Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Monday, April 25, 2011

Jemaah Tabligh: Berkatalah atas perkara yang sahih tentangnya bukanya merendah-rendahkannya dengan membuta tuli.

Assalamualaikum warahmatullah,


Setiap jamaah atau aliran memiliki kelebihan dan kekurangan. Ini adalah lumrah kerana yang menganggotainya ialah manusia yang serba tidak bebas daripada kekurangan.


Hemat saya, kebaikan Jamaah Tabligh (singkatan JT) adalah seperti berikut:


[1] Hidup berjamaah dengan satu ikatan yang amat kuat.


[2] Sanggup mengorbankan masa, tenaga dan uang demi mencapai tujuan
mereka.


[3] Berjaya mendisiplinkan diri menjauhi perdebatan yang tidak bermanfaat dalam hal-hal agama yang diperselisihkan.


[4] Satu-satunya jamaah yang memiliki persiapan fizikal untuk turun ke medan jihad peperangan.




Kekurangannya hanya satu:


[1] Mencukupkan diri dengan satu sumber ilmu sahaja, iaitu kitab Fadhail Amal.


Kekurangan ini bagi saya tidak terbatas kepada JT sahaja kerana mana-mana jamaah atau aliran akan membataskan diri mereka kepada satu silabus sahaja. Jamaah tariqat kepada buku-2 Sufi sahaja, jamaah al-Albaniyun kepada buku-2 al-Albani sahaja, jamaah Ikhwan kepada buku-2 Ikhwan sahaja, Syi’ah dgn buku-2 Syiah sahaja dan demikianlah seterusnya.


Seandainya JT dan juga mana-mana jamaah lain dapat mengubah sikap ini, ia akan membawa manfaat yang besar kepada mereka khususnya dan umat Islam umumnya.


Beberapa fitnah yang biasa dilontarkan kepada JT:


[1] Buku Fadhail Amal (singkatan FA) banyak hadis dhaif dan maudhu’.


Jawab: Tuduhan di atas lazim kedengaran tetapi setakat ini belum saya menjumpai sesiapa yang secara khusus mentakhrij hadis-hadis dlm kitab Fadhail Amal. Tanya takhrij yang lengkap, bagaimana mereka tahu di dalamnya ada “banyak” hadis dhaif dan maudhu ?


Sekadar kajian saya, Maulana rahimahullah ketika menyusun kitab FA merujuk hadis-hadis kepada 4 sumber berikut:


[a] Kitab hadis yang enam (al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai & Ibn Majah)


[b] Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri


[c] Kitab Majma’ al-Zawa’id oleh al-Haitsami


[d] Kitab Jami’ al-Shagheir oleh al-Suyuti.


Di dalam kitab FA memang terdapat hadis-hadis dhaif di mana:


[a] Maulana rahimahullah berpegang kepada pendapat jumhur yang membolehkan penggunaan hadis dhaif untuk Fadhail Amal.


[b] Darjat hadis dirujuk beliau kepada apa yang dinilai oleh tokoh-tokoh sepertimana dalam rujukan di atas.


Sikap yang benar di dalam masalah ini ialah memahami manhaj Maulana Zakaria dalam menyusun FA. Jika benar ada “banyak” hadis dhaif, maka itu memang merupakan manhaj beliau sebagaimana manhaj kebanyakan tokoh lain.


Jika benar ada hadis maudhu, maka adakah itu satu kesengajaan oleh Maulana ? Saya pasti tidak pasti.


[2] Buku Fadhail Amal memiliki banyak ajaran kurafat dan bid’ah. Jawab: Sekali lagi, siapakah yang telah mentahqiq kitab FA secara lengkap sehingga dapat dikatakan jumlahnya ialah “banyak” ?


Kedua, kurafat dan bid’ah tersebut - adakah ia sesuatu yang disepakati atau masih ada perbedaan pendapat di dalamnya.


Ketiga, jika ada maka tugas kita ialah membetulkannya dan bukan mengkritik sehingga mengeneralisasikannya kepada seluruh kitab FA.


Keempat, Maulana Zakaria di akhir kitab Fadhail Solat ada menerangkan bahawa sebahagian kisah yang dibawanya itu bersifat “longgar” bertujuan untuk menarik atau menggerunkan hati. Beliau menegaskan ia bukannya hadis. Ini merupakan manhaj yang dipegang oleh sebahagian tokoh terdahulu.


Kelima, kurafat dan bid’ah adalah masalah yang terdapat di dalam pelbagai aliran, maka kenapa dikhususkannya kepada JT sehingga ditutupi segala kebaikan mereka yang lain ?


[3] JT tidak memiliki ilmu dalam berdakwah.


Jawab: Sekali lagi, siapakah yang memiliki ilmu yang mencukupi untuk berdakwah ? Jika ilmu mereka sudah cukup, kritikan sebegini tidak akan keluar daripada mulut mereka. Jika ilmu belum cukup, maka kenapa sibuk kritik orang lain ?


[4] Keluar 3, 40 hari bukan sunnah.


Jawab: Pada zahirnya, membicarakan hukum dengan istilah “wajib, sunat, harus, makruh, haram” bukan juga sunnah. Akan tetapi ianya diformulakan oleh para fuqaha untuk memudahkan pemahaman orang awam kepada kandungan hukum yang terdapat di dalam dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah.


Membicarakan fiqh dengan 5 istilah tersebut bukan sunnah akan tetapi ia memudahkan orang awam mengambil dan mentaati sunnah.Demikian juga, membataskan keluar berdakwah kepada sekian-sekian hari bukanlah sunnah. Akan tetapi ia hanya satu metode mendisiplinkan ahli JT dalam berdakwah mengikut sunnah. Jika ada ahli JT yang keluar sentiasa ia lebih baik. Memandangkan masing-masing sibuk dengan tanggung jawab lain, digariskan beberapa jumlah hari tertentu bagi memudahkan perancangan dakwah mereka.


Justru 3 hari, 40 hari bukanlah sunnah akan tetapi ia hanyalah metode yang digunakan bagi mendisiplinkan diri mempraktikkan sunnah untuk berdakwah.


Demikian beberapa poin yang sempat saya ulas saat ini.


Pendek cerita, menjadi kelaziman manusia suka mencari dan membesarkan kekurangan seseorang atau sesuatu kumpulan. Di waktu yang sama mereka mengecilkan apa-apa kelebihan yang ada.


Prinsip yang penting apabila kita mengkaji aliran yang lain ialah berusaha untuk memahaminya dan bukan menjauhinya. Jika kita berusaha memahaminya, kita akan dapat menemui pelbagai kebaikannya. Jika kita berusaha menjauhinya, kita akan dapat menemui pelbagai keburukannya.


Jika ada perbezaan antara manhaj maka hendaklah diselidik, adakah perbezaan tersebut sesuatu yang khilaf atau sepakat. Jika khilaf maka kita bersikap toleran, jika sepakat kita berhikmah untuk membetulkannya. Sebelum melakukan itu semua, kita sendiri perlu ada ilmu untuk menilai antara khilaf dan sepakat.


Jadilah pendakwah, bukan penghukum. Berusahalah membetulkan orang, bukan menyalahkan orang. Ulasan saya di atas tidak khusus kepada JT sahaja tetapi umum kepada sesiapa yang ingin menilai lain-lain jamaah atau aliran seperti Sufism, Salafi, Syi’ah, Hizbi, Ikhwan dan lain-lain lagi.


Sumber: al-firdaus.com


p/s: Sebagai seorang mukmin yang inginkan kejayaan umat islam suatu hari nanti, bukanlah hak kita untuk merendahkan satu golongan atas golongan yang lain kerana dengannya akan hilang pandangan rahmat Allah terhadap kita. Tetapi sebagai yang prihatin, maka perlulah kita mendalami ilmu agama sedalam-dalamnya dalam menilai sesuatu perkara.  Oleh itu, jika terdapat kekurangan ataupun kesalahan, maka di sinilah kita memainkan peranan untuk memperbetulkan bukan hanya mengkritik tetapi tiada usaha dan penat lelah mahupun tangisan memikirkan kerisauan Rasulullah terhadap umat akhir zaman.

Friday, April 22, 2011

Ukurlah Kesyukuranmu, Bukan Kesukaranmu..


 

                       

Apakah sebenarnya erti kesenangan dan kebahagian?

Selalu sangat persoalan ini muncul di benak hati kita ketika datangnya kegelisahan dan kesusahan dalam hidup kita.

Jikalau ditanya pada seorang pelajar, apakah yang akan membuatkanmu bahagia??

Mungkin jawapnya.."apabila aku mendapat first class degree", katanya..



Jikalau ditanya pada yang berhasrat ingin berumah tangga, apakah yang akan membuatkanmu bahagia?

Mungkin jawapnya.."apabila akan bertemu dengan insan yang dicari-cari selama ini.


Dan jikalau ditanya pada usahawan pula..
Mungkin jawapnya "bila perniagaan aku berjaya."

Tapi tatkala kita bertanyakan kembali mereka ini setelah mereka berjaya untuk mencapai hasrat masing-masing,

mungkin yang pelajar itu akan berkata, "aku masih tidak cukup bahagia kerana aku masih perlukan pekerjaan pula."

Mungkin yang berumah tangga itu berkata, "aku masih tidak cukup bahagia kerana aku sering disibukkan dengan hal keluarga dan anak-anak."

Dan mungkin juga usahawan yang berjaya itu berkata, "aku perlukan kejayaan lagi untuk aku lebih bahagia".

Jadi bilakah hakikat bahagia itu akan diperoleh golongan seperti ini?


Pernah suatu ketika, seorang sahabat datang bertemu Rasulullah SAW bertanyakan pada baginda..

"Ya Rasulullah, jadikan aku ini kaya."

Baginda menjawab.

" Hadirkan dalam hatimu sifat QANAAH".

Iaitu merasakan cukup dengan pemberian Allah denan bersyukur padaNya, tetapi tidak bermaksud bahawa kita tidak perlu berusaha untuk memperoleh yang lebih baik.

Insyallah, di situlah kebahagian yang hakiki yang perlu kita cari.
Melahirkan sifat syukur, melatih sifat qanaah dan beramal dengan sifat zuhud.
Itulah hakikat kebahagian yang perlu dicari.

Teringat kisah Nabi Musa yang menyentuh tentang sifat syukur pada seorang hamba.

Nabi Musa AS memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak
dan umur mereka panjang-panjang.
Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin.


Ketika Nabi Musa dalam perjalanan bertemu Allah di Bukit Tursina, dia terjumpa
seorang yang MISKIN.
Dia begitu miskin sehingga pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.
Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS,

"Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya".

Nabi Musa meniyakannya lalu meneruskan perjalanannya.

Kemudian, dalam perjalanannya lagi, dia terjumpa pula dengan seorang KAYA.
Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.
Ia berkata kepada Nabi Musa AS,

 "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. 

Nabi Musa juga mengiyakannya dan meneruskan perjalanannya.

Apabila dia kembali pulang dari bertemu Allah di bukit Tursina, lalu dia berjumpa kembali orang kaya tersebut 
dan Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu.


 "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT."

Ya Nabiullah, 
bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. 
Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. 
Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. 
Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, 
bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu.


Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. 
Kemudian si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya kerana dia selalu bersyukur. 
Bahkan setiap titisan hujan yang mengenai tubuhnya bertukar menjadi mutiara.

Seterusnya Musa meneruskan perjalanannya untuk pulang dan dia terserempak lelaki miskin itu pula.
Lalu dia memberikan jawapan pada persoalan yang dilontarkan orang miskin itu.

"saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT".

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata,

"Bagaimana aku mau banyak bersyukur, 
aku makan pun jarang, 
dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!.

Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Dan si miskin menjadi bertambah miskin. 
Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. 
Ini semua kerana sikapnya yang tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.


Akhir kata,bersamalah kita mengukur dimana kesyukuran kita terhadapNya, dan dengan itu, pasti setiap kesusahan yang menimpa, kita akan marasakan kemanisannya.


Thursday, April 21, 2011

Apa Yang Hilang??

                       

                         


Suatu malam yang gelap gelita,
bintang-bintang seakan tak bercahaya,
bulan pun hilang entah kemana,
tapi kelihatan seorang lelaki tua di bawah sebatang LAMPU JALAN. 
Sepertinya dia sedang mencari sesuatu.
Dan sejak tadi kelihatan dia resah gelisah sambil mengelilingi lampu itu seperti mencari sesuatu.
Ada rasa penat diraut wajahnya tetapi dia tetap mengelilinginya.

Lalu datang seorang budak datang bertanya...
"Assalamualikum pak cik.."

Lalu dia menjawab.
"Wa'laikum salam..ada apa anak??"

"Pak Cik tengah buat apa ni,
sejak tadi saya lihat pakcik macam resah gelisah je.
Pak cik hilang sesuatu?", jawab budak itu..

"Ya, pakcik hilang sesuatu.
Tapi yang menjadi masalahnya dan membuatkan pak cik pening,
pak cik pun tak tahu benda apa yang pakcik hilang..
tapi pakcik yakin pakcik ada hilang BENDA...hmm."

Budak itu seakan akan ingin ketawa
tapi dia terus bersuara kembali melontarkan soalan yang seterusnya..
"Rasa-rasa pakcik, benda itu hilang dimana?"

Lalu dia menjawab.." Pakcik yakin, pakcik hilang di RUMAH..
disebabkan RUMAH pakcik tiada lampu, maka pakcik mencarinya di sini nak, baru senang nampak."

Lalu budak itu tersenyum lantas meninggalkan lelaki itu..

Mungkin pada kita secara luarannya kisah ini nampak biasa sahaja,
seakan-akan ia hanya perbualan antara seorang budak dan seorang lelaki gila..
Tapi itulah hakikat hidup yang berlaku dalam kehidupan kita.

LAMPU JALAN itu umpamanya dunia kita.
Perbuatan pakcik itu, yang mengililingi lampu adalah seperti perbuatan kita terkadang lalai dengan dunia. Mengejarnya siang dan malam tanpa memikirkan tujuan sebenarnya membuat kita lupa.
Semakin hari, semakin jauh dari sang Pencipta dan terus melupakanNya,

Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa kita terus mengililingi TIANG LAMPU itu?
Jawapannya, kerana dalam hati kita,
kita merasakan bahwa itulah jalan
kebahagian,
ketenangan jiwa,
dan juga hakikat kejayaan seperti pakcik tadi.

Pakcik itu terus mengililingi LAMPU JALAN itu kerana ia bercahaya,
dan dia yakin bahawa dia akan dapat mencari BENDA yang dia hilangkan itu.

Tetapi adakah akhirnya ia menjumpainya???
Jawapannya pasti TIDAK..
Sepertinya lelaki itu tertipu dengan CAHAYA itu..
kerana walaupun adanya cahaya, tapi pasti dan pasti barang yang hilang itu tidak akan dijumpainya kerana hilangnya adalah di RUMAH bukan di TIANG LAMPU jalan itu.

Jika kita lelaki itu, apakah CAHAYA yang dimaksudkan itu yang membuatkan kita tertipu?
Tidak lain tidak bukan adalah harta, pangkat dan jua wanita.

Seperti firman ALLAH SWT:


اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرّاً ثُمَّ يَكُونُ حُطَاماً وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاء وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.
(QS Al Hadid:20 – 21)

Jadi apakah jalan penyelesaianya??
Kembalilah ke RUMAH, ya'ni dengan mendekati Allah SWT.
Janganlah kita biarkan diri kita dipanah tipu daya dunia.

Tapi bilakah ingin BERMULA..
adakah menanti siang yang seterusnya??

Allah SWT berfirman:


أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan
kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
(QS Al Hadid:16)

Justeru,
carilah ia di sana.
InsyaAllah, kita akan mendapatinya.
Jika ia gelap, maka kita perlu berusaha untuk menyinarinya.
Jika ditanya apakah cahayanya, maka AMAL SOLEH adalah jawapannya..



-@NuaR-

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites