Friday, July 15, 2011

Ubat Hati..

Sememangnya pada zaman sekarang,

Jika kita ditimpa penyakit sesuatu, maka tersangatlah mudah bagi kita untuk mencari penawarnya.

Mungkin ramai yang akan mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital sekiranya dia merasakan perubahan pada dirinya seperti panas di badan mahupun berubah warna.

Namun bagaimana pula hati??

Sesungguhnya bagi hati itu juga terdapatnya penyakit dan ia lebih merbahaya.

Kenapa BAHAYA? 

Ia kerana jika sampai kepada satu tahap, semakin teruk penyakit hatinya, semakin susah untuk dirinya sedar bahawa dia ada penyakit hati. Sepertinya sampai satu ketika dia tidak merasa apa-apa.

Berbeza dengan orang yang mempunyai penyakit tubuh badan. Dalam hal ini, jika semakin teruk penyakitnya, maka seseorang itu lebih jelas Nampak bahawa dia ditimpa penyakit tersebut.

Peringkat Hati yang Berpenyakit.

Ramai ahli-ahli pakar tentang hati (ahli tasawuf) membahagikan penyakit hati kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah:

1.      Hati yang Hidup : Hati yang mempunyai perkaitan dengan Allah. Sememangnya kita manusia biasa tidak terlepas untuk melakukan dosa, namun bagi golongan hati ini, sedikit kegelinciran dosa sudah cukup membuatkan dia rasa bersalah dan menyesal akannya. Taubat itu sentiasa menjadi penyuci dirinya walaupun dosa-dosa kecil yang diperbuatnya.

2.      Hati yang Sakit : Hati yang kurang ingatannya & perkaitan dengan Allah SWT. Mungkin ketika susah, dia mampu untuk mengingatiNya tetapi tatkala senang, susah baginya. Sentiasa di dalam kegelinciran dosa namun hati yang sakit ini tetap mempunyai penyesalan terhadap salah-silapnya dan mempunyai keinginan untuk kembali namun kekuatan penyesalan dan keinginan itu kurang daripada golongan hati yang pertama. Sesetengah, hanya rasa bersalah pada dosa-dosa besar sahaja dan tidak bagi yang kecil dan taubatnya adalah taubat yang ditangguh-tangguh.

3.      Hati yang Mati: Tatkala matinya hati, maka dosa-dosa tidak lagi mendatangkan apa-apa penyesalan dalam hatinya. Dalam golongan inilah akan terdapat insan-insan yang tidak sedar bahawa hatinya sudah mati. Baginya tiada apa-apa. Segala dosa-dosa adalah sama dan tiada penyesalan, maka sememangnya dia akan terus mengulangi dosa-dosa tersebut. Malahan, seteruk-teruk golongan adalah yang berbangga pula akan dosanya.



Seorang sahabat baik Rasulullah SAW, Ibn Mas’ud pernah beerkata:

“Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa yang dilakukannya seperti sebuah bukit yang bila-bila akan menimpa dirinya. Tetapi adapun bagi orang yang munafik, dosa hanya dipandang seakan seekor lalat sahaja.”


Namun apakah ubatnya?

Terdapat pelbagai pendapat dan cadangan daripada pelbagai guru-guru. Namun di sini, dapat ana simpulkan, ubat yang paling utama perlu diambil dahulu dan yang membawa kesan yang kuat oleh setiap orang yang menginginkannya itu ada 5:

1.      Bacalah al-Quran berserta maknanya, moga hati disinari cahaya kalamNya.

2.      Solat malam dirikanlah, moga menjadi pelembut hati.

3.      Bergaullah dengan orang-orang soleh, dengan itu ketaatan akan mengalir dalam dirimu.

4.      Perbanyakkanlah dirimu untuk berpuasa, agar menjadi pendidik nafsu.

5.      Zikir-zikir malam perlulah diamalkan, agar terjaga hubunganmu denganNya.

Mengakhirinya, marilah kita menghayati fadhilat membaca Al-Quran ya’ni salah satu ubat hati yang disebutkan tadi. Moga-moga dengannya akan bertambah keinginan kita untuk berbuat sedemikian.


Abu Umamah r.a. berkata : 


 

"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

 

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : 

 

"Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

 

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" 

 

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

 

Maka berkata Al-Qur'an : 

 

"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

 

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" 

 

Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. 

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

 

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, 

 

sehingga keduanya bertanya : 

 

"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab :

"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an.

Wallahualam.

 

 

 

 

 

 








1 comments:

Jazakallah atas perkongsian.
Ubat-ubat hati yang sungguh praktikal tetapi sukar untuk dilaksanakan, adakala secara paksa, datang hari tertentu secara suka rela. Semoga kita semua boleh istiqomah dalam amalan kita ikhlas kerana Allah.
Wallahu a'lam.

-Haura Maqsuurah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites