Saturday, October 2, 2010

Saat Allah Melupakan Kita....

At-Termizi meriwayatkan sebuah hadith dari Abi Said dan Abi Hurairah r.a. katanya; bahawa Rasulullah saw bersabda (yang bermaksud) :Edit HTML

Seorang manusia dibawa ke hadapan Allah swt, pada hari akhirat lalu Tuhan bertanya kepadanya :

Tidakkah kamu sedar bahawa Aku jadikan pendengaranmu,
harta benda, anak-anak, haiwan dan binatang ternak untuk
kamu manfaatkan sebagai suatu kemudahan,
segala pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan,
dijadikan pemimpin dari kalangan kamu serta mengambil
hasil mahsul (cukai dan seumpamanya) dari orang ramai.

Ketika (kamu menerima segala kurnia) itu adakah kamu
terfikir tentang hari pertemuan dengan-Ku?


Jawab orang itu : Sesungguhnya aku tidak pernah memikirkan
untuk bertemu Engkau wahai Tuhan.;

Tuhan menempelak orang itu:

Pada hari ini Aku melupakan engkau sebagaimana engkau telah
melupakan Aku.

Hadith riwayat At-Termizi ini menunjukkan dengan terang bahawa
semua anugerah Tuhan seperti;
pendengaran yang membolehkan mendengar suara bagi memudahkan
berkomunikasi sesama manusia.
Penglihatan yang membolehkan manusia menikmati keindahan alam ciptaan
Tuhan termasuk diri mereka sendiri.
Anak-anak yang memeriahkan kehidupan berkeluarga.
Harta kekayaan yang membolehkan manusia menikmati kehidupan yang sempurna.
Haiwan ternakan yang boleh diambil manfaatnya sama ada untuk dimakan dagingnya
atau digunakan sebagai kenderaan.
Tumbuh-tumbuhan yang menghijaukan alam serta menerbitkan buah-buahan
sebagai bahan makanan yang diperlukan.

Selain itu Allah swt jadikan pemimpin di kalangan manusia
dengan kepimpinan dan kekuasaan yang dianugerahkan kepada manusia,
membolehkan mereka mengatur kehidupan manusia dan mentadbir Negara dengan sebaiknya.

Kemudian membolehkan pemimpin itu berkuasa mengatur sebahagian
harta mereka sebagai cukai dan sebagainya.

Kepimpinan yang paling utama yang telah didatangkan oleh Allah swt kepada manusia
 ialah para rasul dan nabi-nabi, mereka yang bertanggungjawab untuk menyampaikan ajaran yang berdasarkan wahyu Ilahi.

Dengan ajaran itu, akan membawa manusia selamat di dunia dan berbahagia di akhirat.

Tetapi adakah manusia menyedari adanya tuntutan di sebalik semua anugerah Allah swt.
Adakah mereka fikir bahawa setelah manusia dihidupkan di dunia dan diberi segala kemudahan, maka mereka dibiarkan leka tanpa sebarang tujuan?

Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Allah swt ketika manusia dibangkitkan semula di akhirat selepas peristiwa qiamat. Sedangkan Allah swt mengurniakan pendengaran mempunyai tanggungjawab untuk mendengar segala nasihat yang disampaikan oleh para nabi dan rasul, ataupun para ulama yang berperanan menyampaikan dan meneruskan perjuangan para rasul.

Begitu juga penglihatan yang dianugerahkan Tuhan, sudahkah mereka pergunakan untuk meneliti ayat-ayat Allah samada ayat yang makruah (yang dibaca, iaitu wahyu Allah) atau ayat-ayat yang manzurah (yang dilihat iaitu sekalian alam dan cakerawala). Kerana segala ayat-ayat tersebut menjadi dalil atau hujjah adaNya Allah swt yang Maha Berkuasa menciptakan ala mini.

Adakah mereka terfikir bahawa pendengaran dan penglihatan srta lain-lain anugerah Allah swt itu sekadar untuk mereka berseronok dan berpoya-poya di dunia ini, sehingga mereka lupa pertemuannya dengan Allah di akhirat kelak? Ternyata begitu ramai di kalangan manusia yang telah melupakan pertemuannya dengan Allah swt sehingga mengabaikan segala kewajipan yang diperintahkan Allah taala. Lantaran sebahagian ebsar manusia mengabaikan dan melupakan hari pertemuannya dengan Allah, maka demikian pula manusia dilupakan oleh Allah swt di akhirat kelak.

Firman Allah ;(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-mainan dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari (qiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka mengingkari ayat-ayat Kami.(Surah Al-Araaf : Ayat 51)

Kitab rujukan : Persiapan Menghadapi Maut Siri 7 (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) terbitan Dewan Muslimat Sdn. Bhd.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites