Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Showing posts with label Diari Sang Musafir. Show all posts
Showing posts with label Diari Sang Musafir. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

Hilang Sekian Lama



Alhamdulillah atas sekalian rahmat,
Kasih sayang dan juga berjuta nikmat,
Yang meletakkan jasad diatas bumi,
Membawaku mengembara di sini..
Australia..

Bumi yang indah,
Kehidupan yang mewah,
Membuka mata,
Mengenal manusia...

Moga disini,
Aku bisa mencari siapa diri,
Mencari butir mutiara yang tersembunyi,
Untukku tabur pada agama yang aku anuti,
Sebagai bekal kehidupan abadi.

Ya Allah,
Tolonglah aku daripada kelalaian,
Kelalaian dalam mengingatiMu,
Kelalaian dalam mencintaiMu,
Dan kelalaian dalam mensyukuri nikmatMu.
Amiin..

Saturday, July 16, 2011

Di Tengah Titian Sya'ban..


Dikurniakan sya’ban ini kepada kita adalah supaya ia menjadi satu bulan persedian bagi kita untuk membuat persedian fizikal & rohani bagi menyambut Ramadhan yang sudah dekat kerana ia hanya tinggal beberapa belasan hari saja lagi.

Namun apakah persiapan ROHANI yang perlu kita lakukan??

Mempersiapkan rohani adalah dengan kembali mendalami amalan-amalan wajib ataupun sunat dan sebagainya di bulan Ramadhan tersebut. 

Tidak lupa juga perkara wajib yang kita perlu fahami, iaitu memahami ffiqhus-syiyam (fikah berpuasa) agar segala amalan kita adalah berdasarkan syara’ yang menjadi syarat agar amalan kita diterima.

Secara fizikalnya pula adalah cuba melatih diri agar memperbanyakkan amalan-amalan soleh khususnya berpuasa. 

Jikalau di bulan lain, hanya jarang-jarang kaki kita ini menjejaki ke masjid atau surau untuk solat fardhu, ayuh kita bersama berusaha untuk memperbanyakkan solat Jemaah disana. 

Jikalau selalunya Al-Quran hanya dibaca berselang-seli harinya, maka marilah di bulan ini kita berubah untuk jadikan ia bacaan harian kita. 

Moga-moga di bulan ini mrnjadi titik perubahan kita.


Berikut merupakan beberapa hadith Rasulullah SAW yang boleh kita jadikan renungan dan beramal dengannya.

Dari Aisyah r.a. beliau berkata:

"Rasulullah s.a.w. berpuasa hingga kita mengatakan (baginda) tidak pernah tidak puasa, dan beliau berbuka (tidak puasa) hingga kita mengatakan (baginda) tidak puasa, tapi aku tidak pernah melihat beliau menyempurnakan puasa satu bulan penuh kecuali bulan Ramadhan dan aku tidak

pernah melihat beliau memperbanyak puasa selain bulan Ramadhan kecuali
                                                                    pada bulan Sya'ban.”
 (h.r. Bukhari).

Beliau juga bersabda:

"Kerjakanlah ibadah apa yang engkau mampu, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan hingga

kalian bosan".


Usamah bin Zaid bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

“Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu memperbanyak berpuasa  (selain Ramadhan) kecuali
pada bulan Sya'ban?”

 Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Itu bulan dimana manusia banyak melupakannya antara Rajab dan Ramadhan, di bulan itu perbuatan dan amal baik diangkat ke Tuhan semesta alam, maka aku ingin ketika amalku
diangkat, aku dalam keadaan puasa".
 
(h.r. Abu Dawud dan Nasa'i).


Dalam hadis Ali, Rasulullah bersabda:

 "Malam nisfu Sya'ban, maka hidupkanlah dengan salat dan puasalah pada siang harinya, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam itu, 

lalu Allah bersabda:  "Orang yang meminta ampunan akan Aku ampuni, 
orang yang meminta rezki akan Aku beri dia rezki,
 orang-orang yang mendapatkan cubaan maka Aku bebaskan,hingga fajar menyingsing."

(H.R. Ibnu Majah dengan sanad lemah).

Diatas ini terdapat hadis-hadis yang lemah. 
Namun, menurut pandangan ulama’, hadis dhaif ini boleh digunakan untuk Fadhail Amal (keutamaan amal) tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai hujah (untuk menentukan hukum). 

Justeru tiada salah untuk kita melakukannya sebagai usaha kita untuk mendekatkan diri padaNya. 


Walaupun tidak semua hadis tersebut bertaraf sahih, namun terdapat hadis-hadis lain juga yang memaparkan keutamaan bulan Sya’ban. 
Jadi, malam Nisfu Sya’ban itu mempunyai keutamaan dan kebaikan berbanding malam-malam yang selainnya.

Kesimpulannya, tidak kira disaat mana kita berada, seharusnya bagi kita untuk mendidik diri agar setiap masa yang berlalu menjadikan diri kita lebih taat dan baik pada pandanganNya.

 

Itulah hakikat hamba, yang SETIAP MASA diusahakan untuk hampir mendapatkan redha daripada Sang Pencipta, Allah SWT.


Tuesday, July 12, 2011

Jatuh Sudah, Namun Masih Ada yang Membangunkannya.

Ya Allah

Jatuh..
Terus terjatuh..

Entah mengapa..
terkadang terngiang-ngiang di kepala kenapa ditakdirkan aku sebegini..

Setelah 3 tahun berlalu sejak peristiwa itu, yang terkadang membuatkan diri kesal..

“ Man (bukan nama sebenar), borang Darul Quran yang ana suruh anta simpankan tu mana ea? Ana nak kena isi ni. Rasanya esok kena hantar.”

“La, anuar..Ana pun tak tahu mana ana letak. Hilang dah rasanya.”

Allah.. 
Tidak tahu bagi ana untuk menyatakan perasaan pada saat itu.
Jadi ana batalkan sahaja..

Dalam fikiran ini terbayang-bayang..
Mungkin apabila aku disana, aku biasa menjadi  seorang yang hafiz.. dan aku juga bisa menjadi seorang yang lebih mendalam ilmunya..

Tetapi..terkandas di pertengahan jalan..
Jalan ingin dituju untuk mendekatkan diri kepadaNya sepertinya semakin susah..

Tidak disangka..
Aku dihantar ke Kolej Matrikulasi Melaka atas nasihat arwah datuk.
Namun bukanlah diletakkan dalam bidang Agama yang menjadi keinginanku..
Tetapi MEDIC..

Entah sejak bila diri ini berkehendak untuk menjadi seorang doktor.
Tetapi seakan terseksa hidup disana..
Ternyata aku tidak meminatinya..

Walaupun begitu, Alhamdulillah..
dikurniakan beberapa sahabat sebagai penguat diri.
Yang bersama-sama terus berdiri di jalan dakwah..

Tatkala kebanyakan manusia jauh dariNya,
Aku memerlukan kamu untukku bisa berbicara atas kalimatNya.

Kepada Akak Siti Fatimah..
Mungkin anda sedang membacanya tatkala ini..
Dan sahabat KMM yang lain..
Diri ini memohon maaf sekiranya pimpinan dakwah ana banyak kekurangan disana..

Dan sememangnya tidak layak menjadi seorang ketua..
Yang sepertinya tidak membawa perubahan yang banyak..
Namun moga Allah terima..

Namun, akhirnya tertulis takdirku untuk menyambung pelajaran di KMS yang memungkinkan ku untuk menceburi bidang engineering.
Dan hati ini berkata-kata agar aku kesana..

Alhamdulillah..
Akhirnya ‘engineering’ menjadi bidangku..
Bertemu Akhi Fiqri yang sememangnya teman karibku..
Bersama-samanya aku terjun lagi ke medan dakwah..

Suatu hari..
Aku terjumpa rakan sekolahku yang sedang  belajar di Darul Quran..
Sememangnya aku sedikit cemburu..
Dan sering berkata pada diri kenapa aku tidak diberi peluang sepertinya?

Ditambah lagi apabila aku berada di sebelahnya..
Dia berpaling kepada sahabatnya yang juga dari darul Quran..

Dan berkata..

“Syed (bukan nama sebenar), ISLAM MEMERLUKAN KAMU.”

Allah..tersentap hatiku..

Gayanya seperti menyatakan ISLAM TIDAK MEMERLUKAN AKU..!

Kerana aku bukanlah ahlinya..
Namun ku sedapkan hati..

Mungkin dia tidak bermaksud pun untuk menguris hatiku..
Tapi katanya, cukup membuatkan ia terpahat selamanya di hati..

Tapi sedikit pun aku tidak menyalahkan sesiapa..
Sekarang sudah tamat pengajianku di KMS..

Tinggal di rumah bukanlah satu persikitaran yang cukup bagus untukku mendalami agama..
Tapi..
Insya Allah akan ku usaha..
Pengikut pengajian-pengajian agama..

Sememangnya hati ini terlalu ingin sangat untuk berjumpa Syeik Nuruddin..
Kerana sejak dahulu lagi, kata-katanya cukup bercahaya sehingga membuatkan hati ini tidak lupa..
Namun bilakah?

Terkejutnya semalam..
Bila aku mengikuti kelas Tafsir di sebuah masjid..
Aku berjumpa orang yang seakan-akannya..

Allahuakbar..
Mukanya seakan juga sama tetapi lebih kelihatan muda.

Sangat terpegun dengan kata-katanya..
Cukup 3 ayat daripada Surah Yasin yang ditafsirnya, 
aku sudah jatuh hati dengan pengajiannya..

Moga aku bisa berguru dengannya..
Seakan semakin hari, semakin dibukan pintu-pintu untukku belajar agama..

Alhamdulillah..
Di kawasan rumahku ada sebuah pondok untuk para hafiz..
Dan Insya Allah kalau diizinkan aku ingin mengikutinya..

Dan sememangnya aku berazam..
Setidak-tidaknya akan ku sambung pelajaranku dalam bidang Usuluddin selepas tamatnya Engineering bersama Akhi Fiqri yang akan menceburi Syariah.

Dan ingin aku buktikan, aku juga bisa menjadi ‘tentera-tentera yang memegang panji agama’.
Kini semakin aku Nampak hikmahnya takdir Allah itu..
Ternyata Dia mempunyai agenda yang lebih baik buatku..

Ku mohon agar diampunkan andai dahulu aku bersangka buruk padaMu kerana sedikit kekecewaan yang membutakan mata.

Mohon Doa daripada sahabat..
Agar aku terus dijalanNya..

Ku titipkan doa juaga untuk kamu semua..
Moga kita diberi kefahaman agama..
Ameen..

~Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah~

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

lirik sebuah lagu yang menyentuh qalbu..

ps: ditulisnya kisah ini moga sahabat-sahabat yang lain yang bukan berada di dalam bidang agama, yakin bahwa dakwah itu luas jalannya. Dan yakinlah buat sekalian sahabat semua, kita mengejar kefahaman agama bukan sekadar kepandainnya. Dan itulah tanda cintaNya.

"Sesungguhnya jika Allah inginkan kebaikan kepada seseorang itu, maka Dia akan mengurniakan kefahaman dalam agama." 

Moga kita semua Ikhlas dijalanNya..
Ameen..





Monday, July 11, 2011

Matahari, Bulan & Pelangi..


Wahai Matahari, dimanakah kamu apabila malam menerjahku disaat ini?

Wahai Bulan, dimanakah kamu apabila siang datang membawa terik mentari?

Wahai pelangi, dimanakah kamu tatkala aku rindukan warnamu yang menarik hati?

Sungguh..
Terasa diri ini sendirian..


Tatkala datang kamu wahai Matahari membawa siang, aku bermain sehingga melekakan aku akan hakikat 
hidupku sendiri..

Berlari..

Melompat..

Namun tidak sedikit pun aku mengenal apa  itu penat..

Tapi…?
Mengapa kamu seperti menjauhiku?



“Wahai matahari? 
Kemanakah kamu ingin pergi? 
Tidak sudikah kamu menemaniku? 

Kenapa kamu meniggalkan aku ini sendiri? L

Kemudian datang kamu pula wahai Bulan yang menandakan kini berakhirlah siangku & bermulalah malamku..


Terpersona mata ini melihat cahayamu..
Sungguh indah..
Tidak terbayang dengan kata-kata..

Cahayamu ternyata lebih indah dari Sang Matahari..
Tapi…
Kamu sudahpun ditemani beribu bintang-bintang yang berkelipan..
Seakan mereka senang dengan kamu wahai Bulan..

“Wahai Bulan, sudikah kamu menemaniku dan senantiasa berada di sampingku?”

Terasa jawapan itu ku menjawabnya sendiri..

“Aku tahu, wahai bulan..engkau adalah sahabat baikku..tidak seperti Matahari.”

Berbunga-bunga hati ini..
Ternyata tersedia Sang Bulan sebagai pengganti..
Dan ternyata dia lebih baik dari Sang Mentari..

Aku bermain..
Dan terus bermain di bawah cahayamu..
Terasa dingin dengan kehadiran Sang Angin yang bertiup sayu..

Namun aku tetap cemburu..
Cemburu dengan Sang Bintang yang sepertinya tidak mahu melepaskan dirimu..

Biarlah..
Aku tahu, Sang Bulan itu tidak akan meninggalkanku..

Aku terus bermain..
Berlari..
Seharian aku bermain..

Kini terasa letih untuk aku terus berdiri..

“Wahai Bulan, Aku ingin tidur..Ku harap apabila jagaku nanti, masih ada kamu untuk terus menemani..”



Hari yang baru untukku..
Ku gagahi membuka kelopak mata ini..

Tatkala cahayanya masuk..
Seakan luruh hati ini..

“Wahai Bulan, dimanakah kamu?
Bukankah kamu akan bersamaku untuk hari ini?

Dimanakah kamu?
Dimana?
Dimana?”

Alangkah luluhnya hati ini..

Bercampur kecewa & juga kesal..
Terasa titisan air mengalir membasahi pipi..
Jiwa merenung berkata kepada diri..

“Sesungguhnya aku tetap sendiri. Mengapa tiada yang memahami?”

Ku dongakkan kepala menghadap langit..

Ternyata ada kamu wahai matahari..
“Kenapa engkau datang wahai matahari? Adakah untuk kembali menyakitiku lagi?”

Terus aku berpaling..
Dan aku tidak mempercayaimu lagi..
Ku atur langkah-langkah menuju pergi..
Tetapi aku tidak tahu dimana tujuannya..
Dan tiada siapa sudi menunjukkan jalannya..

Tiba-tiba..
Diri ini tergamam seketika..

Tatkala titisan air hujan melalui sinaran mentari..
Di situ kamu hadir wahai Sang Pelangi..


Warnamu yang cantik cukup untuk membuat diri ini jatuh hati..
Dan ternyata kamu lebih indah dari Sang Matahari & juga Bulan..

“Wahai Pelangi..Sudi tak kiranya engkau menjadi sahabatku?”

Belum sempat aku mendengar jawapan, engkau seakan memudarkan warna..

“Wahai Pelangi..Kemanakah kamu?
Kenapa engkau tinggalkanku?

Adakah aku ini tidak layak untuk terus berbicara denganmu.”

Sedih..
Kecewa..

Namun sedikitpun tidak mampu aku lahirkan melalui kata-kata..
Air sungai mataku mengalir deras..
Mengenang apalah nasib diri..

Siapakah yang mampu menemaniku?

Siapakah yang akan setia denganku?

Siapakah yang akan mencukupkan segala keperluanku?

Siapa?
Siapa?
Siapa?

Seketika aku terdiam..
Membisu terus tanpa kata-kata..

Lalu bersuaralah naluri hati ini..

“DIA-lah yang akan tetap setia menemanimu, walaupun kamu berdiri bersendirian mahupun dalam 
keramaian..

Buktinya..
DIA tetap berada di sampingmu..
Dan Dialah yang membunyikan degupan jantungmu..
Meskipun kamu tidak mendengarnya..

DIA-lah jua yang mencukupkan dirimu meskipun pada pandangan manusia kamu serba kekurangan..

Buktinya..
Tatkala kelaparan, adanya DIA yang mengenyangkan..
Tatkala sakit, adanya DIA yang menyihatkan..
Tatkala kepenatan, adanya DIA yang menidurkan..
Tatkala kesempitan, adanya DIA yang melapangkan..

NAMUN??
Kenapa engakau lupa yang DIA sentiasa bersama??”

“Subhanallah..mengapa aku boleh melupakan kehadiranMu…
Sememangnya aku terleka..

Namun mengapa diciptakan teman yang lain buatku??”

Ku lontarkan persoalan kepada hati nuraniku sendiri lalu dia membalasnya..

“Diciptakan teman yang lain sebenarnya adalah satu KURNIANNYA..
Melalui mereka, mungkin hatimu terasa bahagia..

Namun mereka tetap HAMBA kepada Sang Pencipta..
Yang terkadang tidak terlepas dari kesilapan & khilaf..
Yang juga tidak sempurna kerana dihiasi kekurangan..

Oleh itu..
Marilah kita bersangka baik akan segala perkara..
Kerana DIA lebih mengetahui akan segalanya..
Kerana setiap KITA semua ada kekurangannya..
Namun kita saling melengkapi agar kita bisa sempurna..”




Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites