Thursday, June 16, 2011

Afiq Aiman: Terbaring Bukan Ertinya Kalah..

Ahmad Afiq Aiman


Ketika di Port Dickson,
Yang pada mulanya tidak pernah terlintas untuk pergi kesana.
Dalam keheningan suatu malam bersamanya,
Tatkala dia memegang kotak ubatnya.
Kelihatan daripada raut wajahnya ada perasaan gembira,
Senyum terukir melindungi pelbagai derita,
Tapi dihati hanya Tuhan yang lebih memahami isi hatinya.

Dari kata-katanya langsung tidak menampakkan untuk berputus asa,
Tiada juga rasa lemah dari gaya badannya,
Bahkan sepertinya tiada apa-apa.

Tatkala ini,
Mungkin dia sedang berjuang dalam dirinya,
Dan Moga Allah SWT memilih jalan terbaik baginya,
Kerana sungguh pengetahuanNya lebih mendalam dari kita,
Kerana mungkin pada mata kita itu adalah buruk,
Tetapi pada Allah SWT, ianya adalah yang terbaik,

Meskipun apa pun yang terjadi,
Bagi ana dia tetap Berjaya.

Bingkisan Doa Untuknya..

BismillaahirRahmaanirRahiim


AllaahummaRabbannaas ......
Ya Allah Tuhan Manusia


Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..
Tatkala kami senang mahupun berhadapan dengan pelbagai kesulitan.


Ya Allah,
Adzhibilba'sya isyfi.


Sembuhkan dia dari penyakitnya,
Dan hilangkan rasa sakit yang menyertai penyakitnya..
Sesungguhnya bagiMu segala pengetahuan,
Justeru dari kami satu permintaan,


Engkau takdirkanlah baginya satu jalan keluar,
Yang terbaik bagiMu, Wahai Tuhan,

Namun dihati kami bermohon,
Ya Allah sembuhkannya dan ampunilah dosa dosanya....
Penyembuhan yang datang dari Engkau Ya Allah , 
Adalah yang menyembuhkan penyakit sekaligus rasa sakit yang menyertainya,


AntasySyaafii ....laasyifa'a illaa Syifaa'uka...
Engkaulah Maha Penyembuh..... 
Tiada kesembuhan sejati kecuali yang datang karenaMU


Syifaa'an laa yughaadiru saqamaa.......
Astaghfirullah Ya Gafur .....Astaghfirullah Ya Afuw......Astaghfirullah Ya Salam
Wasalallah salallahu’alaihissalam fi kulli lamhati wa nafasin bi  ‘adada wasi ‘ahu ilmullah..


Amin…


p/s: Buat saudara Afiq Aiman yang tatkala ini sedang tenat di Hospital Kuantan.


6 comments:

amin...
insyaAllah diberikan kekuatan...

Al-fatihah buatnya kerana sudahpun masanya bagi dia dpgil ke rahmatullah..moga ditempatkannya di tempat para syuhada' & solihin..ameen

ak merayu pda mu ya Allah,tmptknlah hambaMu ini dalam kalangn yg beriman dan soleh..ameen

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites