
menoleh kebelakang semula...
jadi...
tiadalah rumput yang
saya boleh petik...

CIKGU: "ya itulah jawapannya.
maknanya apabila kita telah berjumpa
dgn seseorang yg kita sayang,
janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu..

kita patut hargai orang yang berada
dihadapan kita sebaik-baiknya..

jangan kita menoleh ke belakang lg
kerana yg berlaku tetap dah berlaku..
semoga yg berlalu tak berulang lagi..

dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yg paling cantik..
dan paling baik..

walaupun nak ikutkan banyak lg
yg cantik dan 
baik seperti rumput
tadi....












1 comments:

semoga dapat dipertemukan dengan orang yang disayangi kerana Allah s.w.t..Amin..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites