Saturday, October 30, 2010

Dimanakah Aku Bila Waktu Memanggilku...?

Assalamualaikum wbt









Pesannya  Roh Pada Kita...


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit dan di bumi mendengarnya kecuali jin dan manusia.


Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : 
“Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat  maut”.


Selepas itu mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan,  janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh.” 


Apabila dimandikan roh sekali lagi merayu : “Demi Allah wahai orang yang memandikan jangan kau menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.”


Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri, atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sehingga hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia   berpesan : “ Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah mejadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. 


Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan tidak dapat kembali bersama mereka buat selama-lamanya.”


Sesudah mayat diletak kepada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya tidak mempercepatkan mayat ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan : “Wahai kekasihku, wahai saudaraku, dan wahai anak-anakku. Janganlah kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdaya aku dan janganlah kamu lalai ketika ini seperti ia melalaikan aku.”


“Sesunggunya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku  dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka tidak mahu mendoakan aku.”


Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi  kubur masing-masing. 


Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperoleh nur di muka mereka. Dalam mimpi itu Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya pada mayat jirannya perihal ketiadaan nur itu.


Maka mayat itu menjawab : “Sesungguhnya bagi mereka yang memperoleh nur itu adalah kerana petunjuk dari anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak mendoakan aku.”


Setelah mendengar itu, Abi Qalabah  pun terjaga. Pada malam itu juga Abi Qalabah memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan  itu anak-anak jirannya itu berjanji di depan Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun, kali ini jirannya sudah ada nur di mukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. 




Baginda Rasulullah saw berkata :

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua tapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula satu kumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. "


Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. 


Sambung Rasulullah lagi :


"Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka  malaikat Jibrail a.s. akan menebarkan sayap di sebelah kanan. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang disekelilingnya. "


Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail a.s. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail a.s. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seseorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut 
maka keluarlah zikir dari mulut orang itu dengan berkata : “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt.”


Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka diapun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. 


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain.” 


Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin itu dari arah tangan. Tetapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan  penulisan ilmu. 


Maka tangan berkata : “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.


Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.


Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab   kaki berkata :
“tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang-alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”




Apabila malaikat maut gagal mencabut roh dari arah kaki, malaikat maut cuba pula dari arah telinga. 
Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga berkata : “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan alQuran dan zikir.”


Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata 
maka berkata mata : “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”


Setelah gagal maka malikaat maut kembali kepada Allah swt. 
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.”




Sebaik sahaja  mendapat perintah Allah swt itu maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


Tetapi andainya aku disitu...
Walaupun deraian air mata turun membasahi pipiku...
Walaupun darah sekali yang menjadi air mataku..
Terkumat kamit bibir beristigfar padaMu...
Ya Allah...nescaya malaikat terus meragut nyawaku ini...
Mungkin dari setiap segenap dan inci tubuhku...
Yang terlalu banyak melupakanMu..
Apatah lagi meningkariMu...


Kadang kala dalam perjalanan hidupku..
Ku penuhinya dengan kehendak nafsu..
Membelakangi suruhanMu..
Apatah lagi untuk jatuh cinta padaMu dengan segenap hatiku..


Setiap jatuhku..
Adanya Kamu untuk membangkitkanku..
tatkala itu tersa diri ini dekat Ya Allah denganMu..


Tapi Ya Allah..
Setiap kesenanganku..
Kekuatan yang diberikanMu padaku...
Menjadi wasilah aku...
untuk melupakanMu..
Ampunilah aku...
Dan seluruh keluargaku..
Ameen....






Abu bakar telah ditanya tentang ke mana roh itu pergi setelah ia keluar dari jasad, maka   berkata Abu Bakar r.a. : “Roh itu akan menuju ke tujuh tempat...:-
1. Roh para Nabi dan utusan akan menuju ke Syurga Adnin
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehedak mereka.
5. Roh para  mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di  langit sehingga hari      kiamat. 
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari  minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada di dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa beserta                    jasadnya sehingga hari kiamat.


Telah bersabda Rasulullah saw. Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di Arafah
.





Sekian untuk ingatan bersama.


Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Wassalam

3 comments:

airmata sy jatuh swaktu membc entri ni...
terima kasih kerana berkongsi

Ya Allah terlalu banyak dosa saya selama ini...saya selalu bertaubat pada-Nya..namun tak kala itulah tanpa sedar dan mahupun sedar...saya sudah mengulangi perkara yang sama.....Ya Allah...

di manakah letaknya roh saya nanti?....ya Allah....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites