Friday, September 24, 2010

Kisah: Terkejar atau mengejar???

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, 
tetiba dia 
terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... 
bunyi....aauuummmmm!!! 
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu 
mangsanya saja. 
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan 
diri. 
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar 
sangat ni. 
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba 
Allah ni punyalah 
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia 
berdoa agar dia 
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. 
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di 
depan mata nya. 
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun 
terjunlah ke 
dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. 
Si hamba Allah ni 
bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan 
di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu 
menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam 
mana nak 
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar 
dia 
diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak 
selamat, tetiba 
dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. 
Nak tahu ada 
apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. 
Apalah nasib. 
Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba 
Allah ni. Atas ada 
harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. 

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba 
keluar seekor 
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke 
atas ikut 
tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas 
tikus tu gigit tali 
tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... 
cam ner ni. Pas 
tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut 
tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus 
hitam ni pun gigit 
juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak 
buat ni.... 
habislah jadi mangsa buaya . 

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek 
harimau. Kalau tunggu 
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam 
mana nih... 
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak 
selamatkan dirinya, 
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... 
bunyi lebah 
bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke 
langit, melihat 
lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu 
terjatuh dan 
terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. 
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh 
manisnya madu 
ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. 
Subhanallah sungguh 
sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu 
lupa pada harimau 
yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg 
menantinya di 
bawah. 

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah 
kita semua. 
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang 
sentiasa 
mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya 
itu adalah 
malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam 
kubur nanti. 
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka 
hayat kita 
kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan 
kalau panjang 
talinya maka pendeklah umur kita. 

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan 
juga malam 
yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit 
tali tu. 
Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba 
itu tadi 
adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu 
jatuh ke 
dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. 
Macam kitalah bila 
dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru 
la nak 
ingat Allah. Astaghfirullah... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites