Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Saturday, August 7, 2010

APA YANG PATUT KITA KATA







1.BILA KENA UJI DENGAN KELAPARAN, KETAKUTAN, KEKURANGAN HARTA DAN SEBAGAINYA "AKU DIHUKUM KERANA DOSAKU


AKU MEMOHON AMPUN KEPADA-MU YA ALLAH"
.


2. APABILA TUHAN TENTUKAN SESUATU TIDAK SEPERTI YANG KITA MAHU KITA BERKATA


"AKU REDHALAH, ALLAH LEBIH BIJAKSANA DARIKU" KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KEHENDAKKU.




3. JIKA KITA LIHAT SESEORANG ITU MEMPUNYAI KEAIBAN DAN KELEMAHAN KITA BERKATA "KASIHAN ORANG ITU, BERILAH DIA PETUNJUK YA ALLAH"




4. JIKA SAMPAI KEPADA KITA ADA ORANG MENCACI KITA DI ATAS KEBURUKAN KITA KITA PUN BERKATA "JIKA BENAR APA YANG DIA KATA, AMPUNKANLAH DOSAKU YA ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK JIKA APA YANG DIKATAKANNYA ITU DUSTA, AMPUNKANLAH DOSANYA, BERILAH DIA PETUNJUK"

Wednesday, August 4, 2010

3 biji tembikai untukMu....

Satu hari, si suami pulang dari kerja dengan membawa 3 biji tembikai yang dibelinya. Dengan hati yang gembira, si suami segera menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak manis.

Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua pula. Kali ini, tembikai yang dibelah tidak cukup masak. Si suami yang dari tadi menunggu dengan sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yang ketiga.

Jeng...Jeng...Jeng...

Tembikai yang ketiga itu pula busuk isinya...
Dengan hati yang membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka sambil meradang, "Kenapa semua tembikai ni busuk?! Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK jer! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kene apek ni... Siap kau!"

Dengan nada selamber tapi sopan, si isteri berkata, "Abang...Abang marah kat siapa ni?"

"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.

"Owh...Abang marah dekat Allah yer?" sahut si isterinya lagi.

Terkejut mendengar kata-kata si isteri, si suami berkata lagi, "Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke? Bila masa pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab, "Abang...mana apek tu dapat tembikai?"

Suami: "Dari petani la!"

Isteri: "Dari mana petani tu dapat tembikai pulak bang?"

Suami: "Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."

Isteri: "Macam mana dia tanam bang?"

Suami: "Dia pakai benih tembikai la. Takkan benih jagung!"

Isteri: Dalam hati (Kerek jugak suami aku ni). "Siapa yang buat benih tembikai tu bang?"

Suami: "Mestilah Allah yang ciptakan."

Isteri: "Jadi...Betullah abang marahkan Allah yer? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah kerana Dia yang menciptakannya."

Suami: (Terdiam)

**Kita sering mencela makanan yang kita dapati, ujian yang kita tempuhi, dan cabaran yang kita hadapi...tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini, dan kepada Allah jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Cuba lah cari hikmahnya. Moga kita akan berlega hati dengan ketentuan yang diberiNya.

Sunday, August 1, 2010

AKU BAGAIKAN KELAWAR DISINAR RAHMAT-MU.







" Hisablah dirimu sebelum dihisab". "Kecamlah dirimu sebelum dirimu
sendiri dikecam Allah".
" Anggaplah dirimu sebagai orang yang paling berdosa". " Kalau
ditakdirkan semua manusia masuk kedalam syurga kecuali seorang….aku 
rasa
akulah yang seorang itu."


Demikian titipan mutiara kata orang yang hampir dengan Tuhan. Pegangan
diri para Rasul, Nabi dan Wali.
Kerana keyakinan itu lahirlah manusia seperti Abu Bakar - yang 
merasakan
dirinya lebih hina daripada sehelai rumput; Umar - yang merasakan nasib
seekor anjing lebih bernasib baik daripada dirinya; Abu Huzaifah- yang
sentiasa curiga dengan iman dan islamnya; Salman al-farisi- yang
merasakan maut sentiasa memburunya.


Kini kuasah rasa itu yang datang cuma sekali-sekala. Rasa yang bukan
selalu bertandang di dalam hati. Bukan mudah menghinakan diri di depan
Allah. Amat payah menekan ego dan bangga ke paras bawah. Jarang diri
mahu luahkan kata-kata pahit yang terlalu sakit untuk didengar.


Kini ku adukan, megapa sangat memberat langkah ini menuju Allah ?
Mengapa diri seperti ditolak ke belakang dalam perlumbaan menuju 
khairat
( kebaikan ) dan maghfirah ( pengampunan )? Mengapa hati terhijab lagi
dari taufik dan pimpinan ? Mengapa hati masih tertipu oleh bujukan
nafsu, terpesona dengan nikmat dunia ? mengapa fikiran seakan 
tersumbat,
jiwa lesu dan jasad memberat di jalan jihad ?


Ya Allah, masih adakah lagi petunjukMu buat insan yang derhaka 
sepertiku
? Kulakukan dosa dalam sedar dan yakin KAU Maha Melihat. Aku lawan
kehendakMu terang-terangan. Ya Allah, alangkah besarnya kederhakaanku
kepadaMu. Ya Allah jauhkan aku dari kekufuran dan nifaq seperti jauhnya
Timur dan Barat….




Oh, aku tersepit, terhimpit diruang sempit. Di antara dua rasa yang
tidak menentu. Buat baik kurasa derita, buat jahat terasa siksa. Kucuba
membenci dunia tetapi kecintaan akhirat belum terasa. Mujahadaku
memberat, sarat dengan pelbagai rintangan. Ammarah dan lawwamah silih
berganti membunuh kecintaan Ilahi yang datang sekali-sekala. Mungkar 
dan
maksiat menenggelamkan secebis nikmat yang pernah dikecap dari munajat
dan doa.


Inilah rintihan, oleh hati yang kian tertekan. Dari diri yang amat
resah, amat gelisah. Jiwa disayat dek sembilu tajam. Terbenam di dalam
luka yang paling dalam. Membuak darah, membengkak nanah yang parah.
Bisanya sampai ke hulu hati. Membakar jiwa yang gersang daripada semua
ketenangan dan ketenteraman. Dunia dipandang gelap. Walau mentari, 
bulan
dan bintang masih menebar sinar..tetapi matahati sudah nanar. Jiwa kian
buta. Kian goyah taufik dan hidayah….


Oh..mengapa sehitam itu lorong hidupku.
Ku cari punca masalah hingga tafakurku terganggu jemu. Apakah ini
pencarian sesat memberat penat ? Apakah ini resah rasa yang makin
menanah mendenyut bisa ? Telahku tinggalkan permulaan jalan, telah 
habis
dayaku melangkah tetapi hujungnya masih jauh. Aku sesat dalam rimba
keliru beribu liku. Apakah aku yang berjalan atau jalan yang berjalan ?
Aku sangsi. Aku mahu lari ke hujung dunia. Mahu ku lontar jauh-jauh 
pilu
dan duka ini. Mahu ku bnating masalah yang memeningkan ini. Biar duka
yang membengkak ini pecah…Biar memancut bisanya yang bergaul pedih. Aku
tidak peduli.


Kadang aku termenung meminta jawapan hati kepada semua ini. Di mana
puncanya? Di mana tapak mula semua keserabutan ini. Aku mengadu kepada
Allah. Dia menjawab melalui sabda Rasul-Nya:


" Sesungguhnya yang dikatakan dosa itu ialah sesuatu yang mendatangkan
keresahan hati"


Tetapi pelik aku mungkiri janji itu. Aku langgar lagi pantang 
larangNya.
Kutempuh lagi jalan dosa. Aku tidak punya kekuatan untuk bertindak. Aku
terbelenggu oleh nafsuku. Dan ketika itu datangkan firman Allah ini
mengingatkan :
" Apakah tidak kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhan"


Ku baca berkali-kali firmanMu itu. Aku bertuhankan nafsuku ? Bunyinya
amat pedih dan pahit. Mungkin inilah yang pernah dikatakan oleh Ibrahim
Adham: " Aku telah bunuh tuhanku".


Ya Allah aku sakit…sembuhkanlah. Ya Allah aku lalai..ingatkanlah aku. 
Ya
Allah aku liar…jinakkanlah aku. Aku tempang, aku capik…bimbing dan
pimpinlah aku. Sesungguhnya aku bagaikan kelawar buta yang disimbah
sinarMu yang melimpah.


Namun ya Allah..aku belum berputus asa. Rasa berdosa inipun sudah
sebesar rahmat. Hati yang masih boleh merintih petanda ia masih
bernyawa. Masih berdenyut nadi kebenaran walaupun getarannya terlalu
lemah. Masih ada titik kecil dalam jiwaku buat menampung peringatan
dariMu. Aku sykur wahai Tuhan…kerana aku sedar selama ini aku tidak
bersyukur.


Kini ku atur pelayaran baru…dengan kolekku bertampung seribu. Dayungnya
pernah patah. Layarnya koyak rabak…dilaut luas ombak mengganas, badai
bertiup buas. Namun aku akan terus berkayuh. Aku yakin KAU tidak jemu
padaku selagi aku tidak berputus asa dengan-Mu. Dengannya akan kuburu
taubat yang belum terlambat. Aku tidak akan mengah dan lelah lagi.
Kerana bekalku kini harapan, bernafas dengan janjiMU tentang 
pengampunan
!!.

Ya Allah....open our eyes before it close for forever...





kadang kadang terasa hidup kita ini terlalu indah sehingga membuatkan kita alpa mengejarnya. Dari sudut Islam, bagi ana tak salah utk kita mengejarnya tetapi perlulah diingatkan apakah niat kita yang sebenarnya.Yang menjadi salahnya apbila kita membelakangkan tuntukan agama yang lebih aula. 

Hari tu ada sahabat ana berjumpa ana.. tiba tiba jer dia nak bertazkirah pada ana... jadi ana dengar je la....

katanya.....

sebenarnya SYAITAN nie mempunyai pelbagai strategi utk menghasut manusia dan melaluinya kita dapat mengenalpasti bagaimana syaitan tu ganggu kita... lain orang, lain caranya tau... dan dari tu gak kita dapat tahu sebenarnya iman dan taqwa kita di tahap yang mana....

antara strateginya...bagi peringkat yang bawah sekali...

1.menyuruh manusia itu syirik kepada ALLAH...

-bagi peringkat nie, syaitan akan menyuruh kita tidak percaya pada Allah atau menduakanNya dengan sesuatu yang lain…

Bagi sesiapa yang Berjaya digoda syaitan dengan cara yang pertama ini maka dialah orang yang paling hina dan dilaknat oleh Allah….dia lah manusia yang sangat rendah martabatnya di sisi Allah.

Tapi bagi sesiapa yg Berjaya, maka syaitan akan mengunakan cara yang setrusnya iaitu….

2.meghasut manusia supaya melakukan dosa besar.
           
-bagi yang ni pula, syaitan akan mengunakan nafsu manusia sebagai senjatanya…
Tapi jika iman seseorang itu kuat utk menahannya maka syaitan terpaksa ke strategi seterusnya.

3.menyuruh utk berbuat dosa kecil..

-dalam bab ni, memang la di mata kita ia adalah hanya dosa kecil…tapi yang perlu kita faham apabila terkumpulnya banyak dosa2 kecil inilah yang akan bertukar menjadi dosa2 besar dan yidak lagi terampun jika hanya berwdhuk atau melakukan ibadah lain kecuali bertaubat…

Dan yang paling perlu kita tekankan ialah apabila kita meremehkan dosa kecil maka ia juga adalah satu dosa yang besar.

4.mencari pintu dosa pada perkara yang harus.
Contohnya seperti mendengar lagu or bermain game…. Pekara ni harus tetapi kita perlu ingat bahawa jangan mejadikannya pintu dosa eg sampai melupakan ibadah fardhu seperti solat. Dan seterusnya…..

5.melalui keutamaan muslim.
           
            Tanpa kita sedari, pekara inilah yang banyak manusia kurang sedar akan
kehadirannya. Contoh yang dapat kita tengok adalah seperti menunaikan fardhu haji.
Kebanyakkan masyarakat kita sangat banyak melakukan lebih dari satu kali. Memanglah ia bukanlah menjadi kesalahan, tapi disini menurut pandangan Syeikh Yusuf Qardawi dalam bukunya fiqh alauwiyat, ia akan menjadi salah apabila kita mampu memperuntukkan wang kita utk ke sana buat kali yang seterusnya tetapi kita tak pula menyumbangkan wang itu kepada pekara yang lebih penting eg tabung palestin ataupun untuk digunakan bagi membantu saudara semuslim kita yang miskin…

Dan yang terakhir…….

6. syaitan akan menyuruh sekutunya di kalangan manusia ataupon sebagainya bagi membunuhnya.

Inilah jalan terakhir syaitan…hal ini kerana apbila syaitan gagal untuk menjatuhkan seseorang itu melalui 5 pekara sebelum ni, ia bermakna suatu hari nanti syaitan juga akan gagal untuk menjatuhkan orang orang yang berada dekat dengannya.

Jadi pilihlah dimana sebenarnya peringkat syaitan menjatuhkan kita….


Sebelum diakhiri post kali ni, ana ingin sampaikan satu cerita……….
           
           





Pada suatu hari malaikat maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris lalu Nabi Idris meminta agar malaikat maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan Nabi Idris bagi mengetahui kesakitan sakaratul maut agar takwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikat maut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.
Malaikat maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Selepas mendapati Nabi Idris hidup kembali, malaikat maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya."Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang "
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa menghidupkan beberapa orang yang mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau menghidupkan orang mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa : "Cubalah kamu pilihkan?"
Mereka berkata: "Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat sudah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini sebab takutnya hari kiamat." -An-


Tuesday, July 13, 2010

Apakah hukum muslimah meletakkan foto sendiri dalam fb?


بسم الله الرحمن الرحيم


Ada beberapa sudut yang perlu dibincang dalam isu ini antaranya ialah perhiasan yang dibenarkan didedahkan oleh seorang wanita , isu saranan menundukkan pandangan kepada kaum lelaki ,isu niat dan isu fitnah.

Firman Allah SWT:

Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )

Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:

عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم

Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :

عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيه

Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)

Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:

Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)

Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir

قال : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.

“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan”

Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .

Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .

Hadith menyebut :

انما الأعمال بالنيات

Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat

Kaidah feqh menyebut :

الأمور بمقاصدها

Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

والله أعلم بالصواب

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites