Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Sunday, August 14, 2011

Adakah Peristiwa Kaum Tsamud akan Berulang???

PENDAHULUAN

Seringkali kita mendengar tentang berita bahawa dunia ini akan menjadi keterbelakang semula.
Tatkala itu, tiada lagi teknologi pengangkutan yang memudahkan pengangkutan kita, 
tiada juga teknologi perhubungan sebagai media, 
teknologi perubatan sebagai penerus hidup dan juga teknologi senjata sebagai pertahanan sesebuah Negara.

Namun pada mata kasar kita, tidak satu pun tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita akan kembali hidup seperti zaman batu semula.

Akan tetapi, ia tidak mustahil.!


KECANGGIHAN ZAMAN YANG DIGELAR BATU!!!

 
 Jonathan Gray : Dead Men’s Secret

Sorang pengkaji barat, menurut kajiaanya:

1.Seramai 2 billion manusia yang dahulunya mempunyai pelbagai teknologi canggih yang lebih baik daripada kita telah pupus secara tiba-tiba.

2.Teknologi mereka ternyata lebih hebat daripada kita dari segi kenderaan dan juga senjata.
Namun ia hilang secara tiba-tiba dan pengkaji mengaitkannya dengan kejadian banjir besar ketika zaman nabi Nuh.

3. Sebilangan kecil yang arif tentang teknologi ini terselamat  dengan menaiki bahtera dan berlabuh di Banjaran Arafat (Gunung Judi) dan sememangnya akan memakan masa yang lama untuk mereka mencipta teknologi tersebut semula.

Henry Layard  & David Brewster

1.Nimrud ( ibu Negara Assyria): Cermin optic dijumpai disini oleh Henry sendiri iaitu ahli    arkeologi British pada 1847.

2.Kemudian, ia diserahkan kepada  David Brewster, seorang ahli fizik untuk kajian pada 1853 dan ternyata itu sebenarnya memang cermin optic dan ia berkualiti.

3.Terdapat 75 lagi cermin optic yang dijumpai dari tengah Turki ke Crere hinggalah ke Troy.




Beth She’arim

1.Pada tahun 1956, Beth She’arim: sebuah kepingan kaca buatan manusia seberat 8.8 tan telah ditemui di barat-daya Galilee.

2. Pada tahun 2613M, pyramid Dahshur yang dibina Snefru telah dibina dan dijumpai kaca berwarna unggu seberat 35 tan.

2. Sememangnya jarang manusia mencipta kaca seberat ini walaupun pada  zaman sekarang kecuali untuk satu perkara iaitu untuk membuat TELESKOP yang besar.


MARI MENGENAL KAUM TSAMUD

Firman Allah swt:

“Dan ingatlah ketika Dia Menjadikan kamu khlifah-khalifah setelah kaum ‘Ad dan menempatkan kamu di bumi. Di tempat yang datar kamu dirikan istana-istana dan di bukit-bukit kamu pahat menjadi rumah. Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi."
( Al-A’raf:74)

Sepertimana kita tahu, kaum ini sangat terkenal dengan teknolgi seni binanya bahkan mungkin mengatasi kita. Lihatlah betapa telitinya ukiran-ukiran di bukit yang dibuat oleh tangan-tangan mereka.



Pernahkah kita terfikir, teknologi apakah yang boleh berbuat sebegitu??
Bukan hanya menebuk gunung-ganang, tetapi juga mengukir.

Pada zaman ini, kita membina tiang menggunakan acuan, ditambah simen dan konkrit dan sememangnya kukuh pada pandangan kita.


Namun mereka membina tiang tanpa acuan bahkan tiada simen apatah lagi konkrit, namun lebih teguh daripada kita.
Jelas dari sini, ternyata mereka lebih memahami apa itu ‘civil engineering’ berbanding kita.

Namun dimana kaum mereka sekarang ini??
Dimana pula keturunannya??

Sungguh tidak logik jika kita katakana mereka hilang kerana kematian yang biasa sepertimana zaman sekarang.
Mana mungkin kematian yang biasa boleh menghilangkan terus kaum-kaum ini bahkan tanpa meninggalkan zuriat keturunannya walaupun seorang??
TIDAK MUNGKIN!!!

Atau apakah ada kuasa besar yang menghapus setiap nyawa daripada mereka??
Dan pekara yang penting, KENAPA??

Firman Allah SWT:

“Kaum Tsamud pun telah mendustakan peringatan itu.(23)

“Maka mereka berkata, ‘ Bagaimana kita akan mengikuti seorang manusia (biasa) di antara kita? Sungguh, kalau begitu kita benar-benar telah sesat dan gila.’”(24)

Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di anatara kita? Pastilah dia (Saleh) seorang yang sangat pendusta (dan) sombong.”(25)

“Kelak mereka akan mengetahui siapa yang sebenarnya sangat pendusta (dan) sombong.”(26)

(surah Al-Qamar)

Sungguh jelas daripada ayat diatas bahawa ternyata sikap mereka yang sombong dan dustalah yang menjadi asbab Allah swt menurunkan azab kepada mereka.

“Kemudian  suara yang menguntur menimpa orang-orang zalim itu, sehingga mereka mati bergelimpangan di rumahnya, seolah-olah belum pernah tinggal di tempat itu. Ingatlah, kaum Tsamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah, binasalah kaum Tsamud."
(Hud: 67,68)

LIhatlah bagaimana kehidupan mereka, pada mulanya mereka berusaha membina sebuah tamadun dan teknologi yang canggih.
Dan tatkala kejayaan demi kejayaan berjaya mereka kecapi, ia telah menjadikan mereka kaum yang hebat dan disanjungi.
Namun angkara sikap mereka yang angkuh terhadap seruan nabi mereka, maka turunlah balasan daripada Allah swt.

Siapa tahu, zaman ini juga akan mengikuti jejak langkah mereka..
Tatkala kini, pelbagai teknologi telah tercipta ia telah memudahkan manusia dalam banyak perkara tetapi dalam kemudahan itu ramai yang ingkar pada-Nya. 

Segala yang dicipta manusia itu sendiri terkadang melalaikan diri daripada mengingatiNya dan yang lebih buruk  ada yang menggunakan ciptaan tersebut untuk mengingkariNya.

Diantaranya, ada yang menjadikan perkara-perkara tersebut sebagai bahan untuk mereka berbangga-bangga. Dan juga menjadikan agama itu hal yang Kedua selepas mengejar dunia..


Tidakkah sama zaman ini dengan zaman kaum Tsamud??
Tidakkah mungkin balasan yang sama akan ditimpakan kepada kita??

Moga sifat Penyayang Allah swt itu senantiasa bersama kita..

 “Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka), Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.”
(At-Taubah 9:70)


 ZAMAN BATU PADA KURUN KE-21??

Marilah kita diam seketika dan merenung sejenak. Mungkin sudah terdapat peringatan daripada Allah SWT kepada kita, Cuma sampai kini semua manusia tidak faham akan kedatangannya.

Ketika berlakunya tsunami, tanah runtuh dan sebagainya, setengah pihak hanya mengaitkan ia dengan geografi bumi dan fenomena alam sahaja.
Tatkala paradigma dunia menunjukkan tanda-tanda peringatan daripada-Nya, manusia seakan-akan mengelak untuk memahaminya dan pasti ramai yang akan tergadah tatkala datangnya waktu untuk mereka merasakannya pula.

CERITA DARI DISCOVERY CHANNEL

"This is not a science fiction" –DisC

Merujuk kepada Discovery Channel, bumi akan terkena impak daripada “Ultimate Solar Storm” yang menghadap bumi  pada 18 November 2011 (bersamaan hari Jumaat di US) yang akan memutuskan bekalan elektrik seluruh dunia.

Untuk keterangan lanjut mengenainya silalah ke link dibawah ini:

 PART I : http://www.youtube.com/watch?v=QIr6nfwpctA

PART II : http://www.youtube.com/watch?v=rR46RfnjCVM

PART III : http://www.youtube.com/watch?v=FnHPRsoiivA

PART IV : http://www.youtube.com/watch?v=RSxYtAYqxE8

PART last : http://www.youtube.com/watch?v=6Utfei29qaE
__________________________________________________________________
Di dalam kajian tersebut, ia menunjukkan bahwa Solar Storm (SS) ini akan memberi kesan kepada bumi dalam beberapa peingkat.

Peringkat 1 : tiba dalam 8 minit dan membahayakan semua kapal terbang yang terbang dalam laluannya dan memutuskan komunikasi radio antara kapal terbang dan menara kawalan.

Peringkat 2 : dipanggil 'Radiation Storm' membawa masalah lebih besar. Bekalan elektrik terputus, alat-alat elektrik hangus, dan mampu menggagalkan enjin kapal terbang. Pendaratan kapal terbang menjadi berbahaya tanpa Navigation System dari satelit yang juga telah rosak.

Peringkat 3 : dengan kelajuan 200 00 batu/saat membawa gas-gas berelektron CME yang dapat membawa impak terhadap medan magnet bumi. Kesan sebenar masih tidak dapat dijangkakan memandangkan tiada sejarah lagi perkara ini berlaku.

            Screenshot dari DisC menunjukkan 3 peringkat SS 

Semua satelit di atmosfera rendah akan terhempas ke  bumi. Pakar-pakar pula cuma boleh membuat perkiraan (guessing) dan meramal pergerakan SS. Walau bagaimanapun, bumi kini hanya mampu bergantung kepada sebuah satelit usang, Satellite ACE  untuk membuat perkiraan (yang sebenarnya direka untuk R&D). Umumnya, SS mempunyai dua polariti - Utara dan Selatan yang akan menentukan cara SS melanggar bumi:

1. Utara : SS melanggar medan magnet bumi dan terpantul semula ke angkasa.

2. Selatan : SS melanggar medan magnet bumi dan mengecilkannya sekaligus mendedahkan kita kepada bahaya.

SS hendaklah melanggar Satellite ACE  terlebih dahulu bagi mengenal pasti polar SS tersebut (jarak yang terlalu dekat dengan bumi). Transfomer pula akan menjadi sasaran utama SS. 

Jadi pihak autoriti mungkin akan membuat keputusan sama menutup transfomer sebelum bumi dilanggar SS ini bagi mengelakan kerosakan kerana kerosakan transfomer memakan masa dari bulan ke tahun untuk membaikinya - dan untuk negara miskin mungkin berpuluh tahun. (US cuma ada 5 kilang utk membina transfomer). 

Transfomer pula memakan masa sejam untuk dihentikan operasinya, jadi keputusan mestilah dibuat dengan cepat.

Jika SS ini benar-benar berlaku, seluruh kawasan dunia akan berpeluang melihat aurora. Transfomer meletup memutuskan bekalan elektrik diseluruh dunia. 

Kemalangan kenderaan - komuter, keratapi, kapal terbang, kereta..dll. Bekalan air dan makanan akan terhenti tidak lama kemudian. Penyebaran penyakit. Bekalan elektrik kecemasan di hospital akan tamat. Kematian meningkat...dsb.

 SOLAR STORM, APA MASALAHNYA?

Dari segi ekonomi, National Academy of Sciences melaporkan bahawa satu 'century-class SS' boleh memberikan impak ekonomi yang sama dengan 20 taufan Katrina (Sumber#4).

Tambahan pula, ketiadaan elektrik yang menjadi tempat kebergantungan dari segi tenaga, kerja, kesihatan, pengangkutan, perhubungan  dan pelbagai alatan lain memberi impak yang sangat besar kepada dunia dan komuniti yang bergantung kepadanya.

Tahun 1859, SS menyebabkan kepulauan Caribbean Selatan menyaksikan suasana kelam kabut - kertas terbakar, mesin telegraf menghantar dan menerima signal sendiri walaupun kabel telah diputuskan . (Sumber#3)

Fanomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada bumi malah seluruh sistem suria. Berikut kenyataan berkaitan kesan fanomena ini kepada sistem suria (Sumber#1):

NASA, the ESA and the National Academy of Science have isued an unprecedented solar storm warning for 2012. But what NASA and the federal government are hiding, according to Demetriev, is that the sun—and everything in our solar system—has plunged into an alien, unknown photon cloud…a belt of danger that could precipitate gigantic solar explosions, magnetic anomalies, careening cometary masses and destabilize the orbits of some asteroids.


                           Perbandingan kasar saiz bumi dengan Corona Mass Ejection - CME (NASA)


KEADAAN KINI YANG SANGAT MEMBIMBANGKAN

Berikut adalah antara isu-isu yang membimbangkan dan mengukuhkan lagi fanomena ini :

  1. Kemuncak SS adalah setiap 12 tahun manakala 2013 pula dijangka kemuncak seterusnya yang dipanggil Solar Maximum (Sumber#3).
  2. Ogos lepas, Matahari memuntahkan SF kelas X6.9 (Sumber#2). Kelas X merupakan kelas tertinggi, rekod SS tertinggi adalah X28 pada tahun 2003 yang merosakkan sensor satelit - rujuk (Sumber#5) utk mengetahui lebih lanjut.
  3. Merujuk kenyataan NASA 14 Julai 2011, keadaan bertambah buruk apabila medan magnetik bumi skrg (yang menjadi pertahanan bumi dari zarah-zarah berbahaya) bergerak dan menjadi lemah dari semasa ke semasa menjadikan bumi terdedah kpd bahaya (Sumber#1).Atmosfera bumi pula semakin bercas akan memburukkan situasi (DisC)
  4. Ogos lepas, Space Weather Prediction Center telah membuat panggilan kepada Power Grid Manager (di US) bersedia menghadapi SS (Sumber#3).
  5. NASA memangsil fanomena ini sebagai “once in a lifetime super solar storm event” yang melanggar Himesfera Utara sekaligus menyebabkan teknologi kembali ke era 1800-an - dan perkara ini disembunyikan oleh pihak NASA sendiri. (Sumber#1)
  6. Satu forum mengenai perkara ini telah diadakan, Space Weather Enterprise Forum 2011 (SWEF) pada 21 Jun 2011 dengan tajuk 'Solar Maximum: Can We Weather the Storm?' (Sumber#7) yang membincangkan isu yang sama.
  7. Kejayaan NASA menggunakan teknik baru untuk meramal SS dengan masa yang hampir tepat memandangkan peralatan sebelum ini tidak berupaya meramal SS - ini menandakan persedia NASA dalam menghadapi situasi terburuk yang dijangkakan (Sumber#8)
  8. Janakuasa tenaga mendapat keutamaan tertinggi dalam mengetahui keadaan angkasa lepas (space weather) daripada NOAA terutamanya mengenai SS (DisC) sebagai persediaan menghadapi SS
  9. Kita tidak pernah bersedia dalam menghadapi bencana skala besar (Dr. Irwin Redtener, DicC)


       
                                                         SF X6.9 pada 9 Ogos lepas (NASA)


KETAHUI ISU-ISU SEMASA BERKAITAN

Untuk sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan fenomena ini, bolehlah kalian pergi ke link-link berikut:

1. Space Weather http://spaceweather.com/

2. NASA Space Weather Lab. http://1.usa.gov/pQBHCb/

3. Jungle Apocalpse http://www.jungleapocalypse.com/

4. ACE Real Time Solar Wind : http://www.swpc.noaa.gov/ace/index.html

5. Space Weather Prediction Center : http://www.swpc.noaa.gov/index.html


KESIMPULAN

Mungkin diantara kita sukar untuk mempercayainya dan mungkin ia juga menjadi kerisauaan sesetengah pihak pula. 

Namun niat dihati bukanlah untuk menimbulkan spekulasi yang mengelisahkan orang lain, tetapi ia sebagai renungan bahawa tidak mustahil bagi Allah menghilangkan kita dalam sekelip mata atas perbuatan-perbuatan manusia itu sendiri tatkala agama menjadi pekara yang kedua.

Dan tidak mustahil Sejarah Kaum Tsamud boleh berulang..

Maka daripada ini, jelaslah bahawa peristiwa yang berlaku pada kaum Tsamud TIDAK MUSTAHIL akan datang pula pada kita.

Wallahualam..


Penghargaan: Terima kasih kepada Saudara Rifqi berusaha mendapatkan maklumat-maklumat yang terperinci berkenaan Solar Storm ini yang sebelum ini hanya diberitakan daripada kata-kata orang sahaja.

Sumber dan bacaan tambahan sebagai rujukan:

1. NASA Hiding Approaching Doomsday Space Event
    http://djosiris.blogspot.com/2011/08/nasa-hiding-approaching-doomsday-space.html

2. Sun Unleashes X6.9 Class Flare
    http://www.nasa.gov/mission_pages/sunearth/news/News080911-xclass.html

3. Power companies prepare as solar storms set to hit Earth
    http://www.reuters.com/article/2011/08/06/us-utilities-noaa-solarstorms-idUSTRE7746UA20110806

4. Officials getting ready for the next big solar storm
    http://www.jungleapocalypse.com/featured/officials-getting-ready-for-the-next-big-solar-storm/

5. NASA X-Class: A Guide to Solar Flares
    http://www.spaceref.com/news/viewpr.html?pid=34299

6.Getting Ready for the Next Big Solar Storm
   http://www.nasa.gov/mission_pages/sunearth/news/next-solarstorm.html

7. Solar Maximum: Can We Weather the Storm?
    http://www.nswp.gov/swef/swef_venue.html

8. How NASA Is Preparing for the Next Solar Flare (photos also taken from here)
    http://www.pcmag.com/article2/0,2817,2390826,00.asp

9. Perished Nations : Harun Yahya

Saturday, August 13, 2011

Hari Ini Milik Kita..



Di saat Sang Matahari menyinari kita,
Siangnya pula masih menyapa,
Maka inilah hari yang dinugerahkan untuk kita,
Walaupun ia tidaklah seindah yang disangka..

Mungkin sudah ditakdirkan,
Hari ini terasa kita dibawah semuanya..

Tatkala keresahan, kesedihan serentak datang menyapa,
Maka pasti membuatkan kaki ini lenguh untuk terus berdiri walau seketika.

Namun kita tidak akan tahu takdir daripada-Nya,
Justeru anggaplah seakan akan kita dilahirkan hari ini,

Dengan begitu..
hidup Kita tak akan tercabik-cabik dengan keresahan & kesedihan..
Dan juga duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

“Maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang bersyukur”
(Al-A’raf:144)




Jika kita dapat meminum air jernih dan segar hari ini, 
maka mengapa kita harus bersedih atas air pahit yang kita minum kemarin, 
atau menkhawatirkan air hambar dan panas esok hari yang belum tentu terjadi.?

“Wahai masa lalu, tenggelamlah seperti mataharimu..”

“Wahai masa hadapan, engkau masih dalam keghaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain 
dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.”

“Esok adalah sesuatu yang belum diciptakan untukku melihatnya dan tidak ada satu pun darinya 
yang dapat disebutkan. Maka siapa kata ini tanda kegagalannya?? Pastinya TIDAK.”




Buat sahabat-sahabat seperjuangan A-Level yang bawah daripada 13, 
jangan pernah kalian menyerah kerana Allah itu arif akan kebaikan dan keperluan hambanya.

Moga bersama kita dalam rahmat-Nya dalam mengejar cita-cita kita.

“Kegagalan bukanlah bermakna gagal semata-mata, tetapi ia adalah kejayaan yang ditangguhkan waktunya. Tetapi ia hanya untuk yang tidak berputus asa..”

Tuesday, August 2, 2011

Keterangan Mengenai Fadhilat Tarawikh








 




            Berkenaan hal ini, sebenarnya telah lama timbul hadis-hadis berkenaan fadhilat tarawikh ini dan sememangnya ia sangat tersebar dengan meluas. Ini kerana hasil daripada perkembangan media elektronik termasuklah FB sendiri yang mana setiap orang berusaha menyebarkannya (hadis) dengan harapan mendapat ganjaran atas penyampaian tersebut. 

            Sememangnya niat sebenarnya adalah baik ya’ni bagi menggalakkan orang lain untuk ghairah melakukan amal soleh dibulan ramadhan namun perlu diingatkan supaya kita lebih berhati-hati untuk meneliti hadis-hadis tersebut sebelum menyebarkannya. 

Hal ini kerana takut-takut daripada kata-kata kita itu menjadi ikutan orang lain dan disebarkan tetapi langsung tiada NASnya. 

            Dalam hal ini, bagi pandangan ana yang lemah, pekara ini sememangnya menjadi satu jalan yang selalu digunakan oleh golongan ANTI-HADIS. Mungkin terdapat hadis-hadis maudhu’ yang direka oleh mereka sendiri namun begitu akan ada orang yang berfikir mana mungkin golongan yang menolak hadis mencipta hadis?

            Jawapan ana adalah mereka mencipta hadis tersebut, kemudian apabila sudah tersebar luas, maka mereka akan menggunakan hadis tersebut balik untuk diusulkan. Dalam keadaan ini, maka mereka akan mencari semula kesalahan dalam hadis-hadis tersebut dan itulah yang akan menjadi hujah mereka kenapa mereka menjadi orang yang ANTI-HADIS. 

Maka dengan  kesalahan mahupun kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam hadis tersebut dijadikan alasan bahawa SEMUA hadis tidak boleh diguna pakai dalam pengambilan hukum.

            Yang perlu kita fahami, hadis yang boleh digunakan sebagai penentu hukum (hujah) adalah yang bertaraf HASAN dan SAHIH sahaja. Manakala DHAIF pula boleh digunakan dalam hal-hal berkenaan  fadhilat. Tetapi jikalau MAUDHU’, maka ia tertolak terus.


Kembali semula tentang hadis berkenaan tarawikh tersebut. Hadis ini kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a yang mafhumnya adalah seperti berikut:

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s. a. w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan
(mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur
(sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A. S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A. S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S. A. W..
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Hadis ini apabila diteliti adalah merupakan hadis yang baru sahaja diadakan. Hal ini berdasarkan atas beberpa sebab.
 1.Hadis ini telahpun diajukan kepada tokoh-tokoh agama di Malaysia tentang kedudukkannya, asal usulnya, namun semuanya tidak dapat diberi penjelasan.

2.Tiada dalam kitab induk hadis (Sunan Sittah dll)
3.Tiada juga di dalam kitab hadis palsu (maudhu’aat)

3 pekara ini menunjukkan bahawa ia baru sahaja diadakan kerana  ulama’-ulama’ yang terdahulu yang menulis tentang hadis maudhu’ pun tiada menjelaskan hadis ini.

Rasulullah S. A. W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya 

“Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.”
(Bukhari, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S. A. W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S. A. W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. 

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. 


Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. 

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S. A. W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. 

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam seterusnya dia berkata:

 Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. 

Fiman Allah bermaksud:

 Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.
(An-Najm: 3-4).

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:
Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
(Al-Bukhari)


Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. 

Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S. A. W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s. a. w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya adalah palsu.



Justeru, kita sebagai umat Islam yang berada di dalam zaman yang penuh kebatilan ini perlulah berwaspada atas setiap perkara dan mohonlah kepada Allah SWT moga-moga tapak-tapak kaki kita ini sentiasa berada di jalan yang lurus ya’ni menujuNya.

Segala yang baik itu adalah datang daripada Allah SWT dan ana yang lemah ini penuh dengan salah dan silapnya. Mohon maaf dan teguran jika antum menemui kesalahan didalamnya.

Rujukan: Darul Quran wa Sunnah.


Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites