Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Thursday, December 2, 2010

Ibu?? Adik ni anak SOLEH ke??


Ibu?? ADik ni soleh tak?? Bertanya si anak itu..

Ibunya hanya mengukir senyuman manis..menyatakan setuju..
"ya...kowt..=)"

"Tapi adik jahat pada Ibu selalu.."

Wahai anakku..
Daripada jahatmu, ibu betulkan..
Daripada tangismu, ibu tak kesunyian..

Daripada raut wajahmu, ibu peroleh ketenangan..
Daripada kenakalanmu, mengajar ibu erti kesabaran..
Daripada kesusahan ibu membesarmu, ibu merasa kepuasan...

Tapi ibu nak mintak seperkara..

Bila adik dah besar..

Ibu tak nak mintak ape ape kat adik..
Ibu tak nak rumah yang besar mahupun kecil..
Ibu tak nak wang yang mungkin dikirim adik..

Ibu tak nak ape ape..
Kerana setiap kepayahan ibu..
Kerana setiap tangisan ibu..
Kerana setiap kesakitan ibu..
Kerana setiap kecintaan ibu..
Ibu tidak mengharapkan balasan darimu..

Tapi SATU..
Ibu pohon padamu..

Ketika ibu pergi yang takkan kembali..
Berada di kubur sabar menanti..
Menanti hari penghisaban yang pasti..

Ibu pohon..

Adik ibu mohon jangan biarkan Allah hantar api neraka yang menjulang pada ibu..
menghantar ketulan batu batu besar menghempap kepala ibu..
menghantar ular berbisa bagi mematuk ibu..
yang pasti malaikat Nakir bertanya pada ibu..

Mana tanggungjawabmu terhadap amanah Allah padamu..??
(ya'ni kamu wahai anakku..)
Engkau biarkan ia terleka..
mengejar dunia tanpa kesudahannya..
terasa dirinya begitu dewasa..
yang menyebabkan jauh dia dari Tuhannya..

Mana tanggungjawabmu terhadap amanah Allah padamu..??
Engakau tahu..
di atas sana maksiat di lakukannya tanpa segan silu..
kemegahan dijadinya hala tuju..
Bahkan menjadi penentang Allah sedangkan dia tidak tahu..

Mana tanggungjawabmu terhadap amanah Allah padamu..??

Adik..
Ibu ingin bertanya..
Apakah yang perlu dijawab ibu..
ketika soalan itu datang bertalu-talu??
Adik ada jawapannya..???

"Adik tiada jawapannya..
tetapi adik ada jalan keluarnya" jawab si adik..

Jawapan dia adalah adik kena jadi anak SOLEH...

Di sini marilah kita hisab diri kita..
Patutkah dengan api neraka menjadi balasan kasih sayang mereka..??
Patutkah dengan batu besar yang menghempap kepala mereka menjadi pengganti air mata penderitaan untuk  membesarkan kita..??
Patutkah binatang berbisa itu menjadi pendampingnya sebagai balasan cinta mereka..??


Cubalah renung sejenak kisah ini..

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah s.w.t. ia berhasil menundukkan Ratu Balqis. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. 


Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. 


Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

                        Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah s.w.t., Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. 



Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. 


"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?"
tanya Nabi Sulaiman kehairanan. 


"Aku adalah manusia", 
jawab pemuda itu perlahan.

"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" 
tanya Nabi Sulaiman lagi.

Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah s.w.t. boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

                        Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. 



Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. 


"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kibah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya"
Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

                        Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.


"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" 
tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.


"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah s.w.t. tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah." 


"Bagaimana Allah s.w.t. memberi makan kepadamu?" 


"Jika aku merasa lapar, Allah s.w.t. menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

                        "Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" 

tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan. 


"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. 




Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah s.w.t., maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.


Setiap apa yang Allah perintahkan itu bukanlah untuk membebankan kita tetapi sebenarnya adalah satu asbab yang Allah cipta yang dimana dengannya hamba-hambaNya dimasukan di dalam syurga..


InsyaAllah..moga kita tergolong didalamnya...Ameen..

Tuesday, November 30, 2010

Beribu Bapakan BABI.


                      


  Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t.
Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. 


Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t..



 "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".


Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. 
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

                        Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. 



Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.


 "Apa hal ini?,


kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

                        Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. 



Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. 


Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. 


"Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid",


 jawab pemuda itu iaitu agama Islam. 


"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

                        "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.



 "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. 


Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

                        "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. 



Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 


'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

                        Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : 



"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." 




Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

                        Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

                        Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Saturday, November 27, 2010

Tersangat anehnya kisah ini jika kita tak faham...


         




                    Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. 


          Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, 


"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. 
Engkau dikehendaki berbuat, 


pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, 


kedua; engkau sembunyikan, 


ketiga; engkau terimalah, 


keempat; jangan engkau putuskan harapan, 


yang kelima; larilah engkau daripadanya."

                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, 



"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."


Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. 


Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. 



Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. 


Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, 



"Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." 


Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. 


Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. 



Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. 


Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. 


Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, 


"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

                        Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, 



"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.


Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.                                     


Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.                                             


Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.                                                                                                                                                                         


Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

                        Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. 



Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. 


Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, 


"Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

                        Maka berkata Allah s.w.t., 



"Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." 


Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.


=)

Monday, November 22, 2010

Keampunan (Mirwana - Akbar )

Takku sangka di malam ini
Tiada lagi purnama yang menerangi
Hanya sementara terselindung di balik awan
Diselubung kegelapan sehingga ku terpenjara

Lantas ku berlari jauh
Mencari cahaya untuk menyuluh
Jalan untukku pulang

Wahai Tuhan Yang Agung
Kau Yang Maha Pengampun
Andai diri Kau hukum
Itu keadilan-Mu

Kupohon maghfirah-Mu
Ampunilah dosaku
Tempat untukku mengadu
Kasihanilah hamba-Mu

Disinilah hakikatnya
Aku tunduk aku akur
Dengan takdir-Mu

Sebarang janji sering kali aku mungkiri,
Tidakkan pernah sekali kau menjauhkan diri,
Sejak dari mula tak dapat ku lari,
Dari ujian semua duga yang telah kau beri,
Walau hidup penuh noda dosa yang terpahat,
Tidak henti kau anugerahkanku secukup nikmat.
Sungguh,Kaulah yang satu,

Ku mohon sejahtera diri ini dunia akhirat.


Tuesday, November 9, 2010

TAZKIRAH : MALAM PERTAMA

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Pernahkah engkau melihat kuburan?

Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?

Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?

Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?

Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

 Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?

Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

'Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?'

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam  pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan  daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila dia mendapati hatinya keras, maka dia masuk ke liang kubur tersebut.

Dia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat : "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." [Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100]

Kemudian dia menjawab sendiri ; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.."

Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

'Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut....!!"

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites