Thursday, September 2, 2010

RAMA-RAMA DAN CINTA SEORANG LELAKI..







Wahai wanita anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunianya pasti diselubungi sugul. 


Para lelaki yang mendiami dunia ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. 


Bayangkan saja dunia ini hanya dipenuhi kaum lelaki. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan-perbuatan 'sampai hati' sesama sendiri.


Wahai wanita anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. 


Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.


Namun anda yang bernama wanita mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki. 


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tamsilkan diri anda sebagaimana rama-rama. 


Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahanya apabila disentuh. Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa yang akan pedulikannya lagi.


Mengapa ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki. 


Tapi wahai wanita, sayap anda yang indah itu pasti luntur sedikit demisedikit, melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatakala anda menyentuh serangga kecil itu.


Apakah anda tidak berasa rugi? 


Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?


Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebaba ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tak berhak berbuat begitu. 


Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita berada di sekelilingnya tetapi anda pasti rugi setiapkalia ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.


Hanya dengan sekali sentuh, corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. 


Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa sesiapa memepedulikannya lagi.


lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daipada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda. 


Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban apabila ditagih, atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Dimanakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan keua-dua belah sayap anda telah tiada.


Wahai wanita kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. 


Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga sebuah kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.


Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya tinggi di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai 'alat'. 


Tapi anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari seorang mereka. 


Biar terlewat sedikit sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah, sudahnya hanya mencemamaikan hidup anda.


Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju Tuhan dengan selesa dan bahagia
daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. 


Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada di kelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. 


Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.


Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api. 


Wahai wanita, harga diri anda, anda yang menentukan.

7 comments:

peringatan yg sangat berguna buat insan yg bernama perempuan....
semoga allah redha...

syukran sahabat..=)
peringatan yang amat bermakna..

peringatan juga buat insan yang bernama lelaki agar tidak menjadikan wanita itu rosak seperti sayap rama-rama tersebut walaupun atas alasan cinta..

semoga diri terpelihara dari segala godaan syaitan yang durjana..agar cinta yang tersemai kini membawa bahagia selamanya tanpa noda....insyaAllah...

insyaAllah..brusaha utk jd wnta yg SOLEHAH,hamba yg sntiasa akur akn perintah-NYA & mnjauhi sgla larangan-NYA

syukran..insyaAllah sy akn berusaha ke arah itu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites