Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Thursday, September 2, 2010

ATUK VS KAWAN

Assalamualaikum.....


ORANG KATA ... .. enjoy sementara muda, 
hidup panjang lagi,dah tua nanti taubatlah. 


ATUK KATA ... .. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi, 
entah esok lusa Izrail datang menjemput. 


AKU RASA ... .. betul jugak tu ... ... 


ORANG KATA ... .. exams tu susah, 
kena banyak sacrifice, 
constant study ... .. past year papers .. etc .. etc .. etc .. 


ATUK KATA ... .. exams tu senang aje, 
dah ada tarikh untuk diuji, 
dah ada syllabus untuk diikut, 
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, 
banyak pula tu peringkat ujiannya, 
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide ... ... 


AKU RASA ... .. betul jugak tu ... ... 


ORANG KATA ... .. have fun on your birthday, 
panggil kekawan and sedara mara, 
berpartylah sepanjang malam, 
make it a memorable one!! 


ATUK KATA ... .. setiap hari jadi, kita semakin hampir, 
hampir setahun dengan kematian, 
setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat ... ... 


AKU RASA ... .. betul jugak tu ... ... 


ORANG KATA ... .. kerja mesti sungguh-sungguh, 
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ... ... 
baru hati puas! 


ATUK KATA ... .. ye ke hati dah puas?? 
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? 
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? 
dah cukup zikir untuk santapan rohani? 
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus? 


AKU RASA ... .. betul jugak tu ... ... 


ORANG KATA ... .. successful people have a good time management, 
ada bisnes di KL, New York, Tokyo ... .. 
masih sempat berkempen untuk pilihanraya, 
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, 
masih sempat pasang perempuan 2-3, 
baru orang boleh respect! 


ATUK KATA ... .. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi ... .. 
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? 
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? 
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, 
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun? 


AKU RASA ... .. err ... .. betul jugak tu ... ... 


wallahu'alam.. 

RAMA-RAMA DAN CINTA SEORANG LELAKI..







Wahai wanita anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunianya pasti diselubungi sugul. 


Para lelaki yang mendiami dunia ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. 


Bayangkan saja dunia ini hanya dipenuhi kaum lelaki. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan-perbuatan 'sampai hati' sesama sendiri.


Wahai wanita anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. 


Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.


Namun anda yang bernama wanita mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki. 


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tamsilkan diri anda sebagaimana rama-rama. 


Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahanya apabila disentuh. Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa yang akan pedulikannya lagi.


Mengapa ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki. 


Tapi wahai wanita, sayap anda yang indah itu pasti luntur sedikit demisedikit, melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatakala anda menyentuh serangga kecil itu.


Apakah anda tidak berasa rugi? 


Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?


Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebaba ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tak berhak berbuat begitu. 


Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita berada di sekelilingnya tetapi anda pasti rugi setiapkalia ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.


Hanya dengan sekali sentuh, corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. 


Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa sesiapa memepedulikannya lagi.


lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daipada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda. 


Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban apabila ditagih, atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Dimanakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan keua-dua belah sayap anda telah tiada.


Wahai wanita kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. 


Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga sebuah kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.


Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya tinggi di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai 'alat'. 


Tapi anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari seorang mereka. 


Biar terlewat sedikit sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah, sudahnya hanya mencemamaikan hidup anda.


Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju Tuhan dengan selesa dan bahagia
daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. 


Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada di kelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. 


Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.


Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api. 


Wahai wanita, harga diri anda, anda yang menentukan.

Tuesday, August 24, 2010

Refresh Hati

Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...
Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...
Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...
Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...
Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..
Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.
Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.
Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...
Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...
Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...

Di sana,
Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!
diambil dari  nurkila n :mia effaEditor: salma ahsanan

Saturday, August 21, 2010

Ya Tuhan...Dimanakah KAMU????



Pada tengah hari yang panas tadi...
dan dalam kesunyian yang teramat sangat kerana ramai yang pulang ke kampung...
"arrgh..bosannya..." keluh hati ini...

lepas solat zohor...terus ana menggapai naskah al quran...
tibalah giliran ana untuk membaca surah al an'am...

surah ini menceritakan tentang nabi Ibrahim dan apbila direnung tafsir ayat2nya...
Ya Allah... sangat menyentuh hati...
mungkin juga sebagai pengubat rasa bosan ini..

mari sama2 kita renungkannya....

          "dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya Azar, 'wajarkah engkau menjadikan berhala-berhala itu sebagai tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaummu dalam kesesatan yang nyata." (al-an'am:74)

         "dan demikian kami memperlihatkan kepada Ibrahim kekuasaan ( kami yang terdapat) di langit dan di bumi, agar dia termasuk kalangan orang yang yakin."
(al-an'am:75)

          "Ketika malam menjadi gelap, dia (ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) berkata, "inilah Tuhanku.." Maka ketika bintang itu hilang dia berkata, "aku tidak suka kepada yang menghilang," (al-an'am:76)

         "lalu ketika dia melihat bula muncul dia berkata, "inilah tuhanku." Tetapi ketika bulan itu menghilang dia berkata, "sungguh, jika Tuhanku tidak memberikan petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk daripada kalangan orng yang sesat." (al-an'am:77)

          "kemudian ketika dia melihat matahari terbit, dia berkata, "inilah Tuhanku, ini lebih besar." tetapi apabila matahari itu terbenam, dia berkata, "wahai kaumku! Sungguh aku berlepas diri daripada apa yang kamu sekutukan." (al-an'am:78)

             "Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh lepasrahan (mengikuti) agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk daripada kalangan orang yang menyekutukan (Allah)." (al-an'am:79)

Sungguh, kisah ini amat menyentuh hati ana dimana Allah nak kita tahu bahawa pada penciptaan langit, bumi, bintang, peredaran bulan dan juga matahari semuanya sebagai tanda kekuasaan Ilahi...

Dari ayat ni juga membuka mata kita bahawa Allah itu tak pernah hilang dari kita tapi kita yang selalu hilang  dari Allah, ya'ni melupakannya bila kita senang dan merintih dan menangis mengharap pertolongan dariNya tatkala susah...

Pada sifat nabi Ibrahim itu bagi ana perlulah kita contohi iaitu kita perlu berusaha untuk mengenali Allah dan bukan hanya duduk diam mengoyangkan kaki menunggu turunnya hidayah dari langit...

Moga-moga dalam pencarian  ini, kitakita akan temui cinta kepada Rabbul izzati..

Sepertimana doa Rasulullah SAW..

"Ya Tuhanku jadikanlah hati ini mencintaiMu, mencintai orang-orang yang juga cinta padaMu, dan juga mencintai orang-orang yang mencintai pekara-pekara yang dapat mencintaiMu."
(HR Tirmidzi)


Friday, August 20, 2010

~Beautiful Life~


Pada suatu hari di sekolah...
seorang murid bertanya pada gurunya...
ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang...

PELAJAR: "cikgu, macam mana kita 
nak pilih seseorang 
yang terbaik sebagai orang yang 
paling kita sayang....???

macam mana juga kasih sayang itu 
nak berkekalan???

CIKGU: "ok kamu ikut apa yang cikgu suruh..
kamu pergi ke padang..
kamu berjalan diatas rumput sambil memandang
rumput dihadapan kamu..

pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke 
belakang lg walau sekali...

Dah petik rumput yg PALING cantik,
bawa ke kelas..."

Apabila pelajar tersebut 
pulang ke kelas..
tiada sehelai rumput pun ditangannya...

Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput
yang dipilih????

PELAJAR:"tadi masa saya berjalan, saya 
carilah rumput yang paling cantik..
tapi cikgu kata petik yg paling cantik...

maka saya pun terus  bejalan ke depan
sambil mencari yg paling 
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi...

tapi sampai di penghujung padang, 
saya tak jumpa pun yang paling cantik..

mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi
rumput yang paling cantik...

tp dah cikgu cakap tak boleh 
menoleh kebelakang semula...
jadi...
tiadalah rumput yang
saya boleh petik...

CIKGU: "ya itulah jawapannya.
maknanya apabila kita telah berjumpa
dgn seseorang yg kita sayang,
janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu..

kita patut hargai orang yang berada
dihadapan kita sebaik-baiknya..

jangan kita menoleh ke belakang lg
kerana yg berlaku tetap dah berlaku..
semoga yg berlalu tak berulang lagi..

dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yg paling cantik..
dan paling baik..

walaupun nak ikutkan banyak lg
yg cantik dan 
baik seperti rumput
tadi....












Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites