Tuesday, July 12, 2011

Jatuh Sudah, Namun Masih Ada yang Membangunkannya.

Ya Allah

Jatuh..
Terus terjatuh..

Entah mengapa..
terkadang terngiang-ngiang di kepala kenapa ditakdirkan aku sebegini..

Setelah 3 tahun berlalu sejak peristiwa itu, yang terkadang membuatkan diri kesal..

“ Man (bukan nama sebenar), borang Darul Quran yang ana suruh anta simpankan tu mana ea? Ana nak kena isi ni. Rasanya esok kena hantar.”

“La, anuar..Ana pun tak tahu mana ana letak. Hilang dah rasanya.”

Allah.. 
Tidak tahu bagi ana untuk menyatakan perasaan pada saat itu.
Jadi ana batalkan sahaja..

Dalam fikiran ini terbayang-bayang..
Mungkin apabila aku disana, aku biasa menjadi  seorang yang hafiz.. dan aku juga bisa menjadi seorang yang lebih mendalam ilmunya..

Tetapi..terkandas di pertengahan jalan..
Jalan ingin dituju untuk mendekatkan diri kepadaNya sepertinya semakin susah..

Tidak disangka..
Aku dihantar ke Kolej Matrikulasi Melaka atas nasihat arwah datuk.
Namun bukanlah diletakkan dalam bidang Agama yang menjadi keinginanku..
Tetapi MEDIC..

Entah sejak bila diri ini berkehendak untuk menjadi seorang doktor.
Tetapi seakan terseksa hidup disana..
Ternyata aku tidak meminatinya..

Walaupun begitu, Alhamdulillah..
dikurniakan beberapa sahabat sebagai penguat diri.
Yang bersama-sama terus berdiri di jalan dakwah..

Tatkala kebanyakan manusia jauh dariNya,
Aku memerlukan kamu untukku bisa berbicara atas kalimatNya.

Kepada Akak Siti Fatimah..
Mungkin anda sedang membacanya tatkala ini..
Dan sahabat KMM yang lain..
Diri ini memohon maaf sekiranya pimpinan dakwah ana banyak kekurangan disana..

Dan sememangnya tidak layak menjadi seorang ketua..
Yang sepertinya tidak membawa perubahan yang banyak..
Namun moga Allah terima..

Namun, akhirnya tertulis takdirku untuk menyambung pelajaran di KMS yang memungkinkan ku untuk menceburi bidang engineering.
Dan hati ini berkata-kata agar aku kesana..

Alhamdulillah..
Akhirnya ‘engineering’ menjadi bidangku..
Bertemu Akhi Fiqri yang sememangnya teman karibku..
Bersama-samanya aku terjun lagi ke medan dakwah..

Suatu hari..
Aku terjumpa rakan sekolahku yang sedang  belajar di Darul Quran..
Sememangnya aku sedikit cemburu..
Dan sering berkata pada diri kenapa aku tidak diberi peluang sepertinya?

Ditambah lagi apabila aku berada di sebelahnya..
Dia berpaling kepada sahabatnya yang juga dari darul Quran..

Dan berkata..

“Syed (bukan nama sebenar), ISLAM MEMERLUKAN KAMU.”

Allah..tersentap hatiku..

Gayanya seperti menyatakan ISLAM TIDAK MEMERLUKAN AKU..!

Kerana aku bukanlah ahlinya..
Namun ku sedapkan hati..

Mungkin dia tidak bermaksud pun untuk menguris hatiku..
Tapi katanya, cukup membuatkan ia terpahat selamanya di hati..

Tapi sedikit pun aku tidak menyalahkan sesiapa..
Sekarang sudah tamat pengajianku di KMS..

Tinggal di rumah bukanlah satu persikitaran yang cukup bagus untukku mendalami agama..
Tapi..
Insya Allah akan ku usaha..
Pengikut pengajian-pengajian agama..

Sememangnya hati ini terlalu ingin sangat untuk berjumpa Syeik Nuruddin..
Kerana sejak dahulu lagi, kata-katanya cukup bercahaya sehingga membuatkan hati ini tidak lupa..
Namun bilakah?

Terkejutnya semalam..
Bila aku mengikuti kelas Tafsir di sebuah masjid..
Aku berjumpa orang yang seakan-akannya..

Allahuakbar..
Mukanya seakan juga sama tetapi lebih kelihatan muda.

Sangat terpegun dengan kata-katanya..
Cukup 3 ayat daripada Surah Yasin yang ditafsirnya, 
aku sudah jatuh hati dengan pengajiannya..

Moga aku bisa berguru dengannya..
Seakan semakin hari, semakin dibukan pintu-pintu untukku belajar agama..

Alhamdulillah..
Di kawasan rumahku ada sebuah pondok untuk para hafiz..
Dan Insya Allah kalau diizinkan aku ingin mengikutinya..

Dan sememangnya aku berazam..
Setidak-tidaknya akan ku sambung pelajaranku dalam bidang Usuluddin selepas tamatnya Engineering bersama Akhi Fiqri yang akan menceburi Syariah.

Dan ingin aku buktikan, aku juga bisa menjadi ‘tentera-tentera yang memegang panji agama’.
Kini semakin aku Nampak hikmahnya takdir Allah itu..
Ternyata Dia mempunyai agenda yang lebih baik buatku..

Ku mohon agar diampunkan andai dahulu aku bersangka buruk padaMu kerana sedikit kekecewaan yang membutakan mata.

Mohon Doa daripada sahabat..
Agar aku terus dijalanNya..

Ku titipkan doa juaga untuk kamu semua..
Moga kita diberi kefahaman agama..
Ameen..

~Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah~

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

lirik sebuah lagu yang menyentuh qalbu..

ps: ditulisnya kisah ini moga sahabat-sahabat yang lain yang bukan berada di dalam bidang agama, yakin bahwa dakwah itu luas jalannya. Dan yakinlah buat sekalian sahabat semua, kita mengejar kefahaman agama bukan sekadar kepandainnya. Dan itulah tanda cintaNya.

"Sesungguhnya jika Allah inginkan kebaikan kepada seseorang itu, maka Dia akan mengurniakan kefahaman dalam agama." 

Moga kita semua Ikhlas dijalanNya..
Ameen..





0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites