Thursday, June 30, 2011

Sinar Furqan dalam Israk & Mikraj.


Alhamdulillah..
Segala puji selaknya bagi Allah SWT..
Yang menciptakan sekalian yang tidak pernah wujud,
Yang menhidupkan sekalian yang telah mati,
Dan juga yang telah mententeramkan segala hati nurani.

Mungkin sudah berapa kali diberi kesempatan,
Dan diberikan sekali lagi..
bagi kita bertemu Israk & Mikraj..

Tetapi alangkah ruginya..
jika MUTIARA-MUTIARA yang perlu kita ambil darinya, ya’ni untuk dijadikan sumber cahaya dalam hidup kita masih belum kita kenal pasti. 

Akhirnya kita lebih banyak mengutip batu dari mutiara tanpa kita sedari.

FirmanNya:


“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Isra’:1)


Mengapa Allah menggunakan kalimah “HAMBA”??
Mengapa tidak Rasul yang maknanya lebih dekat dengan diri Muhammad SAW??
Ataupun nabi yang sememangnya manusia pilihanNya??




Susah bagi menjawab persolan ini…
Namun Syeikh Ismail Sodik Al-Adawi pernah berbicara..

“Allah memilih kalimah HAMBA ini, kerana Allah suka pada kalimah tersebut.
Ia disandarkan kepada Baginda Rasulullah SAW.

Baginda adalah hamba yang ikhlas kepadaNya..
Hamba yang ikhlas dengan pemikirannya..

Hamba yang ikhlas dengan hatinya..
Hamba yang ikhlas dengan tubuhnya..
Hamba yang ikhlas dengan hartanya..
Hamba yang ikhlas dengan perhiasannya..” 

itulah kata-katanya..
Indahnya kata-kata seorang ulama’..

Ingin sekali ana membawa antum menyelam dalam kata-kata tersebut.

Hamba?

Siapakah sebenarnya hamba?
Adakah kita tergolong darinya?
Hamba itu adalah segala yang diciptakan olehNya..

Hamba yang dicintaiNya pula adalah yang
Menyerahkan cinta yang utama hanya padaNya,
Menyedari diri itu tidak punya apa-apa melainkan kurniaanNya,
Diri yang terasa cukup dengan Allah SWT,

Diri yang menjadikan solatnya, 
ibadahnya, 
hidup dan 
matinya kerana Yang Maha Esa..

Dengan tidak sesekali meninggalkan ikhlas dalam setiap perkara..



Itulah kalimah ‘hamba’ yang Allah suka untuk menyebutnya..

Sepertimana Rasulullah SAW,
Tatkala baginda memahami hakikat hamba,
Maka Allah memperjalankan Nabi Muhammad SAW kesuatu tempat yang sangat dekat denganNya.

Begitulah jua kita..
Tatkala seseorang itu mengetahui hakikat ini,
Maka pasti setiap degupan jantungnya Allah disisi,
Dan Allah menjadikan setiap langkahnya,
langkah yang mendekatkannya dengan cinta HAKIKI,
yaitu cinta akan Allah SWT..



Jalan Mengenal Hakikat

Belajarlah untuk khusyuk & khuduk dalam setiap perbuatan kita..

Tapi apakah itu khusyuk?
Dan apakah pula khuduk?

KHUSYUK itu ialah berkenaan panca indera (suara, hati dan juga pandangan) yang sentiasa dalam syariat dan mengingati Allah SWT.

Manakala KHUDUK pula ialah berkenaan tubuh badan yang merendahkan diri kepadaNya.

Menurut pendapat Syeikh Ismail Sodik Al-Adawi ia berkata:

“Khuduk itu adalah sepertinya sujud,
Jadi hamba yang khuduk itu tidak akan takkabur,
Dan hamba yang taat itu tidak akan terus berbuat dosa.”




 


Maka dimana sinar FURQANnya??

Sinar FURQAN itu insya ALLAH akan datang setelah khusyuk & khuduk sudah terpahat dalam dirinya.

Sebelum mengakhiri, marilah kita merenung kata-kata Ulama’ apakah itu Al Furqan..

“Hamba yang mempunyai Al-Furqan padanya,
Iaitu ilmu tentang HAK & BATIL,
Maka dia tidak akan mendekati yang BATIL,
Kerana dia sentiasa berada dalam HAK..
Ilmu tentang HALAL & HARAM,
Maka dia tidak akan berada dalam pekara yang HARAM,
Kerana dia sentiasa dalam yang HALAL.
Ilmu tentang KEZALIMAN & KEADILAN,
Maka tiada darinya KEZALIMAN, bahkan KEADILAN..”

Wallahualam…



Ctt: Kebanyakkan isinya adalah dari perkongsian dari Syeikh Ismail Sodik Al-Adawi. 
Dan diri yang lemah ini menghuraikannya semula dan menambah serba sedikit darinya agar mudah-mudahan mudah bagi kita mengambil mutiara darinya.


Latar belakang tokoh














1) Salah seorang tokoh Ulama Dunia yang berpengaruh dan dari keturunan Saidina Umar Al-Khattab.

2) Diberi penghormatan oleh Syeikh Al-Azhar untuk beliau berkhutbah Jumaat di Masjid Al-Azhar disebabkan ketokohan beliau dan patuhnya masyarakat dengan beliau.

3) Antara tokoh Ulama Mesir yang paling ditakuti pemerintah kerana setiap saranan beliau pasti akan dikuti oleh masyarakat kebanyakan. Setiap kali beliau berkhutbah Jumaat sekumpulan tentera lengkap bersenjata akan berkawal diluar masjid khuatir dengan apa-apa kemungkinan yang berlaku.

4) Dimasa hidup beliau mendapat gelaran "Singa Al-Azhar" dan juga "Tiang seri Al-Azhar" dan tidak pernah mempunyai apa-apa jawatan, hanya bergelar Imam dan Khatib Masjid Al-Azhar.

5) Beliau banyak melahirkan manusia yang beramal dengan Islam bukan yang berpengetahuan Islam.


1 comments:

Alhamdulillah,seronok membacanya...
Perkongsian yang sungguh bermakna...
Ana suka sekali sebab-sebab pemilihan kalimah 'Hamba'tersebut.
Jazakallah khairan katsiro ya akhi.

- Nor Syazwani Azmee

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites