Friday, October 8, 2010

Berubah + Keinginan - Environment = ????

SEMERBAK IMAN MASYITA


Ada yang pernah mempersoalkan..
"aku tak mampu untuk jadi baik...."
"aku tak mampu untuk betul betul mengamalkan Islam secara keseluruhannya..."




bila ditanyakan alasan..
jawapannya adalah kerana...
"keadaan sekelilingku yang buat aku jadi macam ni..
jadikan aku jauh dari Tuhan...
orang-orang dulu boleh la senang jadi baik sebab ramai yang dapat tegur mereka..
korang sekolah agama ok la..
kitorang diletakkan di sekolah biasa..
sebab tu kami jadi seperti ini..."


Sepertinya apabila direnung,
di sini ramai yang menjadikan keadaan sekeliling sebagai alasan untuk mereka 
tidak sepenuhnya dapat memahami Islam.
Apatah lagi mempraktikan semua yang diajar Islam.


Mungkin juga diantara kita yang menaggap environment yang akan merosakkan kita,
yang akan melemahkan kita..
tetapi mungkin juga kita lupa..


Sebenarnya untuk memahami agama bukanlah saja dipengaruhi oleh
persekitaran sahaja..
tapi sbenarnya atas DIMANA USAHA KITA...???


Adakah boleh dijadikan alasan kita di hadapan pencipta nanti
yang kita tak dapat menutup aurat sepenuhnya atau pun solat 5 waktu dengan cukup
adalah kerana aku ditempatkan dalam environment yang sangat susah untuk aku 
berbuat demikian...





Mungkin kisah Masyita ini dapat kita ambil kekuatan untuk memperbaiki diri kita..






Seperti kita tahu Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran
empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan
rakyat Mesir.


Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan
memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya.
Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku
Firaun sebagai tuhan.


Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di
dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha
Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala
makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku
dirinya sebagai Tuhan.


Kepercayaan ini dirahsiakannya
supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak
Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah
dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun
mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia
berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku?


Adakah tuhan lain selain bapaku?"
"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah."
Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah.
"Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu
bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah
kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku
bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."


Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang
Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia
bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh
anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah
Allah.


Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan
keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.


Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat
lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang
berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak
memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya
yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya


Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan
Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan
ancaman maut.


Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun
menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita
seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu.


Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan
Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak
sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke
dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas.


Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai
ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan,
anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata,


"Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak
ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di
sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh
berkata-kata.


Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi
semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya
untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan
askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam
minyak panas.


Selepas itu barulah Masyita dibawa ke
tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke
dalamnya.


Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran
aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh
oleh Firaun.


Keberanian seorang wanita memperjuangkan
kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap
tahun oleh seluruh manusia.


Dalam peristiwa Israk
Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum.
Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah
tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.
Itulah Masyita yang kalau nak dibandingkan dengan kita
memang tiada apa-apa.
Tapi yang ana nak sampaikan disini tentang kehidupan seharian kita
yang kadangkala bila kita renung,
pelbagai kemungkaran di hadapan dan belakang kita..


Kadangkala kita menjadikannya alasan untuk kita susah untuk berubah..
Kadangkala kita hanya membiarkan ia berlaku tanpa dicegah,
Dan di situlah yang akan menjadikan iman kita lemah...


Jadi kesimpulannya...
Bukanlah keadaan yang menjadikan sebab kita tidak menjadi 
orang islam yang sempurna,
tetapi yang menyebabkan islam dalam diri kita hanya ditakuk lama
adalah kerana dimana perjuangan kita...


Perjuangan untuk memperbaiki diri kita..
Perjuangan untuk membetulkan apa yang salah dalam environment kita..


Tiada alasan untuk kita tak berubah...
Berubah dengan segenap hati dan jiwa...

2 comments:

semoga akan hadir hamba Allah yang dapat benar2 membimbng diriku ke arah islam yang tulus dan suci :'(

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites