Thursday, May 26, 2011

Buat Repeaters A-LEVEL & Juga Tidak.



Assalamualaikum..

 


Di bawah teriknya matahari yang menyinari pada tengahari 25 Mei 2011,
Berpusu-pusu pelajar a-level engineering yang keluar dari bilik peperiksaan.
Di raut wajah setiap seorang menyingkap berbagai makna.



Kelihatan ada yang senyum gembira kerana sudah selesai ujian baginya.
Selesailah segala penantian 2 tahun di sini.
Bermulalah pula rehat yang panjang baginya.

Kelihatan juga ada yang senyum pun tidak, gembira pun tidak.
Mata-matanya seperti merenung hari-hari yang seterusnya.


Banyak lagi perlu ditempuh.
Banyak lagi perlu diusaha.
Banyak lagi beban yang perlu digalas.
Banyak lagi bebanan yang terpaut di bahu.
Sedangkan dalam masa yang sama, segolongan telahpun bergembira.

Dari raut wajah mereka yang lain itu tersingkap wajah gembira.
Mungkin di hati akan tersingkapnya berjuta perasaan yang melahirkan beberapa persoalan.

“Kenapalah aku diletakkan disini? Menyesal aku dulu. Kalaulah aku dulu seperti itu dan ini…mungkin ini tak jadi pada aku.”

 Mungkin tersimpul juga di dalam doanya..

“Wahai Tuhan ku, kenapalah ditimpakan aku sebegini?”

Mungkin juga yang pasrah dan berserah padaNya.

“Wahai Tuhanku, Pemilik nyawa dan diriku, sesungguhnya aku memohon akan pertolonganMu, maka bantulah aku.”

Seperti kata Saidina Ali,
Marilah kita merenung seketika dan beriman sejenak..

Firman Allah:



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah:286)

Marilah kita mentadabbur seketika ayat yang pertama itu.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


Cubalah bersama kita merenung sedalamnya.
Allah itu mengetahui kekuatan zahir dan hati tiap seseorang dari hambaNya itu.
Allah meletakkan kita di dalam golongan yang kedua (repeaters),
kerana Dia mengetahui kita ada kekuatan menempuhnya.

Mungkin itu menjadi wasilah untuk hambaNya lebih dekat denganNya,
Lebih banyak pengharapan padaNya,
Dan juga lebih merendah diri sifatnya.


Mungkin ada diantara kita, apabila diletakkan dalam golongan ini,
dia telah merasakan dirinya banyak berubah.

Hakikatnya itulah jalan Allah mentarbiahkan kita.
Di dalamnya juga ada yang Allah melebihkan kita dari golongan pertama.
Sebagaimana  kita tahu, akan  bertambah kefahaman kita tentang pelajaran kita,
yang pasti bermanfaat untuk hari-hari yang seterusnya.



Atas diri kitalah untuk menyedari dan memahami hikmah tersebut.

Tapi tidak lupa kepada yang bukan repeaters.
Perlu sangat-sangat juga kita lebih merenung ayat ini.
Pernahkah di hati kita terdetiknya persoalan

“mengapa Allah berikan kelapangan ini?”

Tidak lain kerana Allah itu tahu yang kamu tidak mampu dibebankan kecuali apa yang kamu mampu.

Mungkin terkadang kita beriktikad bahawa usaha kita dan penat lelah, akan membawa hasil yang berbaloi dengannya.
Allah juga memberi kita kelapangan kerana Dia mengetahui kita tidak mampu disibukkan (kerana ada yang diantaranya memegang jawat lain).
Allah tidak memberi kegagalan kerana mungkin kegagalan kita itu menyebakan kita putus harapan, tidak kuat menempuhnya, dan langsung melahirkan kecewa.
Dan mungkin kekecewaan itu akan menyebabkan kita tersangat terseksa.

Sedikit kesusahan, berjuta keluhan.
Nikmat yang banyak dilupakan tetapi sedikit kesusahan itulah sahaja yang terpapar di mata.

Secara amnya, tiada siapa yang hebat, dan juga tiada siapa yang lemah.
Sedikit kegagalan bukanlah gagal selamanya,
Sedikit kejayaan juga bukanlah  bermaksud akan berjaya untuk setiap perkara.

FirmanNya:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6)

Berusahalah sedaya-upaya dan halakanlah tawakal kepadaNya.
Moga setiap sesuatu dicukupkan bagi kita.

FirmanNya:
“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).”
(Surah a-Talaq: 2-3)

Akhir kalam, bersikap husnuzon-lah (bersangka baik) kita dengan Allah SWT dengan memerhatikan setiap hikmah atas setiap perkara yang menimpa diri kita.



p/s: Di doakan semua dipermudahkan segalanya & berjaya di dalam peperiksaan ini.
Tidak lupa juga pada IB. Ameen..:)

3 comments:

thnks for the good advice :)
Allah is great, He knows everything and He is the good planner after all. there must a reason why He putting me in this situation. He know the best.

Thanx annn...lps ni ak xkn jd pendiam dh..insyaAllah sama kta doakn tuk kejayaan batch 10..hope kta smua dpt fly skali...

terharu.....................:(..................thanks kepada salafussoleh......krana memahami jiwa seorang insan yg merepeat n x repeat......:(..............-salman-

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites