Rememberence of Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Hakikat Doa

“Maka Allah akan memberi balasan terhadap orang yang menyembunyikan kebenaran, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang baik buruk seseorang dan Allah Maha Mendengar doa hambaNya yang jujur dan ikhlas.”

KhazanahNya

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.(Ali-imran 190)

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK

O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-Baqarah 208)

Hakikat Hidup

Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Ali-Imran 14)

Friday, September 3, 2010

Bingkisan Doa...


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

-Surah Al-Baqarah ayat 216"   

Doa Yang Indah Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.

Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya  

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku. 
Allah menjawab, Tidak.Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.  

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran. 
Allah menjawab, Tidak.Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.  

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan. Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.  

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan. Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu. 

 Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku. Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.  

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup. Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.  

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.

Allah menjawab.. , Akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN . Bagi dunia , kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang , kamu adalah dunianya. 

Doa Rasulullah SAW...

"Jadikanlah hati ini cinta padaMu,

cinta pada manusia yang mencintaiMU,

dan juga cinta pada manusia yang mencintai perkara2 yang dapat mencintaiMu..."

CERPEN- $$$$ apa yg mampu aku beli $$$$$




Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. 

Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari.

 Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan 
cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

 Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. 

Hipokrit ini cuma tahu bersolek 
dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. 



Beberapa nelayan baru sampai dari 
laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. 

Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. 

Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!  
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. 

Aku sedikitmarah, mengetap bibir.  "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur.  
" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."  
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. 

Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. 

Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. 

Menjijikkan! 
" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!" 

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. 

Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.  
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. 

Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. 

Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. 

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. 


Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!! 
 

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5.

 Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. 
 
"Kenapa ni? Gila?!" 
" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. 

Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu.

 Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. 

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. 

Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.



 Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.. Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ.

 Hampir 10 minit 
aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu 
dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. 

Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..

 Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. 


" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" . 
Bunyinya seperti meninggi. 

Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.


 Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas. 
" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. 

Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. 

Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. 

Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.

Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. 

Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. 
" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki.

 Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. 

Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.

 Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak 
pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati." 


Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

 Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. 


 Aku terduduk menangis semahu-mahunya.

 Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. 

Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu. 


A Letter From Iblis..

ADDRESS: HELLFIRE 
DATE: STARTING TODAY AND EVERYDAY 




DEAR BELIEVERS, 


I saw you yesterday as you began your daily chores. 
You woke up without a prayer. As a matter of fact, you didn't even bless your meals, or pray before going to bed last night. You are so unthankful, I like that about you. I cannot tell you how glad I am that you have not changed your way of living. Fool, you are mine.


Remember, you and I have been going steady for years, and I still don't love you yet. As a matter of fact, I hate you, because I hate what Allah made out of dirty clay and told us to bow it. How could I bow a dirty clay, when I am made from fire. 


I am more superior then you. 
I don’t make mistakes. 
Whatever I do, is right. I am only using you to prove Allah (God) is wrong."
He kicked me out of Jannah (Heaven), and I'm going to use you as long as possible to prove I am right and I am better then you fools, in every sense. My life (my last resting place) is Hell, but what ever time Allah (God) has granted me, I will do my best to take as many of you fools as possible with me, to Hell. 
You see, Fools, ALLAH LOVES YOU and HE has great plans in store for you. I know that I have no power on you if you haven’t yielded your life to me and don’t forget that I made a promise to Allah (God) that I'm going to make your life a living hell. That way we'll be together twice. This will really hurt Allah (God). 
Thanks to you.
I'm really showing Him who's better from us, and Allah (God) has made a mistake. With all of the good times we've had... We have been watching dirty movies, cursing people out, partying, going to discos, staying out late with friends, stealing, lying, being hypocritical, indulging in fornication, overeating, telling dirty jokes, gossiping, back stabbing people, disrespecting adults and those in leadership position, NO respect for the mosque, bad attitudes: 
SURELY you don't want to give all this up! Come on, Fools, let's burn together forever. I've got some really hot plans for us. 


This is just a letter of appreciation from me to you. 
I'd like to say "THANKS" for letting me use you for 
most of your foolish life. You are so gullible, I laugh at you. When you are tempted to sin, you give in 


HA HA HA, you make me sick. Sin is beginning to take its toll on your life. You look 20 years older, I need new blood. 
So go ahead and teach some children how to sin. All you have to do is smoke, drink alcohol, cheat, gamble, gossip, fornicate, and listen and dance to the top 10 jams. 


Do all this in the presence of children too, and they will do it too. Kids are like that. Your children will be with us in Hell too. That’s the best you and I can 
give to your children. Well, Fool, I have to let you go for now. I'll be back in a couple of seconds to tempt you again. 


If you don’t get smart, you wouldn’t run somewhere, 
confess your sins, live for Allah (God) with what 
little bit of life that you have left. It's not my nature to warn anyone, but to be your age and still sinning, it's becoming a bit ridiculous. Don't get me wrong, I still hate you ... and I wont go to Hell alone! 


Always waiting for you, 


Satan .. Devil .. Iblis 


P.S. -And if you really love me, you won't share this informations with anyone! "

Thursday, September 2, 2010

ATUK VS KAWAN

Assalamualaikum.....


ORANG KATA ... .. enjoy sementara muda, 
hidup panjang lagi,dah tua nanti taubatlah. 


ATUK KATA ... .. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi, 
entah esok lusa Izrail datang menjemput. 


AKU RASA ... .. betul jugak tu ... ... 


ORANG KATA ... .. exams tu susah, 
kena banyak sacrifice, 
constant study ... .. past year papers .. etc .. etc .. etc .. 


ATUK KATA ... .. exams tu senang aje, 
dah ada tarikh untuk diuji, 
dah ada syllabus untuk diikut, 
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, 
banyak pula tu peringkat ujiannya, 
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide ... ... 


AKU RASA ... .. betul jugak tu ... ... 


ORANG KATA ... .. have fun on your birthday, 
panggil kekawan and sedara mara, 
berpartylah sepanjang malam, 
make it a memorable one!! 


ATUK KATA ... .. setiap hari jadi, kita semakin hampir, 
hampir setahun dengan kematian, 
setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat ... ... 


AKU RASA ... .. betul jugak tu ... ... 


ORANG KATA ... .. kerja mesti sungguh-sungguh, 
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ... ... 
baru hati puas! 


ATUK KATA ... .. ye ke hati dah puas?? 
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? 
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? 
dah cukup zikir untuk santapan rohani? 
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus? 


AKU RASA ... .. betul jugak tu ... ... 


ORANG KATA ... .. successful people have a good time management, 
ada bisnes di KL, New York, Tokyo ... .. 
masih sempat berkempen untuk pilihanraya, 
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, 
masih sempat pasang perempuan 2-3, 
baru orang boleh respect! 


ATUK KATA ... .. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi ... .. 
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? 
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? 
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, 
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun? 


AKU RASA ... .. err ... .. betul jugak tu ... ... 


wallahu'alam.. 

RAMA-RAMA DAN CINTA SEORANG LELAKI..







Wahai wanita anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunianya pasti diselubungi sugul. 


Para lelaki yang mendiami dunia ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. 


Bayangkan saja dunia ini hanya dipenuhi kaum lelaki. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan-perbuatan 'sampai hati' sesama sendiri.


Wahai wanita anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. 


Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.


Namun anda yang bernama wanita mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki. 


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tamsilkan diri anda sebagaimana rama-rama. 


Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahanya apabila disentuh. Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa yang akan pedulikannya lagi.


Mengapa ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki. 


Tapi wahai wanita, sayap anda yang indah itu pasti luntur sedikit demisedikit, melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatakala anda menyentuh serangga kecil itu.


Apakah anda tidak berasa rugi? 


Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?


Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebaba ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tak berhak berbuat begitu. 


Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita berada di sekelilingnya tetapi anda pasti rugi setiapkalia ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.


Hanya dengan sekali sentuh, corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. 


Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa sesiapa memepedulikannya lagi.


lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daipada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda. 


Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban apabila ditagih, atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Dimanakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan keua-dua belah sayap anda telah tiada.


Wahai wanita kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. 


Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga sebuah kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.


Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya tinggi di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai 'alat'. 


Tapi anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari seorang mereka. 


Biar terlewat sedikit sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah, sudahnya hanya mencemamaikan hidup anda.


Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju Tuhan dengan selesa dan bahagia
daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. 


Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada di kelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. 


Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.


Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api. 


Wahai wanita, harga diri anda, anda yang menentukan.

Related Posts with Thumbnails

Total Pageviews

Akhir Kalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites