Saturday, June 18, 2011

Kesan Dosa Dalam Hidup. Bhg 1 (Dari Kitab Ibn. Qayyim)



1.Hati Sakit dan Tidak Normal.


Sesungguhnya pengaruh dosa itu tersangatlah besar,  sepertinya racun terhadap tubuh badan, bahkan lebih dari itu.

Namun ubatnya amatlah susah untuk kita perolehi tetapi senang untuk dicari, ya’ni menjauhi perbuatan maksiat  yang telah kita lakukan tersebut.

Ahli tasawuf menyebutkan bahawa setiap manusia tidak akan capai puncak ataupun kepuasan dalam apa-apa sekalipun melainkan dia sampai kepada Tuhannnya.
Contoh yang ana dapat bawakan di sini adalah seperti..

Jikalau ditanya pada seorang pelajar, apakah yang akan membuatkanmu bahagia??

Mungkin jawapnya.."apabila aku mendapat first class degree", katanya..


Jikalau ditanya pada yang berhasrat ingin berumah tangga, apakah yang akan membuatkanmu bahagia?

Mungkin jawapnya.."apabila akan bertemu dengan insan yang dicari-cari selama ini.


Dan jikalau ditanya pada usahawan pula..
Mungkin jawapnya "bila perniagaan aku berjaya."


Tapi tatkala kita bertanyakan kembali mereka ini setelah mereka berjaya untuk mencapai hasrat masing-masing,


mungkin yang pelajar itu akan berkata, "aku masih tidak cukup bahagia kerana aku masih perlukan pekerjaan pula."


Mungkin yang berumah tangga itu berkata, "aku masih tidak cukup bahagia kerana aku sering disibukkan dengan hal keluarga dan anak-anak."


Dan mungkin juga usahawan yang berjaya itu berkata, "aku perlukan kejayaan lagi untuk aku lebih bahagia".


Jadi bilakah hakikat bahagia itu akan diperoleh golongan seperti ini?
Tidak lain adalah melainkan dengan menghampiri Allah swt dan kita akan merasakan diri cukup segalanya.

Apakah Punca Penyakitnya??

Jawapannya adalah hawa nafsu dan sebagai ubat bagi menghindarkan penyakit yang datang 
darinya adalah dengan melakukan perkara yang berlawanan dengannya.

Hakikatnya begitu susah bagi kita untuk mengawalnya terutama di dalam zaman yang penuh 
dengan maksiat ini.

Tatkala yang lain terleka, dan tatkala yang lain tidak menghiraukan dosa, susah bagi kita untuk tetapkan hati kita agar tidak mengikuti mereka.

 Namun yakinlah janji Allah dalam firmanNya terhadap 2 golongan manusia..:

Firaman Allah SWT:

“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di hadapan mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan diri daripada mengikut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.”
(An-Naziat 40-41)

Jelaslah bahawa orang yang mampu menahan hawa nafsunya akan diganjari nikmat syuga, tetapi satu lagi nikmat yang Ibn Qayyim sebutkan iaitu kemanisan hidup didunia. Hakikat ini tidak akan dirasai mahupun depercayai kecuali orang yang merasakannya sendiri dalam hatinya.

Hakikat Hati.

Marilah seketika kita bertanya pada diri..
Bukankah nikmat yang sebanar terletak dalam hati?
Bukankah juga seksaan dan penderitaan sebenar juga datang dari hati??



Adakah ada azab yang lebih dasyat daripada perasaan takut, gelisah, kesedihan, hati terasa kosong, kesempitan hati, mengabaikan kehidupan akhirat, dan putusnya hubungan hamba dengan Allah, padahal dalam setiap perkara dia mempunyai hubungan dengan Allah SWT.?

Sesungguhnya sesiapa yang pernah hatinya benar-benar hampir dengan Allah SWT, maka sedikit maksiat sudah cukup membuatkan hatinya resah gelisah hanya kerana memikirkan tentang akibat dosanya.

Tetapi perlu diambil perhatian bilamana kerap kali hati ini melakukan maksiat padanya,
Bahkan hati juga semakin jauh untuk mengingatiNya, maka lama kelamaan hilanglah rasa keresahan apabila kita berbuat maksiat dan bersamanya kita akan biasa sahaja apabila setiap hari kita bergelumang dengan maksiat tersebut. Maka inilah yang dikatan HATI YANG MATI.

Marilah bersam kita merenung kata-kata daripada Abdullah bin Mas’ud RA ya’ni sahabat Rasulullah SAW.

Mafhumnya:
“Sesungguhnya orang munafik itu memandang remeh terhadap dosa, sepertinya hanya laksana seekor lalat yang terbang. Sebaliknya seorang mukmin akan melihat dosa tersebut seperti sebuah gunung yang akan jatuh nmenimpa dirinya.”

Bersamalah kita bermuhasabah dengan diri kita dimanakah terletaknya diri ini dalam 2 golongan tersebut. Hanya kita dan Allah tahu akan jawapannya.

Cinta Selain Dari Kerana Allah.

Sebenarnya tiap sesuatu yang terpaut didalam hati seorang hamba yang dicintainya selain kerana Allah akan mengalami 3 kepayahan.

1.Dia akan mendapat kesusahan sebelum mmendapatkannya sehingga ia tercapai.
2.Setelah tercapai, ia akan merasa kesusahan setelah mendapatkannya kerana takut akan    kehilangannya, ataupun dirampas.
3.Apabila telah hilang, maka jelaslah bahwa hamba tersebut pasti akan merasa satu penderitaan.

Seksaan Hati ketika di Barzakh.

Tatkala diambil nyawa oleh malaikat maut, sungguh akan ada satu golongan yang hatinya teramat sedih, menyesal dan sangat bersalah kerana memikirkan waktu yang tidak patut dia ditarik nyawa.

Maka apabila dihadapkannya dengan pelbagai dosa yang dilakukannya, dan juga apabila ditayangkan kesenangan serta nikmat yang disalahguna, maka akan bertambahlah penderitaan jiwanya lagi hingga seolah-olah memutuskan jantung hati.

Tentu bertambah lagi terseksanya hati jika terhijabnya seorang hamba itu dengan rahmat Allah tatkala menhadapNya nanti.

Di sinilah hakikatnya di mana ahli taswuf mengatakan bahawa penderitaan yang paling berat adalah yang bersankut paut dengan hati.

Keindahan Cinta Ahli Sufi

Antara nukilan hati mereka..:

“Sekiranya para penguasa, raja-raja dan anak-anak mereka mengetahui kenikmatan dan kesenangan yang kami alami, nescaya mereka akaan memukul dan meyeksa kami dengan pedang.”

Apakah maksudnya???
Maksudnya tidak lain tidak bukan mereka telah mencapai satu makam yang sangat tinggi dihadapan Allah SWT dimana hati mereka terasa sungguh indah, kaya dan cukup segalanya bahkan lebih daripada seorang raja, mahupun penguasa.

Tidak lain hanya datang dari hati yang benar-benar sentiasa ingat pada Allah SWT.
Jadi tidak hairanlah jika diantara mereka yang berkata..:

“Di dalam duni ini terdapat sejenis syurga, sesiapa yang belum memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga diakhirat kelak.”



Jual Beli yang Amat Mahal

Alangkah teramat rugilah kita, seandainya segala kecukupan yang Allah anugerahkan pada kita, kita jadikan diri kita tersangat murah.
Sebenarnya kita benar-benar dalam keadaan tertipu kerana  salah meletakkan nilai pada diri sendiri.

Alangkah anehnya, harta yang dalam milikmu wahai mukmin,
Allah sendiri sebagai pembelinya,
Manakala pembayarannya adalah jannah ya’ni syurga,
Dan utusan yang melangsungkan transaksi dan yang memberi jaminan  pembayaran adalah Rasulullah SAW,
Sedangkan diri pula telah menjualnya dengan nilai yang teramat murah.

Kesan Dosa Dalam Hidup. Bhg 1 (Dari Kitab Ibn. Qayyim)

Untuk senarai kitab dan atau sambungan bahagian: MUZAKARAH KITAB

******************************************************************************

Isinya daripada kitab Ibn Qayyim yang asalnya bertajuk JAWAPAN YANG LENGKAP BAGI ORANG YANG BERTANYA MENGENAI UBAT YANG MUJARAB @ KESAN DOSA DALAM HIDUP.

Di samping sedikit tambahan dan huraian agar mudah difahami oleh kita bersama dari ana yang lemah. Mohon teguran dari sesiapa yang lebih arif yang mendapatinya terdapat salah tafsiran dari kitab asalnya. Moga bersama kita mengambil ibrah darinya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites