Friday, April 22, 2011

Ukurlah Kesyukuranmu, Bukan Kesukaranmu..


 

                       

Apakah sebenarnya erti kesenangan dan kebahagian?

Selalu sangat persoalan ini muncul di benak hati kita ketika datangnya kegelisahan dan kesusahan dalam hidup kita.

Jikalau ditanya pada seorang pelajar, apakah yang akan membuatkanmu bahagia??

Mungkin jawapnya.."apabila aku mendapat first class degree", katanya..



Jikalau ditanya pada yang berhasrat ingin berumah tangga, apakah yang akan membuatkanmu bahagia?

Mungkin jawapnya.."apabila akan bertemu dengan insan yang dicari-cari selama ini.


Dan jikalau ditanya pada usahawan pula..
Mungkin jawapnya "bila perniagaan aku berjaya."

Tapi tatkala kita bertanyakan kembali mereka ini setelah mereka berjaya untuk mencapai hasrat masing-masing,

mungkin yang pelajar itu akan berkata, "aku masih tidak cukup bahagia kerana aku masih perlukan pekerjaan pula."

Mungkin yang berumah tangga itu berkata, "aku masih tidak cukup bahagia kerana aku sering disibukkan dengan hal keluarga dan anak-anak."

Dan mungkin juga usahawan yang berjaya itu berkata, "aku perlukan kejayaan lagi untuk aku lebih bahagia".

Jadi bilakah hakikat bahagia itu akan diperoleh golongan seperti ini?


Pernah suatu ketika, seorang sahabat datang bertemu Rasulullah SAW bertanyakan pada baginda..

"Ya Rasulullah, jadikan aku ini kaya."

Baginda menjawab.

" Hadirkan dalam hatimu sifat QANAAH".

Iaitu merasakan cukup dengan pemberian Allah denan bersyukur padaNya, tetapi tidak bermaksud bahawa kita tidak perlu berusaha untuk memperoleh yang lebih baik.

Insyallah, di situlah kebahagian yang hakiki yang perlu kita cari.
Melahirkan sifat syukur, melatih sifat qanaah dan beramal dengan sifat zuhud.
Itulah hakikat kebahagian yang perlu dicari.

Teringat kisah Nabi Musa yang menyentuh tentang sifat syukur pada seorang hamba.

Nabi Musa AS memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak
dan umur mereka panjang-panjang.
Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin.


Ketika Nabi Musa dalam perjalanan bertemu Allah di Bukit Tursina, dia terjumpa
seorang yang MISKIN.
Dia begitu miskin sehingga pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.
Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS,

"Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya".

Nabi Musa meniyakannya lalu meneruskan perjalanannya.

Kemudian, dalam perjalanannya lagi, dia terjumpa pula dengan seorang KAYA.
Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.
Ia berkata kepada Nabi Musa AS,

 "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. 

Nabi Musa juga mengiyakannya dan meneruskan perjalanannya.

Apabila dia kembali pulang dari bertemu Allah di bukit Tursina, lalu dia berjumpa kembali orang kaya tersebut 
dan Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu.


 "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT."

Ya Nabiullah, 
bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. 
Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. 
Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. 
Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, 
bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu.


Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. 
Kemudian si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya kerana dia selalu bersyukur. 
Bahkan setiap titisan hujan yang mengenai tubuhnya bertukar menjadi mutiara.

Seterusnya Musa meneruskan perjalanannya untuk pulang dan dia terserempak lelaki miskin itu pula.
Lalu dia memberikan jawapan pada persoalan yang dilontarkan orang miskin itu.

"saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT".

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata,

"Bagaimana aku mau banyak bersyukur, 
aku makan pun jarang, 
dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!.

Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Dan si miskin menjadi bertambah miskin. 
Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. 
Ini semua kerana sikapnya yang tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.


Akhir kata,bersamalah kita mengukur dimana kesyukuran kita terhadapNya, dan dengan itu, pasti setiap kesusahan yang menimpa, kita akan marasakan kemanisannya.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites