Saturday, July 16, 2011

Di Tengah Titian Sya'ban..


Dikurniakan sya’ban ini kepada kita adalah supaya ia menjadi satu bulan persedian bagi kita untuk membuat persedian fizikal & rohani bagi menyambut Ramadhan yang sudah dekat kerana ia hanya tinggal beberapa belasan hari saja lagi.

Namun apakah persiapan ROHANI yang perlu kita lakukan??

Mempersiapkan rohani adalah dengan kembali mendalami amalan-amalan wajib ataupun sunat dan sebagainya di bulan Ramadhan tersebut. 

Tidak lupa juga perkara wajib yang kita perlu fahami, iaitu memahami ffiqhus-syiyam (fikah berpuasa) agar segala amalan kita adalah berdasarkan syara’ yang menjadi syarat agar amalan kita diterima.

Secara fizikalnya pula adalah cuba melatih diri agar memperbanyakkan amalan-amalan soleh khususnya berpuasa. 

Jikalau di bulan lain, hanya jarang-jarang kaki kita ini menjejaki ke masjid atau surau untuk solat fardhu, ayuh kita bersama berusaha untuk memperbanyakkan solat Jemaah disana. 

Jikalau selalunya Al-Quran hanya dibaca berselang-seli harinya, maka marilah di bulan ini kita berubah untuk jadikan ia bacaan harian kita. 

Moga-moga di bulan ini mrnjadi titik perubahan kita.


Berikut merupakan beberapa hadith Rasulullah SAW yang boleh kita jadikan renungan dan beramal dengannya.

Dari Aisyah r.a. beliau berkata:

"Rasulullah s.a.w. berpuasa hingga kita mengatakan (baginda) tidak pernah tidak puasa, dan beliau berbuka (tidak puasa) hingga kita mengatakan (baginda) tidak puasa, tapi aku tidak pernah melihat beliau menyempurnakan puasa satu bulan penuh kecuali bulan Ramadhan dan aku tidak

pernah melihat beliau memperbanyak puasa selain bulan Ramadhan kecuali
                                                                    pada bulan Sya'ban.”
 (h.r. Bukhari).

Beliau juga bersabda:

"Kerjakanlah ibadah apa yang engkau mampu, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan hingga

kalian bosan".


Usamah bin Zaid bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

“Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu memperbanyak berpuasa  (selain Ramadhan) kecuali
pada bulan Sya'ban?”

 Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Itu bulan dimana manusia banyak melupakannya antara Rajab dan Ramadhan, di bulan itu perbuatan dan amal baik diangkat ke Tuhan semesta alam, maka aku ingin ketika amalku
diangkat, aku dalam keadaan puasa".
 
(h.r. Abu Dawud dan Nasa'i).


Dalam hadis Ali, Rasulullah bersabda:

 "Malam nisfu Sya'ban, maka hidupkanlah dengan salat dan puasalah pada siang harinya, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam itu, 

lalu Allah bersabda:  "Orang yang meminta ampunan akan Aku ampuni, 
orang yang meminta rezki akan Aku beri dia rezki,
 orang-orang yang mendapatkan cubaan maka Aku bebaskan,hingga fajar menyingsing."

(H.R. Ibnu Majah dengan sanad lemah).

Diatas ini terdapat hadis-hadis yang lemah. 
Namun, menurut pandangan ulama’, hadis dhaif ini boleh digunakan untuk Fadhail Amal (keutamaan amal) tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai hujah (untuk menentukan hukum). 

Justeru tiada salah untuk kita melakukannya sebagai usaha kita untuk mendekatkan diri padaNya. 


Walaupun tidak semua hadis tersebut bertaraf sahih, namun terdapat hadis-hadis lain juga yang memaparkan keutamaan bulan Sya’ban. 
Jadi, malam Nisfu Sya’ban itu mempunyai keutamaan dan kebaikan berbanding malam-malam yang selainnya.

Kesimpulannya, tidak kira disaat mana kita berada, seharusnya bagi kita untuk mendidik diri agar setiap masa yang berlalu menjadikan diri kita lebih taat dan baik pada pandanganNya.

 

Itulah hakikat hamba, yang SETIAP MASA diusahakan untuk hampir mendapatkan redha daripada Sang Pencipta, Allah SWT.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites