Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Thursday, September 30, 2010

Serpihan PenyesalanKu....

Hari berganti hari.
Keadaanku semakin tenat.
Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang
aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.
Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada disekeliling ku.
Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh.
Nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Mengucap sayang, mengucap... Asyhaduallailahaillallah..." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.
Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,
manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.


"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"
Aku amati suara itu.
Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.
 "Tenat" ,jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang, ,jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu, datanglah.....

Tapi mataku.... semakin gelap. Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah". Abangkah yang bersuara tu?
Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. 

"Tekanan darahnya amat rendah", sayup sayup kedengaran suara doktor.
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya kita akan berpisah.
Tapi ibu.... aku tidak mahu berpisah denganmu.
Tolonglah ibu, selamatkan lah daku

."Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.
Aku tahu itu suara abang tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????
Aku takut!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.
Sedetik lagi izrail datang.
Sedetik lagi malaikat maut datang.
Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi.
Aku tidak kenal sesiapa disekeliling ku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak dipedulikan.

Apa mereka semua sudah pekak?
Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan.
"Panas,dahaga,haus,panas........", tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?
Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
"Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".

 Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.
Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi? Kenapa kau berubahlaku?
Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?
"Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami".
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami".
Cahaya putih datang.
Datang kilatan hitam.
Datang sinaran kuning.
Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini?

Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......". 
Aku tersentak.
Roh ku berselerak didalam tubuhku.
Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun...
.Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya

. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......".
"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku"."Kau siapa wahai pemuda?". Seorang lelaki tercegat di hadapan katil ku.
Rambutnyayang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.

Tanpa dipedulikannya..... jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas.
Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".
Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji..........".Aku terdiam.
Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.

Solatku kerana kawan dan bukannya ikhlas kerana Allah.

Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat.
Apa yang aku harus lakukan!!!!

!Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat Kak Long dan Kak Ngah menangis.
Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air.
Air apa ini?
"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus.
Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!
Kenapa ramai orang melihat aku???
Aku malu... malu... malu... !!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.

Kapas dibubuh dicelah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu.
 "Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini?
Tolong rimas....panas........". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. 
Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkan ku.

Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan?
Bukankah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".
Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.
Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan didalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"
Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.
Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam.
Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi kemana dia bawanya aku?". 
Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. 

Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!". 

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu
"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!".
Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

 "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun....... Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar,
alam barzakh itu benar,
siratul mustaqim itu benar,
syurga dan neraka itu jua benar........"

.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan.
Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku.
Terasa semakin gelap dan .....
aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang.

Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

THERE IS ONE MOST IMPORTANTTHING IN DEATH....

Sebenarnya mati itu indah bagi sesiapa yang mencintaiNya..
Mengharap untuk bertemu denganNya...

Tapi mati itu seakan tembok pemisah..
antara dunia dan neraka..
bagi sesiapa yang mengingkariNya...

."SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMATTAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KEAKHIRAT."





islam itu indah

Saturday, September 25, 2010

Mimpinya Rasulullah tentang kita.....


Assalamulaikum sebagai pengikat ikatan persaudaraan...

Pernah juga ana terfikir....
hampir setiap hari kita bermimpi...
sehingga kadang2 tak masuk diakal pon ada...
tapi bagaimana pula mimpi Rasulullah....?
Akhirnya ana jumpa satu yang ana selitkan disini...


Mimpi Rasulullah

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. 

Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. 
Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. 

Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan keampunan kepada Allah SWT. 

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya mainan tidur. 

Terkadang ia memberi inspirasi kepada kita n terkadang sebaliknya,,,

Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi.

Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:


1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. 
Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh taatannya kepada kedua ibu bapanya. 

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab. Maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut. 

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya,maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku. 

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap,di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di  bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin,akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengannya. 

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya  lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.


11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah enukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan. 

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu. 

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu. 

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu. 

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga,tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: 
Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari.

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: 
Mereka tulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat engan tuduhan tanpa bukti dan palsu.

Demikianlah mimpinya Rasulullah pada kita...

Tatkala direnung kembali,
cermin di wajah  ini,
siapakah sebenarnya aku??,
dimanakah datangnya aku??'
kemanakah aku???

Pada detik permulaan penciptaanku...
Aku sedar aku berdiri dihadapanMu..
mengankat sumpah untuk mentauhidkanMu..
dan begitu yakin bahawa..
dengan apa yang nikmat kau berikan padaku...
dan Islam yang jelas agama yang benar bagiku...
aku bisa mencari...
mencari yang hakiki...
dan dengan itu Kau menjadikanku..
seorang manusia yang lahir di bumi...

Lahirnya aku pada waktu yang pasti...
dari merangkak aku bisa berdiri..
terasa indahnya apa yang aku lihat disini..
segala penciptaan yang pasti bukan yang abadi..

dari berdiri aku bisa berlari..
terkadang mencari sesuatu untuk memenuhi jiwa..
dipampangkan dihadapan mata...
kemewahan, perempuan dan harta..
yang membuatkan aku terfikir...
mungkin ini yang akan membuatkan hatiku bahagia..
selama-lamanya..

setapak demi setapak melupakan Mu Ya Allah..
apatah lagi untuk mencintaiMu..
kerana dari jernih hatiku ini bertukar keruh..
dari putih menjadi hitam..
dari selembut air menjadi sekeras batu..
semuanya kerana cinta ku..
cinta pada duniaku...
cinta pada perempuan danharta ku..
keagunganku..

sampai satu saat...
tertitisnya deraian air mataku...
pabila datangnya ajal menjemputku...
aku tertanya...
dimanakah ya Allah kekayaan yang telah ku kumpulkan..??
isteri-isteri yang sangat aku sayangkan...??
segala kemewahan dan kepopularitian..???
dimana??? 

semuanya ku pasti ia telah tiada..
aku mencari amalan-amalanku pula..
segala jasa dan bakti...
entah tidak atau mencukupi..
dimanakah amalanya Ya Allah??

dalam pencarianku..
terlirik mataku..
pada seorang lelaki yang buruk mukanya..
compang-camping pakainya...
busuk baunya...
Siapakah kamu????
Akulah Amalanmu...

telah jauh perjalanan ku lalui..
betapa banyak badai yang telah aku rentasi...
didunia aku kaya...
disini aku miskin sekali...
didunia aku bahagia...
di sini tersangat sengsara ku lalui...

Ampunilah aku kini Ya Allah..
Dengan rahmat dan RahimMu aku meminta..
merintih, menatap padaMu yang esa...
mengharapkan belas kasihanMu...
AMPUNILAH AKU......
kembalikanlah aku...
kedunia bagi memperbaiki diriku..

puisi ini tiada kena mengena dengan sesiapa..
sebagai pedoman bersama...
akhir kalam dari ana...





BERSAMALAH MENG "ISLAH" DIRI, KELUARGA & MASYARAKAT DI SEKELILING KITA..

Friday, September 24, 2010

I LOVE U...











Assalamualaikum... 



I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU... 



Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang'mabuk cinta'. 



CINTA, ia memang mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Ana percaya, tentu ramai yg ragu2 sertaberteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.





Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahirdrp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.





Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.:-) 





Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu  yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' bererti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.





Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran 
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan merekapun mencintaiNya... " 
Al-Maidah, ayat 54





" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi
dan mengampuni dosamu... " 
Al-Imran, ayat 31



Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. 
Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca.Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain' 





Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yghidup antara 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci,murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utkberibadat kpd ALLAH SWT.





Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda. Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta. 
Atau... adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci.





Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. 



Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera
kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian 
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. 





AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...





Apabila terjerumus dalam cinta nafsu semata...
semuanya terasa indah....
menutup pintu hati dan nurani...
berpelukan dan bepegang tangan menjadi bukti cinta...
akhirnya anak yang tak berdosa dilahirkan ke dudunia...
kepada siapa harus kita tuding jari ini???
kepada Tuhankah yang Pencipta cinta ini???
Ataupun pada diri kita sendiri...
yang tak mengerti...
lalu lupa diri..
hakikat cinta yang sejati...




Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.





INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta antara 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'... Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintaya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah
serta Saidina Ali dgn Fatimah.





Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban....





Pernah tak kalian mendengar lagu Kepadamu Kekasih dari m nasir???
Memang best n sebaiknya perlu kita hayati bersama...
Bagi yg belum dengar, cubalah...





 KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Wahai REMAJA... 
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Insya Allah Tuhan akan memberikan cinta manusia yang terbaik padamu..
 Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun
cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH
SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah... 

Wallahu'Alam... 

Kisah: Terkejar atau mengejar???

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, 
tetiba dia 
terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... 
bunyi....aauuummmmm!!! 
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu 
mangsanya saja. 
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan 
diri. 
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar 
sangat ni. 
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba 
Allah ni punyalah 
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia 
berdoa agar dia 
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. 
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di 
depan mata nya. 
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun 
terjunlah ke 
dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. 
Si hamba Allah ni 
bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan 
di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu 
menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam 
mana nak 
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar 
dia 
diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak 
selamat, tetiba 
dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. 
Nak tahu ada 
apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. 
Apalah nasib. 
Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba 
Allah ni. Atas ada 
harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. 

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba 
keluar seekor 
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke 
atas ikut 
tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas 
tikus tu gigit tali 
tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... 
cam ner ni. Pas 
tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut 
tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus 
hitam ni pun gigit 
juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak 
buat ni.... 
habislah jadi mangsa buaya . 

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek 
harimau. Kalau tunggu 
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam 
mana nih... 
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak 
selamatkan dirinya, 
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... 
bunyi lebah 
bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke 
langit, melihat 
lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu 
terjatuh dan 
terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. 
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh 
manisnya madu 
ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. 
Subhanallah sungguh 
sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu 
lupa pada harimau 
yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg 
menantinya di 
bawah. 

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah 
kita semua. 
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang 
sentiasa 
mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya 
itu adalah 
malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam 
kubur nanti. 
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka 
hayat kita 
kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan 
kalau panjang 
talinya maka pendeklah umur kita. 

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan 
juga malam 
yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit 
tali tu. 
Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba 
itu tadi 
adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu 
jatuh ke 
dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. 
Macam kitalah bila 
dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru 
la nak 
ingat Allah. Astaghfirullah... 

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites