Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Monday, May 30, 2011

Kematian Yang Terindah..





Alhamdulillah,
Kerana sehingga hari ini,
Masih ada kerdipan di mata,
Masih ada hembusan nafas dirasa.

Ini menjadi tanda kita masih diberi kesempatan untuk hidup di alam ini,
Mengatur setiap tapak-tapak kaki,
Memperbaiki apa yang telah kita rosakkan,
Dan membina apa yang belum kita siapkan.

Saban yang berlalu,
Mungkin kita kurang sedar bahawa setiap perjalanan kita adalah makin dekat denganNya,
Kerana masa yang berjalan membawa kita turut dekat dengan penghujung hidup kita.
Ya’ni kematian yang akan datang tanpa diduga.
 
Marilah bersama kita menghisab diri kita,

Alangkah tersangat indahnya jika tiba hari pengadilan,
Apabila kita dibangkitkan,
Setelah kita menyapu debu yang melekat di muka kita,
Lalu dibukakan kedua mata kita,
Lalu kelihatan di kanan kita wajah Baginda Rasulullah SAW,
Di kiri pula bersinar cahaya para sahabat yang mulia.
Pasti terasa lapang dada kita,
Akan hilang ketakutan untuk menghadapNya,
Kerana telah pasti kita bersama mereka.

Tapi alangkah bergolaknya hati nanti,
Setelah dibuka mata kita nanti,
Kelihatan di sisi dipenuhi orang yang buruk rupanya,
Tergolongnya kita dalam kaum yang fasik (banyak berdosa),
Di kalangan kita juga ada yang munafik,
Apakah bisa kita berlari di saat itu?
Wallahualam..

Seperti yang kita sedia tahu,
Kematian yang paling manis adalah sepertinya mati para syuhada’,
Yang pasti terpapar satu senyuman kepuasan,
Setelah berpenat lelah didunia.

Melawani nafsu yang tidak pernah kenyang,
Hati nurani yang tersangat sukar beroleh kekushyukkan,
Serta bersusah payah dalam mengamalkan agama dan juga menyebarkannya.




Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi saw yang memberitahu tentang kelebihan orang yang mati syahid.





"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". 

(Ali-imran169-171) 


                                                                                        
"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya” (Al-baqarah=154)

RasuluLLah saw bersabda;
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:

1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
 
[Hadith Riwayat Bukhari).

Hadis riwayat
 Anas bin Malik Dari Nabi saw. beliau bersabda:

”Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.”
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3488

Hadis riwayat
 Jabir ra., ia berkata:

“Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh? Beliau menjawab: Di surga. Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur. Dalam hadis Suwaid: Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw. pada waktu perangUhud .”
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3518


Tetapi mungkin apabila diteliti dalam diri kita, mungkin banyak kelemahan dan susah bagi kita untuk memperolehinya.
Namun ketahuilah ia tidak mustahil untuk kita capai kerana ada hadis menyatakan tentang seorang pejuang yang mati di tempat tidurnya.


عَنْ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ سَأَلَ اللهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ
بَلَغَهَ اللهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ
وَاِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ

Dari Sahal bun Hunaif r.a katanya :
Rasululllah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang meminta kepada Allah mati syahid dengan sebenarnya
nescaya dia akan disampaikan Allah ke tingkat syuhada,
biarpun dia mati di tempat tidurnya"
( sahih riwayat Muslim)

Bersamalah kita merenung isi lagu ini moga ia menyalakan semangat kita di jalan dakwah ini yang terkadang malap ditiup angin.


lyrics:
I’ve been to the holy land,
A place cherished by children of Abraham
But this bloodshed and carnage, don’t understand
Son raise your head, find the star in the night sky
Freedom will come Palestine, we hear it worldwide,
I see you creeping, over the border
So eager to take a life
Guns a blazing, you bring the horror
Tell me how you sleep at night
Children screamin, no tomorrow
That’s how they’ve lived their lives
Hope’s still burning, freedom will come
Everything’s gonna be alright
No matter how you try
You’ll never kill the hope burning bright deep inside
You may take their lives
But you’ll never kill the voice rising up
Freedom will come, Palestine
As a father buries his child,
You say she deserved to die
But aint nobody buying your lies
How can you say its right?
Demolition of homes and minds
In the eyes of a world gone blind
The revolution aint televised
In the streets, from the blood and dust, you will hear their cry
Livin conditions vicious. Electricity missin
Villages pillaged. Mothers and children innocent victims. Indigenous however treated as if
They were the foreigner and criminal for showing resistance. Freedom. Limited. By an occupant position. Inhibited transmission from humanitarians
This is. Just the beginning of these horrific incidents. Innocents disregarded so bombs drop, kill, and injure. Tell me. How hypocritical is it
To receive reparations for the crimes committed
Against you. Only to turn around and do
The same type of atrocities done to you
Face the truth. Justice will win through
And we all. Will answer for what we do
know oppression never lasts
Stand firm hold fast
To your faith
Let us pray Palestine
Will find
Freer days


moga ditempatkan kita bersama para syuhada'.
ameen...


Thursday, May 26, 2011

Buat Repeaters A-LEVEL & Juga Tidak.



Assalamualaikum..

 


Di bawah teriknya matahari yang menyinari pada tengahari 25 Mei 2011,
Berpusu-pusu pelajar a-level engineering yang keluar dari bilik peperiksaan.
Di raut wajah setiap seorang menyingkap berbagai makna.



Kelihatan ada yang senyum gembira kerana sudah selesai ujian baginya.
Selesailah segala penantian 2 tahun di sini.
Bermulalah pula rehat yang panjang baginya.

Kelihatan juga ada yang senyum pun tidak, gembira pun tidak.
Mata-matanya seperti merenung hari-hari yang seterusnya.


Banyak lagi perlu ditempuh.
Banyak lagi perlu diusaha.
Banyak lagi beban yang perlu digalas.
Banyak lagi bebanan yang terpaut di bahu.
Sedangkan dalam masa yang sama, segolongan telahpun bergembira.

Dari raut wajah mereka yang lain itu tersingkap wajah gembira.
Mungkin di hati akan tersingkapnya berjuta perasaan yang melahirkan beberapa persoalan.

“Kenapalah aku diletakkan disini? Menyesal aku dulu. Kalaulah aku dulu seperti itu dan ini…mungkin ini tak jadi pada aku.”

 Mungkin tersimpul juga di dalam doanya..

“Wahai Tuhan ku, kenapalah ditimpakan aku sebegini?”

Mungkin juga yang pasrah dan berserah padaNya.

“Wahai Tuhanku, Pemilik nyawa dan diriku, sesungguhnya aku memohon akan pertolonganMu, maka bantulah aku.”

Seperti kata Saidina Ali,
Marilah kita merenung seketika dan beriman sejenak..

Firman Allah:



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah:286)

Marilah kita mentadabbur seketika ayat yang pertama itu.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


Cubalah bersama kita merenung sedalamnya.
Allah itu mengetahui kekuatan zahir dan hati tiap seseorang dari hambaNya itu.
Allah meletakkan kita di dalam golongan yang kedua (repeaters),
kerana Dia mengetahui kita ada kekuatan menempuhnya.

Mungkin itu menjadi wasilah untuk hambaNya lebih dekat denganNya,
Lebih banyak pengharapan padaNya,
Dan juga lebih merendah diri sifatnya.


Mungkin ada diantara kita, apabila diletakkan dalam golongan ini,
dia telah merasakan dirinya banyak berubah.

Hakikatnya itulah jalan Allah mentarbiahkan kita.
Di dalamnya juga ada yang Allah melebihkan kita dari golongan pertama.
Sebagaimana  kita tahu, akan  bertambah kefahaman kita tentang pelajaran kita,
yang pasti bermanfaat untuk hari-hari yang seterusnya.



Atas diri kitalah untuk menyedari dan memahami hikmah tersebut.

Tapi tidak lupa kepada yang bukan repeaters.
Perlu sangat-sangat juga kita lebih merenung ayat ini.
Pernahkah di hati kita terdetiknya persoalan

“mengapa Allah berikan kelapangan ini?”

Tidak lain kerana Allah itu tahu yang kamu tidak mampu dibebankan kecuali apa yang kamu mampu.

Mungkin terkadang kita beriktikad bahawa usaha kita dan penat lelah, akan membawa hasil yang berbaloi dengannya.
Allah juga memberi kita kelapangan kerana Dia mengetahui kita tidak mampu disibukkan (kerana ada yang diantaranya memegang jawat lain).
Allah tidak memberi kegagalan kerana mungkin kegagalan kita itu menyebakan kita putus harapan, tidak kuat menempuhnya, dan langsung melahirkan kecewa.
Dan mungkin kekecewaan itu akan menyebabkan kita tersangat terseksa.

Sedikit kesusahan, berjuta keluhan.
Nikmat yang banyak dilupakan tetapi sedikit kesusahan itulah sahaja yang terpapar di mata.

Secara amnya, tiada siapa yang hebat, dan juga tiada siapa yang lemah.
Sedikit kegagalan bukanlah gagal selamanya,
Sedikit kejayaan juga bukanlah  bermaksud akan berjaya untuk setiap perkara.

FirmanNya:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6)

Berusahalah sedaya-upaya dan halakanlah tawakal kepadaNya.
Moga setiap sesuatu dicukupkan bagi kita.

FirmanNya:
“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).”
(Surah a-Talaq: 2-3)

Akhir kalam, bersikap husnuzon-lah (bersangka baik) kita dengan Allah SWT dengan memerhatikan setiap hikmah atas setiap perkara yang menimpa diri kita.



p/s: Di doakan semua dipermudahkan segalanya & berjaya di dalam peperiksaan ini.
Tidak lupa juga pada IB. Ameen..:)

Friday, May 20, 2011

Dosa-dosa yang datang tanpa diduga.

  



                              



Dosa-dosa yang datang tanpa diduga.

Suatu ketika, ada yang bertanya, mengapa doaku ini tidak dimakbulkan?

mengapa tiada terasanya kemanisan iman?

kenapa sukar bagiku untuk hadirkan hati ini ketika beribadah padaNya?

dan mengapa kerap kali aku berusaha untuk hampir padaNya, tetapi makin terasa 
menjauhiNya?



Kata Ibn Athoillah:

"Ramai orang yang solat, tetapi solat itu menjauhkanNya dari Pencipta.
Ramai yang berzikir padaNya, tetapi pada hakikatnya mereka melupakanNya."


Secara keseluruhannya, apabila diperhatikan kata-kata ini,
mana mungkin orang yang solat dan juga berzikir akan jauh dari Allah swt?

Tetapi, apa yang dibawakan di sini adalah Kesan Daripada Dosa yang Tidak Kita Sedari.
Yang mungkin kita terlepas pandang darinya.
Suka untuk ana bawakan tentang bagaimana perkara yang pada asalnya menjadi baik, tetapi akibat tidak mengikut landasan syarak, maka ia menjadi dosa yang menggelapkan hati kita.


Iaitu Dosa Dari Facebook.

Di bawah ini merupakan olahan dari Ustz Zaharuddin dan moga-moga ia bermanfaat untuk kita bersama.






Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2)  Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekatsangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingk an wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justerupenutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya.Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra cautionlagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Thursday, May 5, 2011

Munajat Di Akhir Hari-hari Ku.

Ya Ilahi Robbi
Dengan nama-Mu
Izinkanlah kusebut indahnya nama-Mu
dalam heningnya malam, berselimut alunan do'a

Ya Ilahi Robbi,
Hamba bermunajat, memohon kepada-Mu
Buatlah MATA ini agar selalu melihat Cahaya-Mu
Buatlah HIDUNG ini agar selalu mencium bau Surga-Mu
Buatlah MULUT dan LIDAH ini agar selalu basah berdzikir menyebut Nama-Mu
Buatlah TELINGA ini agar selalu mendengar seruan Panggilan-Mu
Buatlah WAJAH ini agar selalu berseri menerima segala Ketetapan-Mu
Buatlah TANGAN ini selalu diatas bersedekah atas Rezeki dan Keberkahan-Mu
Buatlah kedua KAKI ini selalu ringan berjalan ke masjid-Mu

Ya Ilahi Robbi,
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Ampunilah segala dosa kami
Ampunilah dosa bapa dan ibu kami
Ampunilah dosa para saudara kami
Ampunilah dosa para guru kami
Ampunilah dosa para pemimpin kami
Ampunilah dosa saudara-saudari kami kaum muslimin

Ya Ilahi Robbi,
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
Tiada daya dan upaya tanpa hadir-Mu ya Robb

Ya Ilahi Robbi,
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Jalan atas orang-orang yang telah Engkau anugerahkan
nikmat kepada mereka dan bukannya jalan yang Engkau murkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Ya Ilahi Robbi,
Engkaulah Yang Maha Tahu Segalanya
Hamba bersujud, berserah diri
atas segala kelalaian hati

Dalam hening, sepinya malam
Saat Tahajud dan Taubat kami panjatkan
Ampunilah kami ya Robb,....
Kabulkanlah munajat do'a ini

amin

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites